Assalamualaikum
Kalau aku nak mintak MC tipu tipu aku selalu pergi klinik dan mengadu sakit pinggang ke sakit belakang ke. Padahal bukan sakit pun. Ala.. doktor bukan check pun. Biasanya doktor tu tanya aku, rajin minum susu tak. Aku cuma tersengih riang sambil geleng kepala sebab aku memang tak suka minum susu . Lain kali minum susu rajin-rajin ya. Sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Baik doktor! Err..Doktor, nak MC okeh. Doktor angguk. Hehehe..Selamatt.
Yang aku nak ceritakan kat sini bukan pasal aku trick doktor dengan sakit belakang tu berkesan kalau korang nak MC tipu-tipu. Hehehe. Aku rasa doktor pun tau aku trick je sebenarnya. Hoho.
Aku tak nafikan bahawa susu lembu dan produk tenusu dari susu lembu memang mengandungi banyak kalsium, tetapi sebenarnya susu lembu bukanlah sumber kalsium yang terbaik bagi manusia. Walau pun pengeluar produk tenusu banyak iklan kat TV bahawa susu lembu sangat baik untuk kesihatan tulang tapi sebenarnya banyak kajian membuktikan bahawa kalsium daripada susu lembu tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh manusia. Malah, terdapat juga hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu lembu boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan mengakibatkan osteoporosis.
Selain dari kandungan kalsium yang tinggi, sebenarnya kandungan fosforus dalam susu lembu tinggi. Memang fosforus pun baik untuk tulang. Yang menjadi masalahnya adalah kandungan fosforus yang tinggi menyebabkan kalsium lebih sukar diserap oleh tubuh.
Manakala, kandungan magnesium dalam susu lembu yang rendah menyebabkan kalsium yang diserap oleh tubuh kita tak dapat digunakan dengan baik. Tak silap aku nisbah kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh kita ialah 3:1. Nisbah ini membolehkan kalsium diserap dan digunakan dengan baik untuk proses penting.
Oleh itu, berbanding susu lembu, sayuran hijau adalah sumber kalsium yang jauh lebih baik sebab sayur mempunyai magnesium yang lebih tinggi. Dimana kadar penyerapan kalsium dari sayur adalah sebanyak 40 hingga 70 peratus berbanding hanya 30 peratus dari susu lembu. Bagi orang macam aku yang kadang-kadang missed makan sayur hijau, tablet calcium magnesium memang sangat membantu. Tu pun kadang-kadang missed jugak. Bila dah sakit kaki, sakit lutut, lenguh sana sini baru terhegeh-hegeh nak makan. Yang paling aku suka lepas makan dua biji, setengah jam ke sejam lepas tu beransur hilang lenguh-lenguh semua tu. Sebab tu aku tak heran dah kalau doktor suruh aku minum susu pun.
Bagi aku susu lembu bukan lah huduh sangat. Tapi ia adalah something that i can live without. Tambah lagi, susu lembu bukan juga sumber protein yang baik. Sebabnya protein curd susu lembu lebih sukar dicernakan dan ramai orang mengalami masalah milk intolerence kepada susu lembu. Sebaik susu yang diminum masuk dalam perut, ia akan bergabung dengan asid perut kan..protein susu akan terus mengental dan semakin sukar nak dihadamkan. Keadaan akan jadi lebih teruk kalau seseorang tu ada masalah gastrik. Sebab tu la doktor selalu pesan kalau gastrik jangan minum susu. Make sense la jugak.
Bagi aku semua ni adalah berita yang amat menggembirakan bagi aku yang bukan seorang yang suka minum susu. Walau bagaimana pun, ada banyak juga pendapat lain berkaitan dengan susu lembu ni. Bagi syarikat pengeluar dah tentu mereka akan keluarkan macam-macam hasil kajian yang menunjukkan positifnya susu lembu. Kalau yang jenis tak suka susu macam aku pulak, cuba melihat susu lembu pada sudut pandangan berbeza supaya orang tak boleh nak paksa aku minum susu. Tepuk dada, tanya perut masing-masing.
Nota kaki : Susu lembu yang dimaksudkan termasuk juga produk tenusu yang lain. Tapi kalau keju aku suka lah. Bajet tekak omputeh kan. Kalau dah jawa tu jawa jugak. Makan tempe sudaa. Hehehe..
Daa
Kalau aku nak mintak MC tipu tipu aku selalu pergi klinik dan mengadu sakit pinggang ke sakit belakang ke. Padahal bukan sakit pun. Ala.. doktor bukan check pun. Biasanya doktor tu tanya aku, rajin minum susu tak. Aku cuma tersengih riang sambil geleng kepala sebab aku memang tak suka minum susu . Lain kali minum susu rajin-rajin ya. Sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Baik doktor! Err..Doktor, nak MC okeh. Doktor angguk. Hehehe..Selamatt.
Yang aku nak ceritakan kat sini bukan pasal aku trick doktor dengan sakit belakang tu berkesan kalau korang nak MC tipu-tipu. Hehehe. Aku rasa doktor pun tau aku trick je sebenarnya. Hoho.
