Khamis

Jangan ambil mudah, nanti menyesal

Fakta Penyakit Buah Pinggang



(1) Kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang tak menunjukkan simptom yang jelas. Sehinggalah mereka jatuh pengsan dan disahkan mengalami kegagalan buah pinggang.
(2) Setiap tahun lebih kurang 2500 orang di Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang
(3) Menurut statistik yang dikeluarkan oleh National Renal Registry, jumlah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang bertambah dari 100 per sejuta orang pada tahun 2003 kepada 130 per sejuta orang pada tahun 2007 kerana amalan hidup yang tidak sihat
(4) Penyakit darah tinggi menyebabkan serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Malah,80% pesakit  yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah berpunca dari penyakit darah tinggi.
(5) Haemodialysis treatment bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah lebih kurang RM1000/sebulan. Kawan husband saya perlu menjalani haemodialysis setiap 5 jam memerlukan lebih kurang RM2000/sebulan.

Mak mertua kawan saya masuk ICU selama sebulan kerana kegagalan buah pinggang. Kedua-dua belah. Perlu menjalani dialisis 2 jam sekali setiap hari.


Kawan husband saya sihat walafiat sehinggalah satu hari dia jatuh pengsan dan dimasukkan ke ICU. Antara puncanya? kurang minum air. Dia disahkan mengalami kegagalan kedua-dua belah buah pinggangnya. Beliau perlu menjalani dialisis setiap 5 jam setiap hari. Beliau telah kembali ke rahmatullah setelah dua tahun menjalani kehidupan sebagai pesakit buah pinggang.


Gambar MedicalDaily
Kita selalu take for granted apa yang kita ada sehinggalah benda tu diambil dari kita. Kesihatan adalah apa yang kita ada. Kegagalan buah pinggang bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Pesakit hanya boleh bertahan kerana buah pinggang yang telah rosak tak akan pulih kembali. Melainkan kalau ada orang nak dermakan buah pinggang dia.Hari ini banyak yang kita dengar, orang yang sihat tiba-tiba jatuh lalu meninggal dunia. Bila di diagnosis ada penyakit jantung. Kena strok. Kita anggap bila  seseorang tak sakit orang tu sihat. Tapi sebenarnya definisi sihat lebih dari tu.

Jagalah buah pinggang elok-elok. Jangan sampai ia rosak sebelum kita mengadap pencipta kita. Organ dipinjamkan pada kita dalam keadaan terbaik. Kalau boleh jagalah elok-elok dan pulankanlah dalam keadaan terbaik jugak.


--------------------------
Do you know that taking Vitamin C may helps kidney function

4 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

urmmmm....tini jarang minum air :(

risaunya baca ni. pasni nak terus minum air.hehe

Unknown berkata... [Reply]

cuba la menten minum air sekurang-kurangnya 2L sehari...saya pun susah..lagi2 kalau da duk ngadap pc..

Nini Hartini berkata... [Reply]

tp kan, tini mcm rasa ada sakit tulang je. ehh sakit otot kot? selalu lenguh otot padahal muda lg.

Unknown berkata... [Reply]

kena banyak minum susu la tu.. hehe..kalau ada masa pegi la buat check bone density..saya check aritu -1..nak kena bagi tulang lebih padat by umur 30..sbb lepas 30 mmg tulang constantly hilang kepadatan..

tapi saya malas minum susu..saya makan calcium tablet..hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com