Isnin

Promosi Peserta GA Puding Cream Caramel Ourkizuna - 3

Assalamualaikum

Salam Isnin. Haihh..Lepas tiga hari cuti terasa takde mood pulak kan.. Padahal tiap kali Isnin pun memang takde mood. Hahhaa..

Ok. Kali ni aku nak sambung promosi peserta GA Puding Cream Caramel Ourkizuna siri ketiga pulak. Sebelum ni dah ada promosi peserta siri pertama dan kedua

Nani - Ni nama samaran je tau. Nama betul lain. Blog saja saja ditubuhkan semata-mata untuk join GA dan contest. Walau pun blog saja-saja. Headernya menarik kan. Comel~

 Lienanilaz - Agak terbelit lidah nak menyebut namanya. Headernya sempoi. Blognya pun sempoi dengan cerita dan kisah santai kehidupannya. Terjah-terjah lah untuk mengenali tuannya.
Cik Suzlin - Adik ni dari JB. Tengah study farmasi kat Perak. Adik bongsu aku pun ambik farmasi. Hehehe..Sesuai dengan motto blognya nak menang 3x. Blog ni cuma untuk join contest dan GA. Nak baca kisah peribadi kat SINI ya.

Masing-masing pandai je buat ayat simpati nak suruh aku bagi Puding instant tu kat korang kan. Confuse dah aku ni. Buat masa ni aku decide nak bagi hadiah tu kepada empat peserta yang paling power ayatnya. Kalau ada rezeki lebih dan lebih ramai peserta insya allah aku tambah lagi.

Kepada yang belum join. Meh ramai-ramai join GA : Puding Cream Caramel Ourkizuna. Syaratnya mudah saja. Nak membuatnya lagiilah mudah. Cuma tambah susu cair dan air. Memasaknya tak sampai 10 minit. Boleh dimasak di atas dapur atau pun microwave. Orang lelaki pun boleh buat.

Tarik tutup penyertaan adalah pada 1hb October 2011 pukul 12 malam. Jangan lupa ya!

3 comments:

Nani berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nani berkata... [Reply]

ehem2.. tok3 tuan rumah!
comel ke header tu?! ihik *perasan jap
biasa2 jer.
anyway, thanks u ^^

Mak Lin berkata... [Reply]

terima kasih kak (^____^)v

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com