Assalamualaikum
Tiktok tiktok..Rasa lambat betul masa berjalan hari ni. Kalau ikutkan hati nak je aku lebur tapi rasa macam aku still boleh bertahan lagi so sabo je la kejap. Orang boleh pergi perang dalam bulan ramadhan takkan aku nak tahan puasa duk dalam aircond kejap pun tak boleh.
Dalam kepala tengah tak boleh nak layan skrin sangat ni ada pulak kes kes berat dalam kerja. So kalau ada yang tanya kenapa tak coti je. Aku tak boleh nak coti sebab tetiba ada kes. Tak sampai ati pulak nak biar TL aku berhempas pulas sorang-sorang. Tapi aku cam banyak gak serah kat dia hari ni. Macam nak melepek je macam kain buruk. Kalau ada tikar bantal lama dah aku landing skang ni. T_T
Layan blog bulis pulak. Kehkehkeh. Tu sila jangan tanya :P
Aku nak update aktiviti hujung minggu ritu. Walau pun tak bergambar. Weekend ritu aku dalam misi menghantar pesanan kuih raya yang di order. Salam seorangnya rakan blogger dan senegeri sekampung aku cik Ujie.
Tapi aku takde borak lama pun. Lagi pun kesian tuan rumah baru balik dari luar. Dengan tak sopannya aku bagi alasan "takpe lah. Bulan puasa ni bukan boleh minum air pun" Lepas tu aku terus terasa. Cam hampeh je alasan aku tu. Kok ye pun takyah la bagi alasan sebegitu rupa. Sori ye Ujie. Bukan niat dihati nak berkata tak supan. Ni lah jadinya bila mulut lebih laju dari otak yang berfikir.
Anak-anak siap dapat sampul hijau lagi dari cik Ujie. Bebudak tu kepenatan+mengantuk meround hantar kuih raya. Masing masing buat muka bila aku suruh salam cik Ujie. Malu je.
Ujie dengan husband sangat peramah. Lembut je orangnya. Biasa la. Orang kampung aku memang peramah belaka. Lemah lembut pulak tu. Kihkihkih. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih buat Ujie atas layanan baik kamu dan suami. Insya allah kalau ada kesempatan kita jumpa lagi nanti.
Kalau nak baca kisah pertemuan kami versi Cik Ujie boleh klik SINI
Macam mana nak lebur puasa. Tengok gaya aku menulis langsung takde macam orang tak larat kan. Huh! Tak patut betul nak bukak pose.
Tengok post Kakzakie teringin nak minum iced lemon tea. Wajar tak?
Daa
10 comments:
masa aku preggy dulu x pose zai dapat beberapa hr je..sebab aku muntah2 teruk hehe..jenuh nak ganti huuu
Ketawa saya baca rai..^___^
Psl takleh minum tu..sbnrnya bila dh rasa mesra kita tak kisah ckp apa.
Btw..saya pun bkn lembut mana. cuma control ayu sbb 1st time jumpa. :-)
*mengko wes orak poso ojo lali mampir rumah. wes iso ngombe!
alhmdulillah aari ni sihat dr smlm..larat meneruskan puasa smp hujung la ni kot..;)
selamat meneruskan ibadah puasa,,, =)
singgah sini,
Saya pun selalu mulut lagi laju dari otak. Kihkih..
pernah jugak muntah hijau masa pregnant. tp sebab nak sgt puasa penuh, mmg gigihkan diri la habiskan. alhamdulillah... berjaya jugak.
kuatkan semangat.. insyaAllah..
psstt: raya tahun lepas akak muntah2 teruk.. balik kampung pun tak.. rasa nak baring tidur je.. :(
dugaan berpuasa sambil mengandung hehe.. saya pun ni tengah sakit.. kene makan ubat.. terpaksa tak puasa huhuhuhu
tapi mmg kadang2 kita tak sedar apa yg kita ckp tu...lepas dah ckp, baru sedar yg kita dah salah ckp...huhu...
aku pun kerap gak mcm tu, kadang2 takut terkecikkan hati org lain...
Catat Ulasan