Jumaat

Resepi pizza mudah tanpa uli

Assalamualaikum

Aku tau ramai yang tak berapa nak yakin dalam menguli nguli roti. Aku pun tak berapa yakin mahu pun rajin. So, bila sesekali terasa teringin nak makan pizza. Gunakan resepi pizza mudah express ni tak payah menguli. Sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang.
Pizza mudah pantas lagi sedap
Jom kita tengok resepinya

Resepi pizza mudah tak payah uli
Bahan bahan untuk sekeping pizza
1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
garam dan lada hitam (aku guna dalam setengah sudu kecil)
1 cawan susu segar
1 cawan keju parut
sos topping
bahan topping - bawang, daging cincang ke apa apa saja (kalau daging cincang tu masak la dulu ya)

Cara cara membuatnya
Bancuh telur dan tepung sampai tak bergentel. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. Kacau rata. Masuk setengah dari keju parut.

Masukkan dalam bekas pembakar yang dah dilengser dengan minyak atau butter. Bakar pada suhu 180darjah selama 25-30minit atau sehingga berwarna kekuningan..

Keluarkan dan sapu sos topping. Taburkan bahan bahan topping kegemaran dan baki keju parut (1/2 cawan) tadi. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 5-10 minit atau sehingga keju cair.

Serius sedap gila. Sekeping memang tak cukup. Aku buat kat bebudak ni sampai 3 keping. Tu pun kalau ada nak lagi. Aku cuma taburkan bawang je sebenarnya. Hahaha..

Selamat mencuba

Resepi ni print screen dari FB. Aku tak ingat page/group yang share nya. Kalau nak menguli boleh cekidaut resepi pizza mudah ni. Actually tak susah jugak pun. Cuma kena tunggu sementara tepung mengembang. Hihi


Daa

17 comments:

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Pergghhh...pizza buat sendiri lagi sedap kan. Thanks for the resipi.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

bab uli ni saya malas sebenarnya.. hihii

resepi mudah camni mmg saya suka.. balik sp blh buat...

thanks rai :-)

Dr K berkata... [Reply]

ekceli wife saya kata senang aja nak uli dan buat base pizza tu..nanti saya tanya dia, dan cuba share kat blog

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai, sy tau resipi ni dtg dr mana. Hehehehe...asalnya dari Nigella then ada somebody share resipi ni dalam page (lupa) FB. Klu tgk pd resipi, tekstur dia mst mcm pancake kan? Sedap ni Rai! Kena try utk breakfast weekend t.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau guna mesin amway tu pun senang aje Rai. Tapi yg ini lagi senang tak payah tunggu ye...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

yummy...sgt seswai utk org "rajin" cam rietta...hehehe

Aziela berkata... [Reply]

bila laahhhh akak nak try ni

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, sembang pasal malas la ni sebenarnya..lagi pun malas nak tunggu dia kembang bagai.. hehehe

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

Rai....untuk sarapan pagi sedapnya makan pizza...

Irfa berkata... [Reply]

dh mcm lempeng kot ;)

JunAina berkata... [Reply]

Rai akak ni tak ada yang rajinnya...semua penyakit 'm; je dok membesar...

Ujie Othman berkata... [Reply]

tula..uli punya uli tak naik sangat pun, letih tau tangan.

pasni boleh try resepi ni. tapi nanti tak naik sgt la kan..takde yis. harapkan telur tu je.

Unknown berkata... [Reply]

pizza...sedapnya...saya suka ni..boleh try ni nnti *kalau rajinlah..haha*

Unknown berkata... [Reply]

pizza...sedapnya...saya suka ni..boleh try ni nnti *kalau rajinlah..haha*

duniaanita74.blogspot.com berkata... [Reply]

sedapnya..anak kak ita suruh buat ...nak cuba buat lah nanti...

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Guna bm amway...senang keje rai..hihihi tp kdang ternalas juga sy ni...

anakmudamelayu berkata... [Reply]

Sedap nie...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com