Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan

Isnin

Cara mudah dan jimat tanam pokok limau

Assalamualaikum

Limau nipis, limau purut, tak kira lah limau apa pun. Asalkan ada biji. Lemon pun boleh tanam kat Malaysia tau. Hehehe..

Aku ternampak orang post kat Group FB. So aku pun cuba.
limau kasturi dari mi kari kenduri

Cara tanam limau dari bijinya

(1) Potong limau dengan berhati-hati. Jangan sampai terpotong bijinya. Asingkan bijinya. Buang kulit selaput pada biji limau tu

(2) Tanamkan dalam medium semaian dalam bekas yang sesuai. Aku gunakan tanah hitam dalam bekas recycle je.

(3) Siramkan setiap hari. Biji benih akan bercambah dalam masa seminggu. Kalau nak rendam dulu pun boleh. Tapi aku terus tanam, takde rendam.

(4) Dah boleh pindahkan ke tanah atau dalam pasu.
limau nipis yang dah keras dalam peti sejuk, dikorek ambil bijinya
Mudah je kan. Kalau beli anak pokok kat nursery tanaman, mungkin berbelas atau puluh ringgit. Tapi guna biji ni, cuma perlu beli sebiji limau je. Hehehe..

Cuma.. biasanya pokok yang beli kat nursery lebih cepat berbuah sebab diorang guna kaedah tut. Untuk kes macam pokok lemon yang kita takde pokok induk nak tut, boleh guna kaedah tanam biji ni. Tapi ambik masa yang lama la nak berbuah. Mungkin kalau jaga betul, elok lagi cepat berbuah.

Selamat mencuba

Daa

Sabtu

Cara-cara menanam kunyit

Assalamualaikum

Kunyit sangat banyak kegunaannya dalam masakan melayu. Daun kunyit sangat wangi dan sangat sedap kalau digunakan untuk balut ikan yang nak digoreng. Kunyit pun dah semakin mahal, so marilah kita menanam pokok kunyit. Hehehe..

Cara-cara menanam kunyit
(1) Dapatkan ibu kunyit. Ibu kunyit lagi senang dan cepat nak semai. Aku tak ada ibu kunyit, so aku semai guna anak-anak dia je. Ambik masa hampir sebulan tau!! Balut kunyit dengan kertas suratkhabar yang lembab. Kemudian simpan di tempat gelap. Check sekali sekala untuk pastikan kertas yang membalutnya tu sentiasa lembab. Lepas 2-3 minggu, akan nampak tunasnya keluar.
nampak tak dah ada mata sikit yang keluar tu
(2) Tanamkan dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk dapatkan isi kunyit yang gemuk, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya. Dan pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

** Nak semai terus ke dalam tanah pun boleh. Kambus sikit dalam tanah dan pastikan tanah sentiasa lembab. Bukan basah, kalau basah dan menakung air, nanti kunyit jadi reput dan busuk. Kalau semai terus dalam tanah aku ambik masa dekat dua bulan.. kena banyak sabar ye..

TIPS : Daun kunyit sangat disukai oleh serangga. Jadi nak pastikan agar tak diserang, boleh kisar cili, bawang putih dan halia. Lepas tu tapis ambik airnya. Semburkan pada tanaman untuk mengelakkan dari diserang oleh serangga macam belalang. Ada juga yang kata boleh campur sedikit minyak dan sabun basuh pinggan. Aku guna dish drop sikit jugak (Dish drop mesra alam dan tak berbahaya kalau tertelan)

Selamat mencuba

Daa

Asas menanam pokok dari biji benih

Assalamualaikum

Ada orang kata tangannya panas. Tanam tak tumbuh tumbuh. Sebenarnya bukan sebab tangan panas ke apa. Tapi sebab ilmu dan teknik yang digunakan.

Antara pokok yang mudah ditanam dengan biji benih adalah tomato, limau, rambutan, kekacang, dan macam-macam lagi. Menanam pokok dari biji benih sangat mudah.

Asasnya biji benih nak bercambah memerlukan air, medium dan cahaya.

Kalau cukup elemen ni insya allah pokok akan tumbuh.

