Rabu

Persiapan menjelang Ramadhan

Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Aku belum habis ganti puasa okeh! Bila tandem nursing ni macam tu lah. Timing nak ganti puasa tu payah sikit. Asyik terlepas bangun sahur je. Bulan ramadhan kali ni kali kedua aku sambut dengan tandem nursing. Aku sebenarnya plan nak wean Aqil sebelum masuk Ramadhan. Tapi nampak gayanya macam terpaksa continue je. Aku dengan husband tak sampai hati lagi. Aqil totally tak sedia nak stop breastfeed. Aku cuma harap aku larat. Maybe nak kena ambik multivitamin lebih sikit supaya tak keletihan.

Macam puasa yang lepas kali ni pun aku berazam nak kurang-kurangkan membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan. Alamatnya heavy duty lagi lah pressure cooker tu. Actually sekarang pun aku dah gunakan pressure cooker on daily basis. Masak apa pun semuanya guna pressure cooker. Cepat, sihat dan mudah! Aku cuma perlu prepare bahan-bahan yang nak dimasak macam peel bawang siap-siap, blend cili kering, siang ikan dan ayam supaya bila nak masak tinggal campak je semua sekali. Antara menu peberet aku bulan puasa nanti nasi daging, sup dan nasi bariyani. Masa menyediakan bahan dikurangkan dengan siapkan bahan-bahan awal-awal. Manakala masa memasak dikurangkan dengan penggunaan pressure cooker. Alhamdulillah husband pun jenis boleh diharap kat dapur, so kalau aku malas, dia boleh memasak. Kalau dia malas aku la memasak. Tapi kalau dedua malas, jawabnya makcik bazaar ramadhan jugaklah yang kena memasaknya...

Kalau boleh biarlah tahun ni aku dapat buat lebih sikit solat sunat terawikh dan bertadarus sepanjang  ramadhan. Supaya aku jadi hamba, anak, adik, kakak, isteri dan ibu yang lebih penyabar. Semoga aku lebih bertabah hati dengan segala dugaan dan ujian yang diberikan. Aminn..

--------------------------
Join SAYS.MY and earn
Demonstrasi PERCUMA Multifunction Pressure Cooker - Hubungi ourkizunastore@gmail.com

6 comments:

Ummi Salsabila berkata... [Reply]

ramadhan hampir tiba..ada sehari lg posa perlu diganti?

duduk di shah alam yer? slm kenal :)

Unknown berkata... [Reply]

ummi,
salam kenal.a'ah..tinggal di shah alam.ummi pun shah alam ke?

saya beberapa hari lagi nak diganti..asyik kebuluran je sepanjang hari..mcm mana la nak puasa..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

ganti jgn tak ganti..hehehe..mcm best je kan pressure cooker tu

Unknown berkata... [Reply]

tu la ila, tak ganti nanti kena fidyah pulak..last year da kena bayar 10 hari sbb tak dan nak ganti lepas bersalin tu..

pressure cooker tu agak memudahkan kalau nak cepat masak..nak bagi empuk daging cepat..

Nini Hartini berkata... [Reply]

nasib baik tini dah habis ganti. puasa 6 terus lepas tu sambung ganti pulak.

masak pakai pressure cooker? senang eh mcm tu? ilmu baru ni.

same lah. hopefully thn ni amal ibadah bertambah. mmg perasan 1st time ramadhan pas kawen rajin qiam. 2nd time malas pulak. hope kali ke 3 ni ada peningkatan ke arah yg baik... sama2 lah kita. InshaAllah

Unknown berkata... [Reply]

itu la..sepatutnya puasa ni tak boleh dilewat lewatkan gantinya.. tapi saya bertandem nursing.. tak larat nak berpuasa (alasan :P)

compare dengan masak atas dapur lebih cepat dan berkhasiat sbb dia guna high pressure. kemudian khasiat dia akan contain dalam periuk..kalau masak carrot ke kentang ke rasanya manis je..

kalau dah ada anak dua macam saya nanti lagi susah tini..boleh sebenarnya..tapi biasala..kita ni.. itu ini itu ini..sudahnya penat..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com