Isnin

Melatih anak membantu kerja rumah

Assalamualaikum

Melentur buluh biar dari rebungnya. Aku rasa ramai setuju kalau nak latih anak biar dari kecil. Bukan nak dera anak. Cuma biasakan diorang dengan kerja kerja rumah. Supaya senang diorang nak berdikari. Takde la sampai besar pun duk harap mak buatkan. Tak kira lelaki mahu pun perempuan.

Aku jenis tak pandai sangat melayan anak main. Main main Lego bagai aku tak pandai sangat. So, aku terlibat lah secara langsung dalam apa apa aktiviti training diorang. Hahaha. Antaranya, aktiviti melipat baju..

Biar pun bersepah je rupanya, aku bangga sebab dah ada rupa. Nanti lama lama elok la kan..
Aqil dengan Damia so far dedua rajin je nak menolong aku. Nak tolong lipat baju, sidai baju, tolong masukkan baju dalam washing machine, memasak, basuh pinggan, lap lantai. Macam basuh pinggan aku bagi kusi kecik. Tapi masing masing belum cukup tinggi. Aku taknak bagi kerusi tinggi. Bahaya. So tunggu diorang besar sikit. Nak bagi diorang tolong masak aku kena banyak sabo lah. Biasa la gaya budak budak. Kalau hujung minggu aku bagi la tolong. Kalau weekdays biasanya aku tak bagi. Takut aku tak nyabo. Hahaha..
Practice makes perfect.. Yang ni aku tak tolong pun. Lepas lipat aku ajak diorang simpan terus.
Gambar Aqil tengah melipat kain terhilang pulak dari PC ni. Len kali la kalau ada aku share.

Untuk memasak, aku da plan nak ajak diorang buat cookies nanti. Da belikan apron bagai. Ada jugak konon konon nak ajar diorang tanam sayur dalam pasu. Tapi projek tu nanti dulu lah. Aku pun kena study dulu. Karang kuciwa bebudak tu tanam pokok takmo hidup. Hehehe.

Umur berapa korang start ajar anak-anak tolong kerja rumah?
Daa

12 comments:

Irfa berkata... [Reply]

SIKIT2 AJAR BUAT KEJE RUMAH
SBB KITA BUKAN SURI RUMAH SEPENUH MASA..MANA YG BOLEH DISURUH, BG DIORANG BELAJAR BUAT
ANAK2 AKU BASUH KASUT SKOLAH SENDIRI MULAI DARJAH 1 ;)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Betul, biarle rupa tak semenggah...janji dia ada usaha nak lipat baju sendiri.

Tapi kalau bab masak mmg perlu tahap kesabaran tinggi..saya baru ajar anak sdara pun dah..arghh!

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Disebabkan kakcik pun tak ada anak perempuan, anak2 lelaki kakcik memang diasuh untuk tolong buat kerja rumah sejak mereka kecil. :)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

lipat kain paling senang...
memang perlu kita latih anak-anak buat kerja rumah...

Karisma Izzah berkata... [Reply]

Sabonye tuan blog...anak2 saya pun rajin tapi saye yang tak nyabo nak siapkan kerja...plus bapaknye selalu tak bagi buat kerja, katenye main je, bukan wat kerja tapi harapnya dapat la peluang utk aja bebudak tu...huhuhu...

Setakatni si kakak rajin basuh pinggan sendiri...pinggan plastik je yang bagi, kaca lum lagi...Masak baru sekali atas dapur tapi tak buka api. utk buat cookies, tgk hujung minggu kalau ayahnya tak ada baru boleh buat kecah didapur...:D

wahida berkata... [Reply]

betul tu nok..kecik2 mcm ni la kita nak latih...aku pulak slow2 ajar anak aku si abang tu, bawak pinggan yg dia dah mkn bwk pi sinki, sampah dlm pinggan buang dlm tong, jgn terus masuk pinggan yg penuh dgn sampah masuk terus dlm sinki...tapi belum sampai tahap ajar basuh pinggan la, walau pun dia insist nak buat...hahaha...

kena ajar mcm tu, takut nnt dah besar dah jadik habit, lepas mkn tinggal je atas meja...takmo...

apa yg ko buat ni, dah betul la ni, bukan dera, ni namanya mendidik buat keje rumah...biar ada rasa tanggungjawab...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sebelum latih anak, kena latih bapaknye dulu basuh pinggan lepas makan..hehe..sokmo tinggal gitu je camana la anak nk ikot :p

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
tu la.. kalau balik kerja kalot nak mengemas masak bagai sorang sorang matik laa..

ujie,
kan..lama lama tere la tu.. hehe.. yg penting kemahuan tu..

kakcik,
saya salute dgn parents yang tak ada anak perempuan didik anak lelaki buat kerja rumah..

Unknown berkata... [Reply]

kak nur,
paling senang pun paling malas saya nak buat kak.. hahaha..

izzah,
saya pulak agak terbalik.. saya tak saba nak layan diorang belajar sambil bermain tu.. suami lebih sabar. tapi dia malas.. hahaa..

wahida,
haah.. slow2 ajar.. budak lelaki pun kalau didik bagi diorang paham insya allah takde masalah kan..

Unknown berkata... [Reply]

mun,
kutil je kalau bapaknya tak pepaham bahse malas nak bawak pinggan pi kat sinki..

sitiezahim berkata... [Reply]

salam rai. pesen anak saya, masa kecik mmg rajin betul nak tolong. yang sulung tu dah masuk fasa malas... hihihi... tp bagus kita ajar derang awal2.. baik lelaki ke perempuan.. :)

Unknown berkata... [Reply]

Mifz paling suka menyibuk setiap kali wife lipat kain...hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com