Jumaat

Cerita pasal kerjaya

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni aku kira adalah titik perubahan besar dalam kerjaya aku. Lepas 10 tahun bekerja di syarikat yang sama, akhirnya aku terpaksa buat keputusan sukar untuk bertukar kerja. Bagi yang dah bekerja lama dalam satu syarikat tentu faham macam mana sukarnya aku nak buat keputusan macam tu. Apatah lagi, pertukaran kerja ni turut melibatkan pertukaran bidang. Maksudnya, aku bukan buat kerja dalam bidang yang sama dengan kerja yang aku dah buat selama 10 tahun ni. Boleh katakan aku masuk satu bidang yang baru. 

Tak tahu lah aku buat keputusan yang bijak atau tidak. Apatah lagi, aku korbankan bonus pencapaian dan kenaikan gaji bila hantar surat berhenti kerja. Banyak kali pengurus dan ketua bahagian tanya aku, sebab sayangkan bonus tu. Memikirkan bukan senang aku nak dapat peluang bertukar kerja ni. Aku tolak dengan baik. 

Kenapa yang beria sangat nak tukar kerja selepas 10 tahun? Tak sayang ke?
Siapa lah tak sayang. Rakan sekerja aku, walau pun bukan sama bangsa tapi aku dah kenal lebih 8 tahun. Masing-masing dah rapat.

Nak diikutkan, aku bukanlah aktif mencari kerja baru pun. Kebetulan ada agensi pencari kerja yang hubungi aku untuk satu opening kerja. Dan ditakdirkan masa tu aku memang betul-betul kusut dengan tanggungjawab baru dalam kerja aku. Jujurnya aku memang tak boleh nak bawak. Dah beberapa kali aku luahkan pada pengurus dan rakan sekerja. Tapi macam tak berapa nak ada perubahan positif. Lalu, aku pun cuba je lah pergi temuduga kerja tu. Alhamdulillah aku dapat kerja tu. Nak diikutkan, bukanlah jauh sangat beza gaji dan benefit yang ditawarkan. Bahkan, benefit yang aku dapat sekarang ni lebih baik lagi. 

Cuma, beberapa bulan menjelang 2017 membawak ke tarikh yang aku buat keputusan nak hantar surat berhenti tu, aku memang tertekan yang amat. Tekanan emosi yang menyebabkan aku tak keruan. Kadang-kadang tiba-tiba aku menangis. Bila sampai rumah, aku marah-marah. Hujung minggu pun aku tertekan sebab teringatkan kerja yang kena disiapkan. Sampai satu masa, aku jumpa doktor lepas tu menangis tak henti-henti. 

Oleh sebab tu, aku rasa dah sampai masa aku tukar kerjaya aku. Masa aku pergi temuduga tu, aku berdoa, kalau kerja tu boleh perbaiki kehidupan aku dan lebih baik untuk aku, semoga aku akan lulus temuduga tersebut. Dan aku lulus temuduga tu. Jadi, aku rasa itu adalah satu panggilan untuk aku. Aku tak tau hal-hal masa depan. Tak siapa pun tau. Tapi aku yakin, Allah bagi aku lulus temuduga tu sebab itu yang terbaik untuk diri aku.

Bermula 8Mei2017. Aku mula kerja kat syarikat baru. Insya allah kalau panjang umur. Amin.

11 comments:

Kak Wawa berkata... [Reply]

Assalamualaikum,

Tahniah, dapat kerja di tempat baru. Semoga terus success dan nikmati kehidupan yang lebih baru, aura baru di tempat baru..)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Wsalam... Lama tak datang sini. Tahniah & selamat bekerja ditempat baru. Memang susah nak beralih arah kalau dah kerja lama. Tapi kalau dah strees, kena tukar angin jugak.

SalbiahM berkata... [Reply]

tak apalah..doa yang baik-baik ye.bukan senang nak bertukar kerja. saya pun sayang kerja sekarang walaupun baru 6 tahun dan boleh dikatakan hari2 ada cabaran menyakitkan hati

SalbiahM berkata... [Reply]

lupa nak wish good luck!

makchaq berkata... [Reply]

InsyaAllah di situ pulak rezeki Rai.

Kalau.kerja terlampau stress pun tak elok jugak.. walau gaji lebih tinggi tapi perasaan dan keluarga akan jadi mangsa.. elok pilih yang lebih tenang...

Siti Munirah berkata... [Reply]

Been there dalam situasi kerja yang sangat stressful. Menangis, marah, jadi hot tempered tak pasal-pasal, sampai suami dan anak yang jadi mangsa.

Alhamdulillah sekarang ni dah kembali kepada fitrah. now working at home :)

hari tu, jobstreet ade hantar emel kat aku suruh update position dan working place terkini. so aku updatelah mana yg patut. pastu aku story lah kat hasben aku yg aku update jobstreet.

tapi dia salah faham / salah dengar ape aku cakap. dia ingat aku nak gi apply kerja thru jobstreet. so satu hari tu dia diam jer tak ceria jer. heran aku. bila aku tanye kenape ni, ade masalah apa2 ke, dia jawab simple je sampai aku terdiam.

dia cakap, dia tak sanggup lagi lalui keadaan bila aku mula bekerja dan duduk dalam working environment yg stressful. dia serik.

sebak pulak aku dengar dia cakap camtu.. huhuhu...

so for u, just move on. biarlah bertukar bidang pun, asalkan working environment n everything else buat ko tenang bekerja. in shaa Allah tenang juga di rumah bersama suami n anak2. all the best to u zai!!

Unknown berkata... [Reply]

If you're trying to lose fat then you certainly have to try this brand new personalized keto meal plan diet.

To create this keto diet service, certified nutritionists, personal trainers, and professional cooks joined together to develop keto meal plans that are productive, decent, price-efficient, and fun.

Since their first launch in early 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and well-being with the benefits a certified keto meal plan diet can give.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones given by the keto meal plan diet.

lymacsau berkata... [Reply]

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Hương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.

jenny berkata... [Reply]

Togel Online

Bandar Togel Terpercaya

Judi Togel

Agen Togel

Daftar Togel

Keluaran Togel

jenny berkata... [Reply]

https://www.dailykos.com/user/togelonlineku99
https://express.yudu.com/profile/1273229/togelonlineku99
https://www.fanfiction.net/~togelonlineku99
https://www.goodreads.com/user/show/113561866-judi-togel
https://www.kongregate.com/accounts/togelonlineku99
https://www.magcloud.com/user/togelonlineku99
https://managewp.org/members/58460/palakau-botak
https://www.mobypicture.com/user/togelonlineku99
https://id.arduino.cc/togelonlineku99
https://pbase.com/togelonlineku99/profile

998Bet berkata... [Reply]

POKERVVIP Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

Agen Poker online
Agen Poker Pkv
Agen Poker Online
Bandar Poker PKv
Poker online
AGEN Poker Uang Asli
Situs Judi Poker Online Indonesia
Bandar Poker
poker online
Agen Poker Online Terpercaya

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com