Medium tu boleh jadi tisu, kapas atau tanah. Ada jugak yang tanam dalam medium khas yang dipanggil peat moss. Boleh dapat di kedai yang jual barang pertanian atau hardware. Kat ACE pun ada.
limau, tomato, tomato cherry
Mari mula menanam
(1) Sediakan biji benih. Ada biji benih yang perlu direndam dulu. Most of the time, aku tak rendam pun. Terus je tanam.
(2) Lembabkan medium tanaman. Tisu dan kapas senang nak pindahkan. Just gunting kapas tu bila dah bercambah. Kalau guna tanah atau peat moss. Boleh tanam dalam bekas kecil yang recycle. Sarang telur dan kulit telur pun boleh!!
(3) Letakkan biji benih atas medium, atau guna tanah tu cucuk ke dalam sikit.
(4) Letakkan bekas tu kat tempat yang agak redup tapi dapat cahaya dan pengudaraan yang baik.
(5) Bila dah keluar 3-4 helai daun sebenar, dah boleh pindahkan ke bekas yang sesuai.

Make sure medium lembab.

Lepas tu boleh tunggu sampai benih bercambah.

Kalau tak bercambah tu ada beberapa kemungkinan.

(1) Benih mungkin dimakan atau dibawa lari oleh semut
(2) Benih dah lama dan tak elok. Make sure pilih benih yang baru

So far kalau guna benih yang baru, memang akan tumbuh. Hehehe..

Selamat mencuba.

Daa

Rabu

Mari mengompos, jangan ketinggalan

Assalamualaikum

Tahu tak yang pengkomposan adalah satu trend yang makin mendapat tempat dalam masyarakat. Bukan kat kampung je.. Kat bandar pun.

So kalau korang jenis yang follow trend semasa. Jangan ketinggalan.

Aku dah masuk tong ketiga mengompos. Bela larva black soldier fly (BSF). Walau pun aku ni penggeli, tapi seronok tengok ulat BSF tu gemuk gemuk makan sampah dapur. Bekerja keras menghasilkan baja untuk tanaman kami. Hehehe..

Iye. Mungkin ada yang akan kata. Ala buat apa susah berkompos. Baja boleh beli. Organik tak organik. Semua ada habaq kat hang. Tapi tujuan aku berkompos dan bercucuk tanam ni ada banyak sebab.

(1) Kepuasan peribadi. Seronok tengok tanaman membesar.
(2) Ketenangan jiwa. Honestly, balik rumah, stress atas jalan yang jem, stress kat opis. Hilang bila balik tengok pokok dan ulat ulat yang menggemuk dengan jayanya
(3) Aktiviti sekeluarga. Salah satu cara kami spend masa sama-sama. Shujin banyak tolong buang rumput, cangkul tanah, buat lubang etc untuk projek kami ni. Anak-anak walau pun geli geli nak main tanah, tolong tolong jugak.
(4) Mengurangkan pengeluaran sampah. Dengan mengomposkan bahan buangan dapur, kami dapat kurangkan pengeluaran sampah hampir separuh tau. Sampah pun tak berbau busuk sangat sebab yang contribute busuk ni kan sampah dari dapur tu. Of course la diapers bebudak ni lagi busuk. hehehe..
(5) Menyelamatkan bumi. Adalah satu perasaan yang sangat best bila kita tau kita lakukan sesuatu untuk selamatkan bumi. Demi masa depan anak-anak.

Bak kata orang.. Kita bukan mewarisi bumi ni dari generasi lalu, tapi kita pinjamnya dari generasi akan datang. So barang pinjam kena lah jaga bebaik.

So, dah join kempen sampah? Hadiah tak bagitau pun. Sibuk promote suruh orang kempen kan aku ni. Hahaha.. Tapi dah ada dua orang yang join. Yey~!

Daa

Khamis

Kesayanganku yang terbaru

Assalamualaikum

Dah lama teringin.. Sekarang baru berpeluang..

Guna cup air pasar malam je. Katanya reuse reduce dan recycle kan.. Hehehe..

pstt.. kempen 3R dah dapat sponsor.. Insya allah ada masa nanti aku update..

Daa

Isnin

Aktiviti sihat dengan anak

Assalamualaikum

Selain dari ajak anak anak tolong memasak, mengemas rumah, lap lantai dan melipat baju, aku jugak ajak diorang tanam sayur.

Pasu dengan tanah aku beli kat daiso je.Comel kan..

Tapi sebelum tanam dalam pasu ni, benih nak kena semai dulu. Benih tu semai dalam kotak je.


Buat ngan kotak je tapak semaiannya sebab sarang telur yang aku simpan tu shujin da buang. sobs.


Benih lettuce beli kat Econsave je. Serbajadi katanya. Kalau tak jadi saman je Econsave. Hehehe..

Harap menjadi. Aqil hari hari tanya, bila pokok nak tumbuh. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com