Memaparkan catatan dengan label Ungkep. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ungkep. Papar semua catatan

Selasa

Resepi Ayam Ungkep - Mudah je

Assalamualaikum

Menunaikan permintaan Kakcik yang menanyakan resepi ayam ungkep. Resepi asal orang jawa. Ada yang kata rasanya lebih kurang macam rendang. Tapi tak dicampur santan seperti kebiasaan. Lain orang lain kesukaannya, tapi ini antara masakan kegemaran aku kalau balik kampong. Walau pun dah tahu resepi dan tahu masak sendiri, aku still rasa ianya tak sesedap yang mak masak.

Koleksi gambarnya boleh tengok di entry air tangan ibu

Bahan-bahan
Seekor ayam dibersihkan (paling sedap gunakan ayam kampong atau ayam tua, tapi kali ni mak aku guna ayam muda je)
2-3 batang serai dititik
Asam jawa (atau beberapa keping asam gelugor)
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit gula sebagai perasa
Bahan tumbuk
Bawang besar 2-3 biji
Bawang putih 4-5 ulas
Kunyit hidup (agak agak ukuran setengah inci)
Cili hijau kalau nak pedas letak banyak sikit
Ketumbar setengah genggam
Sedikit jintan manis dan jintan putih

Cara membuatnya
Tumbuk semua bahan sehingga lumat. Blender boleh jugak, Cuma kurang sikitlah rasanya. Aku lebih suka tumbuk.
Tumis bahan tumbuk dengan serai yang dah dititik, tumis sehingga naik bau dan agak garing (jangan hangit sudaa). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam. Gaul sebati.
Masukkan sedikit air dan ditutup. Bila dah agak empuk ayamnya, masukkan asam jawa. Ada orang buat air asam jawa dan bijinya dibuang. Ada juga yang guna asam gelugor. Mak aku masukkan terus asam jawa dengan biji bijinya. Biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sekali sekala bagi mengelakkan hangus dibawah. Masa ni api kecik je.
Kacau sampai kering airnya.
Angkat dan hidangkan.

Bahan bahannya tu aku tak reti nak cakap berapa banyak yang paling tepat. Sebab mak aku biasanya agak-agak dan aku pun memang agak agak je. Biasanya bawang putih tu aku guna 1/3 dari bawang besar. Dan jintan manis dan jintan putih tu sikit je, nak lagi naik baunya letak ketumbar lebih sikit.

Maaf kakcik kalau resepi ni ukurannya macam tak berapa nak lengkap.

Selamat mencuba

Daa

Isnin

Air tangan ibu

Assalamualaikum

Mak aku membebel sebelum aku balik aritu. Sebabnya, bila kitorang balik dia taktau nak masak apa. So, dia kena pikir sendiri nak masak apa. Tapi bila dah masak, ada yang tak makan la itu la ini la. Hehe.. Aku sebenarnya bukan apa tanak request tu. Aku kesian kat mak. Nanti nak kena cari bahannya. Dia nak kena masak itu ini. So aku memang tak komplen. Makan je apa mak masak. Sebagai anak, apa mak masak semuanya sedap. Lagi pun kalau balik Johor memang jarang aku makan kat kedai. Selama ni pun, kalau balik Johor kitorang memang tak makan kat luar. Dah mak sendiri masak sedap, nak buat apa makan kat luar lagi kan.

So alkisahnya. Dah mak cakap gitu, aku pun perah otak pikir nak request makan apa. Antara yang aku request, nasi lemak dan roti canai untuk breakfast. Ikan masak asam pedas, paru goreng, ayam masak ungkep dan urap. Hambik.. Bersilat mak. Tapi aku tolong la. Yang masaknya mak.
Dua ekor ayam untuk dimasak ungkep
Rempah ungkep yang ditumis sehingga wangi..cantik warnanya keemasan gitu..mak guna kunyit hidup
Mak siap pesan..kalau nak buat serainya tu guna serai kampong, serai yang jual kat pasaraya tu besar tapi tak berapa wangi..so mak bekalkan seplastik serai kampong yang dia tanam kat aku.
Cantik kan warnanya..ni baru warna..belum rasa lagi..resepi asli jawa yang orang jawa pun tak boleh lawan (kata ayah)
Ditutup sementara menunggu ayamnya empuk
Emak kesayanganku yang bersusah payah memasak..iron lady ni.. sambil masak sambil membasuh baju, sambil jaga kedai..
Sori..gambar da siap takde. Hahaha.. Bayangkan je la eh. Mak ada bagi bekal sikit bawal balik. Malam nanti boleh layan ayam ungkep lagi sambil membayangkan masa masa bahagia bersama emak saya di kampong halaman. Tinggal nak masak sayur je balik nanti. Hihi. Jimattt..

Baru balik dah rindu kat mak. Tiap minggu walau pun tak balik aku tak sah kalau tak telefon bercakap berjam jam dengan mak. Insya allah. Walau pun yang diborakkan Cuma sekadar bertanya khabar. Aku amalkan dari zaman sekolah sampai sekarang.

Apa masakan mak korang yang paling korang suka?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com