Isnin

IC tu kita yang punya!

Assalamualaikum

Salam Isnin. Minggu ni harap-harap kurang sikit kesibukan aku nak meneruskan aktiviti biasa. Hihi.. Hujung minggu aritu aku ke Jusco Bukit Tinggi Klang. Anak-anak sibuk nak naik kereta Jusco. Nak pinjam tu kena letak IC kat kaunter dia. Aku pelik sebenarnya dengan peraturan macam ni.

IC tu maksudnya identity card la kan. Kalau orang yang jaga kaunter tu bawak IC yang kita letak pergi merompak, IC tu jatuh kat lokasi rompakan. Agak-agak yang kena tangkap tu dia ke kita? Aku rasa IC sepatutnya tak boleh dibenarkan disimpan oleh orang lain atas apa tujuan sekali pun. Mungkin sekarang kita boleh kata, ala..letak kejap je. Takkan lah dia nak buat macam tu. Belum jadi boleh la cakap. Kalau dah jadi agak-agak jadi apa.

Tak ada ke undang-undang yang melarang orang pegang IC kita. Terutamanya untuk kes kes macam kat Jusco tu.

Hari ni shujin sepatutnya ada appointment kat KL, tapi rasanya macam kena postpone je kan.. Ada perhimpunan 901 kan. Jem gamaknya KL hari ni. Harap-harap yang tinggal dan bekerja di KL dapat bersabar.

Daa

12 comments:

Anamarza berkata... [Reply]

ingat ic hilang td :)

Kalau sy pun berkira2 jugak nk tinggal ic camtu, mcm2 benda yg dirisaukan

Prettywrite berkata... [Reply]

pelik juga peraturan dia..kenapa nak kena ic pulak kan..huhu..

k.rai dah dapat tak hadiah haritu ya?
yna cek dekat poslaju dia punya item tak dapat deliver..tak tahu kenapa..mungkin masa tu tak ada orang kat rumah k.rai kot..
ni c/n no EM 227707040 MY

misya berkata... [Reply]

sya pun akan fikir 2-3 kali nak tinggal ic kat orang walau pun sekejap.

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, hehehe..kan kan.. husband saya kalau kena tinggal ic tu dia letak driving license yang dah tamat tempoh..tapi still risau jugak..

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, rasanya sebab barang berharga..dia takut kita culik kereta bawak balik..hehe..

sorry..diorang letak kad suruh datang ambik kat post office.. akak da pesan kat husband suruh gi ambik..thank yna...

Unknown berkata... [Reply]

@misya, betul tu.. bahaya benda2 macam tu walau pun nampak remeh..

Dr K berkata... [Reply]

Isu minta letak IC sebagai cagaran ni mmg dah heboh dikatakan...sampaikan jaga taman perumahan pun mintak letak IC kalau nak bukak gate...sebenarnya, tinggalkan lesen aja, jgn IC

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, tapi tu lah.. macam saya ni takde lesen memandu.. aritu saya letak kad kahwin..haha..

aLeesYa's Mummy berkata... [Reply]

akak..next time jgn tinggal IC. sbnarnya Gov penah kuarkan statement, adalah 1 kesalahan bg mana2 org/guard/syarikat memintak kita tggalkan IC. sy biasanya akn bg lesen memandu jer..sy jugak selalu argue kalu guard bkeras mintak IC

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

ic mmg sgt penting.jangan la bg org lain pegang.simpan sendiri..

Irfa berkata... [Reply]

tak terfikir smpai tahap itu :(

mama_ka0ri berkata... [Reply]

tinggal IC???

kat hospital pon diorang tak kasi tinggal IC..kat situ boleh selamba je amik IC org..kalu aku tak berani letak..haha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com