Assalamualaikum
Aku yakin di kalangan pembaca Ourkizuna tak ramai yang perasan dan tak heran pun tentang program buat duit paling mudah yang ku kira agak baru di pasaran. Tapi Facebook aku dah mula dibanjiri dengan status yang mempromosikan program ni.
Contoh status automatic dari program SAP Venture IX. Aku print screen dari FB aku. Aku malas nak sound direct dengan diorang ni. Sebab aku tau jenis yang macam ni biasanya akan kata kita ni jeles. Tak senang duduk tengok orang nak senang (sebab aku dah pernah kena bila aku buat status perli geng geng yang promote "business" Infinity Downline dulu). So the best choice yang aku ada adalah membuat beberapa soal selidik dan meroyan di blog. Kepuasan peribadi semata-mata. Apa pun, aku harap bagi yang baru kenal dan tengah fikir-fikir nak join "business" ini, eloklah kalau difikirkan dengan teliti. Niat aku bukan menghukum. Sekadar mengajak semua berfikir.
Ini adalah beberapa contoh status FB yang akan diupdate secara auto oleh program SAP ini. Mudah bukan? Duduk diam diam dapat duit.
Apa program SAP ni sebenarnya? Klik je link tu. Akan keluar gambar gambar seperti di bawah ni.
Ya. Cuma bayar RM90. Tak perlu buat apa apa. Duit akan datang bergolek golek. Ini yang orang Melayu suka. Jenis perniagaan begini yang orang Melayu selalu cari cari. Eh ada pelan pemasaran dan level pulak dah macam MLM kan.. Lantak le labu. Yang penting masyuk~. "Perniagaan" ini. Mereka ini akan kata, ini adalah perniagaan affiliates. Referral program. Di mana, kita refer orang untuk beli product syarikat. Kita akan dapat komisyen daripadanya. Mesti kena ada product. Apa productnya?
Ni baru sebahagian saja. Cakap kita kita je ni kan. Aku terus terang lah okay. Aku tau, ko pun tau. Tak payah tipu la. Siapa join benda ni untuk beli dan guna Ebook. Sure join sebab duit punye lah. Cara promote pun promote duit je. Bukan promote barang pun. Ni ebook ebook ni sampah je semua ni. Kalau ada yang baca ebook sampai yang no 5 tu memang boleh dapat Gunung Jerai kat dia. Free je. (Jangan lepas ni ada pulak fatwa kata benda ni halal kalau kita baca ebook sampai no 5 tu sudah la. Allah tau niat dalam hati..Tak payah cuba nak tipu diri sendiri lah)
So program ni tak lebih dari satu lagi program head hunting oleh orang melayu untuk orang melayu :D Hoyeh. Ramai usahawan melayu lepas ni. Akan muncul ramai jutawan Melayu lepas ni. Hehehe..
Ok. Jom berkenalan pulak dengan company yang memperkenalkan "perniagaan" ini. Website syarikat IBCT. Sebelum ni ada profile lengkap sekali dengan nombor pendaftaran perniagaan. Tapi semalam aku tengok dah takde dah. Tapi aku sempat ambik nombor pendaftaran perniagaan ni sebab aku nak check pasal company ni dengan SSM.
Nak check dengan SSM senang je sebab akak aku kerja SSM kat KL sentral nu.. Info info macam ni kacang je nak dapat.
Nama syarikat : IBCT Enterprise
Alamat syarikat : Marang, Terengganu ( aku lupa nak ambik alamat penuh)
Nombor pendaftaran syarikat : TR 0087772-V
Kalau baca di website mereka yang cikai hosting wordpress je, syarikat ini telah beroperasi secara tidak rasmi sejak tahun 1997. Baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun 23 april 2009. Kononnya dah ada 12 tahun pengalaman dalam bidang ni.
Kesimpulan aku mudah je. So selama company ni beroperasi secara haram. Dan masih lagi haram sampai hari ni sebab belum ada surat kelulusan rasmi dari Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan MLM.
Menurut kakak aku, syarikat ni didaftarkan untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk insurans dan penyusuan bayi. "Tak tau la mana satu yang aktif..banyak sangat jenisnya ni" Kata kakak aku. Kalau tak percaya boleh buat query sendiri dengan SSM tentang syarikat ini.
Menariknya.. SAP Venture IX bukan satu satunya program yang diperkenalkan oleh syarikat ini.
![]() |
| betapa islamic nya konsep mereka "memberi lebih dari menerima" |
Program ezReload MLM pun ada. Ada lesen ke nak buat MLM ni?
Menurut seorang individu yang mempromosikan "perniagaan" ini, mereka telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia melalui telefon (wow!) Dan kelulusan bertulis yang rasmi akan dihantar tidak lama lagi. Malah bila aku mintak dokumen, individu ni menyuruh aku call sendiri BNM. (Obviously la kan..BNM baru lulus kat telefon..belum sampai surat..lambat pulak posmen ni) Hebat!BNM bagi kelulusan melalui telefon je. Ini dah lebih dari syarikat gergasi.
Bayangkan. Syarikat "enterprise" bukan "sendirian berhad" ok. Pendaftaran enterprise kalau tak silap aku kurang dari seratus. Dan bulanan tak sampai 10 hengget. Mendapat kelulusan dari BNM untuk menjalankan perniagaan MLM. Macam ni kedai runcit ayah aku pun boleh buat MLM.
