Assalamualaikum
Semalam buat projek membuat serunding ayam. Asalnya akak aku nak bawak balik beras ketupat yang kecik kecik tu. Since dia makan tak banyak, dia bagi kat aku separuh. So, shujin pun cakap "kalau makan dengan serunding sedap ni" Sedap la bukan dia yang berpeluh ketiak kan.. Hehehe..
Aku pun gigih mencari resepi serunding ayam. Resepi asalnya dari kak erra Myresepi. Aku ubahsuai dari segi kandungannya je. Bahan-bahan masih sama.
Bahan-bahan
Oh..Daripada sekilo lebih ayam dengan tulang tu, dapat lebih kurang 500gram ke 750gram serundingnya. Aku tak sure sebab baru keluar periuk dah kena serbu. Sabo je lah. Hari ni bawak bekal nasi impit dengan serunding ayam. Kalau ada kuah kacang lagi sodap ni kan. Hehehe..
Nota kaki : Bila buat sendiri ni takde la sayang sangat nak makan. Kalau beli terasa macam mahal kemain. Haihh..
Daa

- 1 kilo isi ayam (beli kat ayamas) atau seekor ayam(ambil isi shj) - Aku beli ayam kat carrefour lebih kurang 1.3kg seekor.
- 1 kilo santan - Aku gunakan santan dari 2 biji kelapa
- 3 genggam jintan kasar
- 3 genggam ketumbar
- 0.5 kilo bwg besar
- 10 ulas bwg putih
- 2 senduk gula, garam secukup rasa - Aku tambah 3-4 sudu je. Kurangkan gula dalam masakan, tambahkan gula dalam senyuman.kehkehkeh..
- 5 senduk cili kisar -kalau suka pedas sila tambah sendiri - Aku letak kurang dari sesenduk, takut pedas anak-anak nak makan
- 2cm halia
- 1 paket kerisik( harga rm2.00). kak erra selalu buat sendiri pakai sebelah kelapa - Aku pakai sebiji kelapa
- Minyak untuk menumis
- Secawan air asam jawa, kalau tak asam keping pun boleh - Aku guna segenggam asam jawa bancuh dengan semangkuk kecik air.
Cara-cara
- Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus(makan masa juga ni) - Aku high pressure 7 minit. Ayam jadi sangat lembut dan senang nak disiat.
- Isi ayam yg telah disiat ditoskan
- Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
- Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap. Tapi aku buat terhancur jugak sikit sebab anak-anak seronok main blender. Hehe
- Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
- Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
- Masukkan santan
- Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
- Last masukkan air asam
- Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat. Boleh makan dengan nasi atau roti juga. Hari Raya makanlah dgn ketupat. (resepi asal kata 3 jam..aku masak dalam periuk multifunction pressure cooker mode stir fry, siap dalam 2 jam saja)