Aku tak nafikan bahawa susu lembu dan produk tenusu dari susu lembu memang mengandungi banyak kalsium, tetapi sebenarnya susu lembu bukanlah sumber kalsium yang terbaik bagi manusia. Walau pun pengeluar produk tenusu banyak iklan kat TV bahawa susu lembu sangat baik untuk kesihatan tulang tapi sebenarnya banyak kajian membuktikan bahawa kalsium daripada susu lembu tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh manusia. Malah, terdapat juga hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu lembu boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan mengakibatkan osteoporosis.
Selain dari kandungan kalsium yang tinggi, sebenarnya kandungan fosforus dalam susu lembu tinggi. Memang fosforus pun baik untuk tulang. Yang menjadi masalahnya adalah kandungan fosforus yang tinggi menyebabkan kalsium lebih sukar diserap oleh tubuh.
Manakala, kandungan magnesium dalam susu lembu yang rendah menyebabkan kalsium yang diserap oleh tubuh kita tak dapat digunakan dengan baik. Tak silap aku nisbah kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh kita ialah 3:1. Nisbah ini membolehkan kalsium diserap dan digunakan dengan baik untuk proses penting.
Lembu laut aka dugong..hehe |
Bagi aku susu lembu bukan lah huduh sangat. Tapi ia adalah something that i can live without. Tambah lagi, susu lembu bukan juga sumber protein yang baik. Sebabnya protein curd susu lembu lebih sukar dicernakan dan ramai orang mengalami masalah milk intolerence kepada susu lembu. Sebaik susu yang diminum masuk dalam perut, ia akan bergabung dengan asid perut kan..protein susu akan terus mengental dan semakin sukar nak dihadamkan. Keadaan akan jadi lebih teruk kalau seseorang tu ada masalah gastrik. Sebab tu la doktor selalu pesan kalau gastrik jangan minum susu. Make sense la jugak.
Bagi aku semua ni adalah berita yang amat menggembirakan bagi aku yang bukan seorang yang suka minum susu. Walau bagaimana pun, ada banyak juga pendapat lain berkaitan dengan susu lembu ni. Bagi syarikat pengeluar dah tentu mereka akan keluarkan macam-macam hasil kajian yang menunjukkan positifnya susu lembu. Kalau yang jenis tak suka susu macam aku pulak, cuba melihat susu lembu pada sudut pandangan berbeza supaya orang tak boleh nak paksa aku minum susu. Tepuk dada, tanya perut masing-masing.
Nota kaki : Susu lembu yang dimaksudkan termasuk juga produk tenusu yang lain. Tapi kalau keju aku suka lah. Bajet tekak omputeh kan. Kalau dah jawa tu jawa jugak. Makan tempe sudaa. Hehehe..
Daa
17 comments:
i x suka susu jugak, unless kalau susu coklat. sayur pun kureng makan, tp cheese & yogurt memang I suka. so i think I amik kalsium dr cheese dgn yogurt je la kot
@yatie chomeyl, jgn risau.. saya lebih teruk sebab walau pun suka yogurt dan cheese tapi keduanya sangat mahal di malaysia.. so makan calcium magnesium tablet saja..huahuahua..
bagus info ni wehhh... tak sangka plak aku... tp dulu masa aku eksiden pun retak tulang, doktor tak pesan minum susu pun...
@Norhisham Nordin, agaknya doktor tu tau kot susu tak bagus utk tulang..hahaha..
i am milk hater tooo :) suka entry ni.. skang rasa sgt tidak bersalah sebab tak suka minim susu... heheeh
yes...yes....berita baek ni. memang x suka minum susu pun...la la la la
tak suka susu
ta suka susu..ta suka sayur...tak suka ulam. kalau makan amik nasi ngn lauk je sampai uri nampyeon (my hubby) bising. kekeke
@MaSLiNa, betul tu..tak payah dah rasa bersalah..hihi..
@liemaopurut, hoho..ramai rupanya tak suka susu..
@misya, samala kita.
@Nini Hartini, maybe thats why kita ni tergolong dalam kumpulan yg kecil..sebab tak cukup kalsium..tulang tak membesar..haha. tapi kalsium penting tau..at least cuba ambik calcium tablet..paling bagus calcium magnesium..
tu lah mslhnye.. semua pun malas nk amik.hehe... kadang tu makan nasi, sayur depan mata pun boleh tak perasan sbb x set nak makan dia. hehehe...
kalau amik tablet, nnt kdg mkn, kdg lupa. hehee
@Nini Hartini, biasa la..kita tak biasakan diri akan selalu lupa. benda berkaitan pemakanan ni bukan semestinya wajib..lebih lebih lagi berkaitan dengan supplementation..ianya cuma cadangan..biasanya terpulang pada individu..saya pun selalu lupa..ada masanya tu saje malas..bila dah lenguh sana sini baru ingat nak makan..
manusia memang selalu lupa waktu sihat..bila dah sakit baru beringat..hehe..
masa kecik jew..minum susu...;d/salam kenal...;d
rai , cik ina memang suka susu lembu ngan soya. kalau buat kopi atau teh cik ina suka guna susu tepung. ntah kenapa pun tak tahu. anak cik ina yang besar plak tak suka susu tepung , dia suka fresh milk je.
Melangkah masuk klinik pun Doktor dah tau mmg nak MC.hahahaha...minum susu+makan sayur+ buah-buahan + vitamin sikit+ bersenam sikit..InsyaAllah sihat..bersenam malam hari di katil tidak dikira senaman ok!..ahahaha
Siapa Sabotaj Siti
Siapa nak Pahala Percuma
Catat Ulasan