Memaparkan catatan dengan label Cara menananam pokok kunyit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara menananam pokok kunyit. Papar semua catatan

Selasa

Cara cepat tanam semula kunyit

Assalamualaikum

Antara pokok yang aku tanam kat rumah dan hidup dengan jayanya adalah pokok kunyit. Pokok kunyit ni jaganya tak susah. Sebenarnya nak tanam pun takde la susah mana. Aku pernah kongsikan cara tanam pokok kunyit sebelum ni. Pokok kunyit sukakan medium tanah yang gembur dan bersaliran baik. Kalau air bertakung ke, isi kunyit busuk. Pokok pun mati.

Aku tanam kunyit untuk isi dan daunnya. Kalau masak rebus ke aku suka letak daun kunyit. Wangi. Isi kunyit tu aku ambik buat air atau pun buat garam kunyit untuk goreng ikan dan ayam. Guna kunyit hidup lebih sedap dan wangi daripada pakai kunyit hidup. Itu pun kalau rajin tu mari. Hehehe..

Kunyit ni aku dah ambil isinya, aku pecahkan dan tanam semula. Jadi, dah tak perlu tunggu isinya bertunas balik. Nak tunggu bertunas tu yang lambat sebenarnya.


Oleh sebab biasanya aku pun bukan pakai banyak sangat isi kunyit tu, aku ambil sebahagian besar dan tinggalkan separuh ibu. Lepas tu tanam semula. Setakat sekarang dah empat pasu dah pokok kunyit. Dah terlebih lebih dari keperluan pulak kan. Hehehe.

Kalau isi yang aku ambil tu dah habis, aku cuma korek sikit patahkan isi kunyit daripada akarnya untuk digunakan. Kaedah ni lebih praktikal untuk pekebun kecil-kecilan macam aku. Maklumlah, tanam  untuk kegunaan sendiri je kan.

Jom pakat tanam pokok kunyit.

Sabtu

Cara-cara menanam kunyit

Assalamualaikum

Kunyit sangat banyak kegunaannya dalam masakan melayu. Daun kunyit sangat wangi dan sangat sedap kalau digunakan untuk balut ikan yang nak digoreng. Kunyit pun dah semakin mahal, so marilah kita menanam pokok kunyit. Hehehe..

Cara-cara menanam kunyit
(1) Dapatkan ibu kunyit. Ibu kunyit lagi senang dan cepat nak semai. Aku tak ada ibu kunyit, so aku semai guna anak-anak dia je. Ambik masa hampir sebulan tau!! Balut kunyit dengan kertas suratkhabar yang lembab. Kemudian simpan di tempat gelap. Check sekali sekala untuk pastikan kertas yang membalutnya tu sentiasa lembab. Lepas 2-3 minggu, akan nampak tunasnya keluar.
nampak tak dah ada mata sikit yang keluar tu
(2) Tanamkan dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk dapatkan isi kunyit yang gemuk, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya. Dan pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

** Nak semai terus ke dalam tanah pun boleh. Kambus sikit dalam tanah dan pastikan tanah sentiasa lembab. Bukan basah, kalau basah dan menakung air, nanti kunyit jadi reput dan busuk. Kalau semai terus dalam tanah aku ambik masa dekat dua bulan.. kena banyak sabar ye..

TIPS : Daun kunyit sangat disukai oleh serangga. Jadi nak pastikan agar tak diserang, boleh kisar cili, bawang putih dan halia. Lepas tu tapis ambik airnya. Semburkan pada tanaman untuk mengelakkan dari diserang oleh serangga macam belalang. Ada juga yang kata boleh campur sedikit minyak dan sabun basuh pinggan. Aku guna dish drop sikit jugak (Dish drop mesra alam dan tak berbahaya kalau tertelan)

Selamat mencuba

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com