Isnin

Guest Blogger : Salam dari Blog My Rainbow

Assalamualaikum...


Kepada pembaca blog Ourkizuna, kita mohon maaf dan ampun sebab mencelah di sini. Kehadiran entry kita nie sebenarnya adalah atas dasar jemputan empunya blog ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Rai.

Tak pasti nak buat entry apa, tapi first of all, kita ambil kesempatan nie untuk promote blog My Rainbow lah yer. Lagipun, Rai sudi letakkan RSS feed blog kita di atas tu. Terima kasih sekali lagi. Blog My Rainbow berkisarkan tentang kehidupan kita sehari2. Tapi, antara yang menyerlah dalam tu ialah entry tentang tempat2 makan yang kita pernah terjah. Selain daripada tu, ada juga entry tentang kehidupan peribadi dan perkongsian maklumat yang kita rasa perlu disebarkan untuk kebaikan bersama. Ada juga pengalaman2 yang lepas kita abadikan sebagai panduan, rujukan dan perhatian pembaca sekalian. Kalau sudi, singgahlah dan tinggalkan komen yer...



Kita pernah dengar di radio, seorang wanita mengaku kepada Datuk Dr. Fazilah Kamsah yang dia membesarkan anak2nya sendirian sebab suaminya tak nak kerja..! Sekarang, anak2nya dah berjaya. Dia bersyukur...

Tapi, DDFK kata apa tau? Of course dia kata tahniah, tapi dia kata ini adalah penyakit. Lelaki yang lari dari tanggungjawab mempunyai penyakit. So, dia kena usaha ubatkan...

So, pada pendapat kita yang daif dengan ilmu pengetahuan nie, wanita memang perlu berdikari, tetapi harus berpada2. Terlalu sangat pun x berapa bagus, tak tahu langsung tu lagilah x bagus...

So, akhir kata, terima kasih banyak2 kepada tuan blog kerana sudi memberi ruang kita mengganggu isipadu blog Ourkizuna nie. Semoga Rai akan terus maju di masa hadapan. Amin.
Off-late nie, semakin ramai wanita yang berdikari. Boleh drive sendiri, uruskan keperluan diri sendiri, entertain diri sendiri dan lindungi diri sendiri. Sehinggakan ada sesetengahnya tu uruskan keluarga sendiri sampaikan adik beradik lelaki yang lain, ataupun suaminya lepas tangan.
So, untuk entry ini, kita nak ambil kesempatan untuk berkongsikan tentang WANITA BERDIKARI. Tak adalah nak detail sangat, tapi kita sekadar nak berkongsi.

6 comments:

Prettywrite berkata... [Reply]

zaman sekarang ni memang wanita nak tak nak kena belajar berdikari..semua benda kena buat sendiri senang kemudian hari..

Yaya Azura berkata... [Reply]

kena berdikari, biar senang..
tapi kalau sampai tahap suami goyang kaki mmg bahaya..takut ada yg berfikir..'kalau macam nie baik hidup sendiri..tak payah kawen..'

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Klu laki tak keje n takde tggjwb nak sara makan minum n keperluan lain...baik cerai jelah dr menanggung dosa.

wahida berkata... [Reply]

nyammmpah lelaki mcm tu....

aizamia3 berkata... [Reply]

ada ketika kena berdikari sebab pasangan kerja jauh.. tapi bila dah depan mata, jangan lepaskan peluang.. hehehe.. tapi kesian pada mereka yang terpaksa menanggung semua sedangkan dia ketua keluarga..

Dr K berkata... [Reply]

tu namanya membela biawak hidup!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com