Jumaat

Resepi Garlic Bread TERBAIKK!

Assalamualaikum


Sebenarnya dua hari lepas dah aku buat garlic bread ni. Kebetulan terserempak dengan post Izah si Muffin Lover tu pasal garlic finger bread, terus aku salin err print resepinya. Petang tu pegi beli barang-barang. Aku memang suka garlic bread sebab rasanya tak muak, ditambah dengan bau harum bawang putih dibakar. Haihh.. Korang boleh bayang tak? Hehehe.. Tapi shujin tak berapa sangat. Makan tu makan lah. Tapi takde lah suka sampai meroyan cam aku.

Ok. Kalau nak tengok resepi asal Izah dan rakan-rakannya boleh klik link kat atas ye. Macam biasa lah aku ni. Beria ria menyalin resepi, tapi tak penah nak ikut resepi betul betul. Maklumlah, panfandaifai. Bengkok pinggang aku balik balik kerja menguli pulak. Nasib baik hari tu turn shujin prepare dinner.
Resepi Basic Dough
Bahan A
500gram tepung gandum (nak guna tepung roti pun boleh, aku guna tepung gandum cap sauh..sokong company cik ina..eh kan kan)
100gram gula
1sudu kecil garam
2sudu kecil bread improver double action (uncle kedai kek tu kata dalam tu ada bread softener sekali. So aku guna je lah)
11gram yis (sepeket)

Bahan B
Susu full cream secukupnya
1 biji telur
Bahan C
80gram margarine cap pelangi..hehehe...
Garlic Spread
50gram butter (salted)
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 pokok ketumbar dicincang halus
Gaulkan sebati
Kekdah membuatnya
1.      Gaul sebati bahan A
2.      Masukkan bahan B, telur dulu. Lepas gaul rata, masukkan susu sampai agak agak licin
3.      Masuk bahan C dan uli sampai tak melekat kat tangan. Nota - Masa mula mula masuk margarine tu memang rasa macam tak jadik dah. Teruskan je menguli sampai margarine tu betul betul sebati dengan adunan. Hasilnya memang menakjubkan. Taraaaa...
4.      Biar adunan naik dua kali ganda
5.      Tumbuk manja adunan untuk keluarkan angina. Uli sebentar, lepas tu bulat bulatkan pada saiz yang disukai. Aku konon nak buat finger jugak tapi malas nak mencanai bagai. So aku buat macam bentul bantal bulat panjang tu. Susun dalam loyang. Spray air dan biarkan sampai kembang
6.      Bila dah kembang baru sapukan garlic spread tu atas roti dan bakar pada suhu 180 darjah, 25 minit atau sampai permukaan roti jadi perang.
Roti ni dah pagi aku panaskan balik pun masih lembut lagi. Rupa memang dah iras iras roti kedai dah. Cuma garlic spread tu aku letak sikit sangat. Consider yang shujin tak berapa suka garlic bread. Kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sikit jumlah gula sebab letak susu full cream pun rasa lemak manis dia cam kuat jugak. Shujin kata ok dah, tapi aku jenis tak kuat manis so aku rasa manis sikit.



Insya allah kalau rajin aku nak buat lagi weekend ni. Daun ketumbar pun berpokok pokok lagi.

Komen shujin - "Rasa lebih sedap dari beli kat kedai. So okay laa. Texture pun lembut & puffy. Next time boleh buat lagi. Concept macam "cun tak berapa sangat, boleh tahan. Tapi hati pekerti baik". Camtu laa... Hahahaha..."

Jemput makannn...Daa~

21 comments:

sisdee berkata... [Reply]

wow!!! bestnya..

tq babe boleh cuba nei heheheheh..mmg tcari2 resepi nie ;)

Asmara berkata... [Reply]

Kak Rai!! saya pun buat lepas tengok resepi izah tu, serius mmg lembut sgt esok pgnya pun roti tu lembut lagi. mmg nak buat lagi. anak2 saya pun suka sgt! ;D

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tengok Rai dgn Shujin jenis rajin ke dapur. Garlic bread kalau kakak suka cecah dgn mushroom soup hui... sedapnya...

Teringin tapi malasnya kakak nie Rai nak menguli...

Unknown berkata... [Reply]

@sisdee, memang best kak.. insya allah jadi lembut lemak berkrim..ehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Asmara, teruja kan tengok gambar roti dia buat tu..tapi saya tak buat pun mushroom soup tu.. tak larat dah..masa keluar oven tu da pukul 10 lebih..makan sikit lebihnya buat sarapan je..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, nak kata rajin tu takde lah jugak kak..banyak masak kat rumah sebab kami jenis tak suka makan kat kedai..tapi kadang2 tu bila datang angin malas..beli jugak.. hehe..

yatie chomeyl berkata... [Reply]

dapnyer..tp kat sini mana nk cr daun ketumbar pulak aiyarkk

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, beli yang kering je..tak silap coriander leave tu..ada jual dalam botol..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Jelesnye bile org ade oven. Ntah bilenye nak ade oven. Hahahaha....

Marjerin Pelangi tu klu ganti butter sure ok je kan? Sedap!

Dr K berkata... [Reply]

okeh, saya salin resepi ni ya.

bukan saya nak buat..hahaha

utk wife saya.:)

mummY daniSha berkata... [Reply]

bestnye kalau en somi puji sedappp...hubby aku selalu ckp boleh tahan je...sabar jela hahaa..kdg2 aku paksa ckp sedap jugak heheeee...yela penat kite buat kan?

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

okey memon salin resepi ni ye . konsep cun tak berapa sangat , boleh tahan .tapi hati pekerti baik, memang kena sangat, cik ina pun menguna pakai konsep yg sama.kui kui kui

Mulan berkata... [Reply]

wohhoo... memang garlic bread terbaik ni.. i tak reti uli doh, takde bread maker... uhuu.. takut nak buat.. tapi rasa nak try jugak.. tqs for d recipe..

Prettywrite berkata... [Reply]

kebabom lah roti tu..dah boleh ambik order ni k.rai lepas tu kedai roti lak..seriously!

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, sedappp... oven ni pun dapat free je sebenarnya..nak tunggu beli jenuh laa..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, hehehe.. sila sila..sedapp ni...

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, untung jugak cakap boleh tahan mas..husband aku kalau tak sedap pun dia sound direct je tak sedap..kalau sedap tu best la kan..kalau time tak sedap tu rasa macam nak tumbuk orang woo...

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, salin jangan tak salin kak memon.. memang sedap terangkat..fandai je saya ni.. hahaha..

Acik Erna berkata... [Reply]

Rai..bestnya..nampak sedap..acik dah lama tak meroti tak larat dah nak menguli ni

Irfa berkata... [Reply]

tgk roti ko ni rasa macam nak beli bread maker je.huhu

myhuonglequyen berkata... [Reply]

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com