Aku tak kata diorang ni tipu. Aku yakin ramai dah dapat hasilnya.
Fikirkan. Adakah benar kelulusan dari BNM boleh didapati dengan semudah itu? Oleh sebuah syarikat enterprise yang juga didaftarkan untuk perniagaan insurans dan penyusuan bayi?
Hairannya..Macam mana.. syarikat yang memperkenalkan program yang menghasilkan pendapatan beribu ribu dalam masa yang singkat cuma guna hosting wordpress. Tak mampu ke nak bayar hosting? Siap ada iklan 102 posisi seks unik tapi dengan mudahnya dapat kelulusan dari BNM melalui telefon..
Aku tak pandai sembang agama. Kat website mereka ada tulis yang kenyataan Ustaz Zaharudin ada menyokong jenis "perniagaan" mereka ni.
Mana mungkin aku lagi pandai dari Ustaz Zaharudin. Sungguh pun aku tak tau kenyataan mana satu yang dia refer. Ini adalah pegangan aku selama ni
(1) Satu perniagaan yang tak mempunyai product yang bermanfaat kepada pembelinya adalah haram. Dalam program ni eBook nya tak berguna pun buat orang yang join ni, sebab rata rata diorang ni bukan join nak baca eBook. Join sebab nak dapat duit bila dapat orang lain join je.
(2) Apa apa referral program atau MLM yang mempromosikan duit hasil pendapatan yang kita akan dapat semata mata dan bukan product adalah haram.
(3) Apa apa perniagaan yang kita dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk bukan kerana belian produk adalah haram hukumnya. Rata rata yang masuk bukan sebab product, masuk kerana nak dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk. Boleh tipu aku, boleh tipu kawan kawan, tapi boleh ke tipu diri sendiri dan tipu Allah?
Program SAP Venture IX ni haram atau tidak? Pada aku haram. Pada korang aku tak tau.
Apa yang aku lihat. Mereka yang mempromosikan "perniagaan" atau program ni biasanya akan menekankan, "tak perlu buat apa dapat duit" dan bukan "ebook yang kami tawarkan hebat dan bagus". So Melayu ramai yang tertarik sebab jenis bangsa yang namanya melayu ni (bukan semua) memang suka benda benda yang duk saja duk diam duk mengangkang duk menonggeng pun dapat duit.
Menambah perisa dalam masakan.. Ada jaminan pulangan wang.. Hehehe...
Ikut korang la. Korang kan lagi pandai lagi bijaksana dari aku.
Aku hairan. Kenapa ya..melayu, islam yang belajar tentang muamalat dan adab berjual beli dalam islam. Tentang rezeki. Sangat sangat suka dengan perniagaan yang tak perlu buat apa apa. Tapi bila sembang..ohh..kami berusaha... Kami post entry ni kat FB. Kami berdoa agar ada orang lain yang sama sama join program ni. Dan kemudian kami bertawakal. Kalau itu rezeki kami, kami redha. Kalau tak dapat tu bukan rezeki kami.
Alangkah mudahnya konsep usaha,doa dan tawakal bagi mereka ni.
Aku rasa macam nak mencarut pun ada. Tapi biarlah. Setiap orang ada kefahaman masing masing.
Kalau ada yang nak kata business ni adalah HALAL ikut kata Ustaz Zaharudin atau sesiapa, meh bagi link kat aku. Kalau base on aku punya understanding, SAP memang haram. Tapi jangan risau, bagi pihak IBCT mahu pun mereka yang dah mula "nampak duit" dalam "perniagaan" ni diorang akan sedaya upaya cari fatwa yang boleh meng"halal"kan "perniagaan" ni. So ingatlah dan cubalah buat keputusan yang rasional. Yang meragukan baik ditinggalkan. Rezeki yang haram kalau jadi darah daging, ia boleh mengheret kita ke neraka. Mungkin di dunia kita akan mewah dengan wang ringgit. Tapi akhirat?
Bagi yang dah berkeluarga pulak, macam mana dengan anak isteri atau suami yang kita beri mereka makan dengan hasil pendapatan yang tak bersih atau syubahat. Kalau anak da besar tak dengar cakap dan derhaka pada kita. Jangan sesekali salahkan mereka dan kawan kawan mereka semata mata. Ingat. Nasi yang kita suap ke mulut mereka dari sejak mereka kecil tu datang dari sumber mana. Halal haramnya...

Pada aku. This is not even something that you can call a business.
Info tambahan : Melalui pembacaan, hanya syarikat yang tertakluk di bawah akta syarikat 1965 sahaja yang layak memohon lesen AJL. Syarikat syarikat ini adalah syarikat "sendirian berhad" sahaja. Dengan kata lain, enterprise seperti IBCT Enterprise tidak layak membuat permohonan lesen AJL. Dan adalah salah dari segi undang-undang negara Malaysia sekiranya mereka menjalankan perniagaan MLM.

Ok. Puas hati dapat membebel di sini. Kalau korang rasa berbaloi, tolong sebar pada kawan kawan.
Perhatian, aku takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Aku suka kalau orang Melayu suka berniaga. Dengan cara yang betul. Kalau IBCT boleh buktikan mereka benar dan lampirkan no lesen AJL mereka dan buktikan perniagaan mereka HALAL di sisi undang undang negara dan Islam, sila lah berbuat demikian. Dengan senang hati aku akan delete entry ini.
Nota kaki : Credit to my husband yang memberi galakan untuk menulis tentang perkara ni.

Daa