Memaparkan catatan dengan label Rangup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rangup. Papar semua catatan

Khamis

Tips bagi membuat roti canai yang lembut di dalam rangup di luar

Assalamualaikum

Macam poyo je aku kan. Aku belajar buat roti canai dari mak aku. Bukan nak kata hebat sangat mak aku ni, tapi aku rasa kalau dia bukak kedai kat Kota Kemuning tu memang melingkup mamak mamak kat situ. Ceh..haha..Pernah la orang yang bukak kedai makan belajar buat roti canai dari mak aku. Mak aku belajar buat dari nenek aku. Sekarang dalam adik beradik mak, dia sorang je yang paling mewarisi skill nenek aku.
Aku pulak belajar dari mak aku sebab shujin memang suka roti canai. Nak belajar buat roti canai memang kena hands on. Tak boleh nak main agak agak je sebenarnya. Mak kata masa dia belajar buat dulu berkilo kilo tepung dia guna sebab asyik tak jadi je. Marah atuk aku. Hehe..

Dah banyak kali jugak aku buat roti canai ni. Yang kali ni macam super sukses je. So aku yang konon konon dah amateur (sebelum ni beginner je) ni nak share tips macam mana nak dapatkan roti yang lembut.
Resepi roti canai mak aku simple je, tepung, garam, gula, air dan sebiji telur. Rahsianya adalah masa menguli dan air yang digunakan. Campurkan air sikit demi sedikit sampai tak melekit. Uli sampai licin. Bahagikan kepada berapa bahagian yang dikehendaki. Biasanya saiz doh kecik tu aku buat 50-60gram setiap satu. Agak agak lebih sikit kepal aku. Lepas dah bahagikan tu uli lagi setiap satu. Masa menguli tu, basahkan sikit tangan dengan air dan uli sampai tak melekit. Tambah air sikit demi sedikit sampai doh betul betul lembut. (Macam doh nak buat roti) Mak kata lagi elok kalau uli sampai tepung tu masak.


Nak menyimpan tu sapu seluruh permukaan doh dengan marjerin dan simpan selama 5-6 jam sebelum dicanai.
Masa mencanai, aku dengan mak tak pandai nak canai macam kat kedai mamak tu, so aku guna dulang bulat besar dan canai atas dulang. Mula mula penyek penyekkan doh, lepas tu tarik sampai betul betul nipis. Biasanya kalau saiz 50-60gram tu boleh tarik sampai tutup dulang, jadi macam alas dulang hantaran gitu. Doh yang elok adalah sangat elastic dan senang ditarik. Kalau terlalu lembik atau keras doh akan mudah koyak. Masa nak melipat tu letak sikit sikit marjerin kat setiap permukaan. Supaya bila masak ia jadi gebu di dalam. Yang nipis diluar pulak akan jadi rangup.



Nak masak pulak lebih baik gunakan marjerin, kalau guna minyak kureng.. Kalau mak aku buat sekilo roti dalam 18 keping je. Korang bayangla sendiri betapa tebalnya roti canai tu. Makan sekeping confirm kenyang. Aku buat setengah kilo dapat 11 keping. 



Selamat mencuba!

Amaran - Hidangan ini adalah kaya dengan lemak tepu, makan 2-3 minggu sekali boleh la. Jangan selalu sangat. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com