Selasa

Ada apa dengan organik

Assalamualaikum

 

Kalau cite makan je aku lapo. So cite lainlah ok T_T

 

Kalau tengok organic ni dah jadi macam satu fenomena dah kat Malaysia. Apa saja kalau diletakkan nama organic tu harganya akan naik at least sekali ganda. Dari syampu, makanan sampai la ke dietary supplement. Semuanya nak organic.

 

Hakikatnya..betul ke organic? The main concern aku adalah pasal dietary supplement. Apa ciri-ciri supplement organic? 100% organic? Separuh? Suku? Hehehe. Mungkin pada sesetengah orang, tak perlu check mendalam sangat. Sama je supplement organic ke tak organic. Vitamin jugak.

 

Kalau di Malaysia, bagaimana regulation untuk petani dapatkan sijil organic? Sebelum kita dengan yakin spend 2 kali ganda dari harga asal sayur-sayuran, adakah kita ambik tau tentang keorganikan sayur tu.

 

Leceh kan?

 

Dari segi sayur sayuran, aku masih terasa sayur organic tu terlalu mahal. Dalam masa yang sama kadang-kadang aku agak ragu-ragu dengan keorganikan sayur-sayur tu. Bukan apa. Maklumlah. Di negara kita penguatkuasaan agak lemah. So ramai orang ambil kesempatan. Susah jugak nak cari syarikat yang benar benar jujur. Sebagai langkah keselamatan dan kesihatan, aku basuh sayur sayur tu dengan menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk yang mesra alam diiktiraf oleh EPA.

Tara...dapat logo ni

Dari segi supplement sebenarnya agak susah nak faham. Supplement yang organic tak semestinya 100% natural. Dan susah jumpa vitamin yang 100% natural. Biasanya ada jugak sintetik. Sebab nutrition dalam bentuk natural takde kadar sedikit tapi high concentrate. Ye lah. Bayangkan limau. Sebiji buah limau tu Cuma ada lebih kurang 60mg vitamin C. So kalau nak dapatkan 500mg vitamin C dalam bentuk yang natural. Pil akan jadi amat amat besar dan boleh jadi sampai sebesar bola sepak (bukan aku cakap) So dalam kes sebiji pil 500mg vitamin C. Mungkin sebahagiannya adalah natural vitamin yang organic dan sebahagian besarnya pula adalah vitamin sintetik sama ada derive dari sumber natural atau pun derive dari bahan kimia seperti lebihan petroleum.

 

Penting sebenarnya untuk kita tahu semua ni. Sebab kesannya berbeza. At best, cuba ambil supplement yang totally derived dari sumber yang organic. Organik bukan cuma kira dari penjagaan pokok tak guna baja, tak guna racun perosak saja. Malah the whole system dan environment persekitaran pun perlu diambil kira.

Guna biri biri untuk clearkan tanaman yang dah di tuai. Kumbang ladybug dan mayflies malah burung helang dan burung hantu untuk melindungi tanaman dari serangan serangga perosak burung dan lain lain makhluk perosak. Ko hado?

Bukan senang menanam secara organic. Walau pun penanaman secara organic ni kira kiranya baru je glemer, tapi "kami" dah organic sejak 75 tahun dahulu. Dah "green" sejak 50 tahun lalu. Green product lebih mahal, tapi aku bangga sebab aku still jimat dengan menggunakan produk yang mesra alam.

 

Aku tengah berkira kira nak mengreenkan diapers bakal baby nanti (since aqil dah diapers free, atiqah coming soon) Cuma tengah berkira kira. Mampu tak aku nak merajinkan diri membasuh nanti T_T

 

Daa

22 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

organik yang aku tau cuma baja taik ayam! hahaa! pasal lebih mendalam tu, aku sama je macam kebanyakan rakyat malaysia, tak berapa peduli sangat. sebab kurang capaian ilmu kot. lagi pun aku anggap penggunaan perkataan `organik' tu macam salah satu strategi pemasaran je, tak lebih daripada itu. sekadar pendapat...

