Assalamualaikum
Walaupun bercuti panjang aku kepenatan jugak. Banyak urusan yang nak diselesaikan dalam masa yang singkat. Termasuk bawak ayah pergi jumpa Dr Aziz. Ayah dengan mak sampai kat LCCT pukul 12.30 malam hari khamis (bertolak pukul 11.30 malam hari rabu) Hari khamis la
Hari Jumaat baru appointment dengan Dr Aziz. Sebenarnya aku pun susah nak cakap sakit ayah. Lebih kurang lapan bulan lepas ayah buat medical check up. Di dapati kadar gula dalam darah ayah adalah lebih kurang 8mmol/L. So since then ayah kena consume ubat kencing manis. Sejak tu ayah mengadu, mulutnya kebas, kakinya rasa kebas kadang kadang tegang dan mencucuk cucuk macam dihiris sembilu. Selain tu symptom biasa yang dihadapi oleh penghidap kencing manis macam kerap buang air kecil pada waktu malam dan mudah letih. Ini termasuk rasa sakit ketika buang air kecil bukan pada organ tapi pada kaki, tapi organnya kadangkala sedikit bengkak. Akibatnya, ayah tak dapat tidur yang berkualiti dan tubuhnya makin susut.
Sejak tu macam-macam jenis manusia yang datang dan jual barang kesihatan pada ayah. Dari krim sapu kat kaki yang beratus ringgit bila sapu kaki rasa tegang. Yang menjual pun hilang. Sampai la ke gula pengganti gula pasir tu. Sampai satu tahap ayah kata nak beli mesin elektronik yang harganya belasan ribu. Ada jugak yang syorkan pergi ke perubatan islam, dan mandi bunga dan sebagainya, kerana ada kemungkinan ianya adalah buatan orang atau pun makhluk halus. Sampai lah ke rawatan homeopati yang memang takde kesan tapi duitnya habis beratus ringgit. Semuanya tak menunjukkan perubahan positif.
Mulanya aku cuma ambil langkah dengar dan lihat. Memandangkan kakak kakak aku banyak menasihati ayah. Tapi bila keadaan dah makin teruk dan doktor kat klinik yang ayah kerap pergi tu pun sampai kata "takde harapan dan takde ubat yang boleh ubatkan kaki ayah" Sakit kaki ayah tu bukan sepanjang masa, tapi bila kena ayah tak boleh nak tidur, aku pun campur tangan. Bayangkan lah, nak duduk pun rasa serba tak kena. Kadang-kadang ayah meluahkan rasa putus asa.
Bukan aku tak percayakan perubatan islam atau perubatan tradisional, Cuma aku rasa yang salah satu punca penyakit ayah adalah dari ubatan yang diambilnya. Menurut ayah, kandungan gula sekitar 8mmol/L, tekanan darah 120/80mmHg, kandungan kolestrol pulak dikatakan normal (ayah lupa bacaannya berapa) Tapi ayah diberikan ubat kencing manis (glitazone), ubat darah tinggi (amlodipine) dan jugak ubat kolestrol (lovastatin) which include bunch of side effects. Especially statin drugs yang deplete CoQ10 dan kekurangannya biasanya menyebabkan masalah pada fungsi jantung. Aku agak terkilan sebab kalau tak tinggi kenapa diberikan ubat tu. Aku faham la kalau ubat kencing manis tu kena makan. Tapi kenapa dapat sekali ubat darah tinggi dan kolestrol.
*Side effect ubat-ubat ni aku baca dari buku "Supplement your prescription" yang aku mention dalam previous entry tu.
So lepas berbincang dengan suami aku mengambil langkah drastic campur tangan dan pujuk ayah untuk jumpa dengan doktor kenalan aku tu.
Alhamdulillah, lepas ikut nasihat doktor tu ayah kata dia rasa macam ada harapan. Walau pun perubahannya sikit, tapi ayah kata dia rasa kekerapan sakitnya makin kurang. Aku harap ianya berterusan dan ayah akan makin sembuh.
Daa












