sedutan dari Berita perdana tv3 :
Seorang pelajar lelaki berketurunan India mendakwa dicubit oleh gurunya sehingga lebam. Bagaimana pun setelah siasatan lanjut dilakukan, Menteri bertanggungjawab mendapati bahawa murid tersebut telah dicubit leh guru disiplin kerana telah meraba seorang pelajar perempuan. Menteri tersebut mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa tindakan guru tersebut adalah wajar kerana ia adalah sebagai hukuman kepada pelajar terbabit kerana berkelakuan tidak sopan. Menteri bertanggungjawab juga mendakwa tidak ada kesan lebam pada cubitan tersebut dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik.
------------
Secara peribadinya, aku kurang bersetuju dengan kenyataan Menteri tu. Aku tak menyangkal yang hukuman mesti dilaksanakan sebab kelakuan pelajar lelaki tu memang tak sopan..Kecik-kecik dah meraba anak dara orang..tapi bagi aku hukuman mencubit tu sound so unprofessional..
Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu..masa sekolah..kalau buat salah kena rotan. bukan kena cubit. Lepas tu kalau kesalahan melampau cikgu panggil mak bapak datang sekolah untuk berbincang. Kenapa sekarang banyak kes ibu bapa lapor kes pada media instead of hubungi pihak sekolah? Sebenarnya perkara macam ni takkan berlaku kalau pihak sekolah secara terbuka memberitahu ibu bapa tentang hal-hal yang terjadi dalam waktu persekolahan. Most of parents like to be informed. Tak kira lah kalau anak mereka cheating dalam kelas ke, pukul anak orang ke..
Ya, ramai ibu bapa zaman sekarang sukar nak terima yang buruk-buruk pasal anak mereka sebab
ramai anak-anak yang dah pandai berlakon baik depan ibu bapa mereka. Of course ibu bapa mesti lah nak dengar yang baik-baik pasal anak mereka..Anyhow, apa pun response mereka pihak sekolah wajib memberitahu ibu bapa so at least their parents are aware that there is something wrong about their children. Yalah kan..kalau takde beruk atas pokok kelapa takkan pokok tu goyang bagai nak gila..
Sebenarnya aku tak pelik sangat kalau ada ibu bapa yang tak dapat terima bila anak mereka kena rotan kat sekolah. Banyak yang aku dengar cikgu-cikgu (tak semua) hukum pelajar macam nak lepas geram. Ada kes aku dengar student tu kena cubit sampai koyak kulit. Ada pulak yang kena tampar sampai bengang kepala. Then of course la ibu bapa ni marah..Kesalahan tak seberapa, hukum sampai macam nak membunuh. Nak menghukum biarlah dengan niat nak mengajar. Aku lebih prefer rotan dan aku tak suka skin contact kalau pihak sekolah nak menghukum anak aku. dan cara merotan tu pun harus ada garis panduan supaya guru-guru tak overdo pulak. Taking advantage from the punishment..semalam bergaduh ngan bini..lepas geram kat anak murid..hehe..
3 comments:
hmmm..gitu rupanya citer nyer..tp cikgu aku dulu garang2 tau...terutama cikgu disiplin..tp garangnya pada budak yg bermasalah lah..pd aku dia guru yg baik sbb aku budak baik kan...hehehe...terpuji diri sendiri plak...hehhee
saya dulu 3-4x kena rotan sbb fail add math. huehehehe.. ngeri, ngeri..
agaknya cikgu tu dh geram sgt kt bdk tu, xsmpt carik rotan dah. cobit je..hehe
Ila,
hehe..ye lah..kalau dalam cerita kat tv tu cikgu pompuannya nama bedah..spek mata bingkai itam.. garanggg..tapi zaman kita dulu cikgu baik ngan kita sebab kita baik..ada jugak kawan aku yang kena penampar jepun sebab perangai cam hantu raya.. haha..
Pinky,
wahh..garangnya cikgu..kami dulu satu kelas kena rotan sebab bising sangat..hihi..padan muka..ala tapi kena rotan kat tapak tangan sikit je..pedih sikit la..takde la sampai cedera parah..boleh makan lagi..(jauh dari perut)
Catat Ulasan