Unknown berkata... [Reply]

SM,
nampak gayanya kat Malaysia ni dah jadi macam tu..untuk branding dan strategi pemasaran..tapi sebenarnya pertanian secara organik bukan saja penting bagi kita dari segi kesihatan, tapi penting utk environment utk bagi perjalanan hidup semua makhluk tu stabil..tapi biasa lah..benda mcm ni ramai org kurang awareness.. aku pun dulu anggap organik tu baja taik ayam takpun baja taik kambing..tu je..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Sama juga dengan OMEGA, benarkah yang dikatakan berOMEGA tu, adalah sebenar2nya bagai yang dikata?

Entah, kakcik bukan seorang pengkaji... hehehe...

Ujie Othman berkata... [Reply]

Kalau tengok kat jusco tu bhg organic..mahal2. Tak penah beli pun. saya cuma rendam kejap sayur2 dgn garam sblm msk.

Susah nk pastikan berapa % amalan organik tu. takut tak berbaloi dgn harga.

ct rahani berkata... [Reply]

dpt satu ilmu hari nih sis.. tq for sharing.. betul la sayur organik berganda mahal dr sayur biasa.. kdg2 sy beli jugak..

Acik Erna berkata... [Reply]

salam rai..kalau ikutkan tak 100% organik kan..
tapi kalau yang dah dah dapat sijil SOM tu memang betul la..sebab kalau ada guna bahan yang bukan organik pekebun2 tu mesti tak dapat sijil

Unknown berkata... [Reply]

kakcik,
itu lah..benda2 pasal kesihatan ni dah jadi mcm satu trend..sampai kita tak tau yg mana satu betul yg mana satu tidak..

ujie,
dari segi baja dgn racun tu rasanya mmg organik..tapi yg lain2 tu tak tau la..

ct rahani,
hairan kan..mungkin sbb nak dapat sijil tu harganya mahal..sbb tu kos jadi lebih tinggi..

Unknown berkata... [Reply]

Kak erna,
betul juga ya. kak erna orang pertanian..hehe..cumanya nak jugak saya tau..skop organik tu dari segi penggunaan baja dgn racn serangga saja ke atau pun keseluruhan sistem pertanian tu.. environment etc..tu yg buat saya ragu sebenarnya..

Prettywrite berkata... [Reply]

memang mahal so memang tak pernah beli..tapi dok kat kampung ni banyak jer yang organik..hehehe

nn lylyn berkata... [Reply]

slmt bpuasa ^^

Hanis MY berkata... [Reply]

Itulah kdg terfikir sejauh mn keorganikannya. Akak nk dpt bby lg ke? Omedetou!

Yaya Azura berkata... [Reply]

mmg harga mahal..
org tak berduit lebih macam mana dorang ye..

Unknown berkata... [Reply]

mmg mahal harga brgn yg organik..
Shima sendiri tak pernah lagi beli yg organik. Yg selalu nmpk prunes organik tu tp tak beli2 hahaha..
Rai nak tambah ahli baru ke?

wahida berkata... [Reply]

aku harap ko gigih basuh diaper tu...kalau aku, sure aku malas....huhu....

Liza @ Adzriel AB berkata... [Reply]

tanam sayur belakang umah.. he..he.. alamak! memang tak gigih le nak basuh diapers.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg bagus, tapi kkadang bila nak beli compare harga mmg agak mahal, cara tebaik adalah tanam sendiri

emarieys berkata... [Reply]

kawan ema makan makanan yg berorganik..tp tulah memang belanja banyak sikit..

Nia berkata... [Reply]

kalau dpt pakai cloth diaper lg bagus, byk jimat nanti :)

Ann Ishak berkata... [Reply]

pelik jugakkan rai, macam sayuran organik, tak pakai apa2 racun serangga dan perosak, hidup secara semula jadi tapi kenapa perlu sayur organik di jual mahal sedangkan kos untuk racun tu sendiri dah mahal tapi kenapa yang bukan organik pulak murah...entahlah

Liza Razak berkata... [Reply]

kadang2 barang2 organik kat malaysia ni overprice sgt la..takut nak beli

Unknown berkata... [Reply]

PM minum susu soya organic yg jual kat depan kedai tuh...ok ke ek??

Irfa berkata... [Reply]

aku pun konon nak 'green' la xnak pakai diaper.beli la 5 keping cloth diaper.pakai adalah sekali 2 pastu simpan dlm lemari.aku x rajin nak membasuh.huhu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com