Isnin

Perjalanan ke sekolah Aqil & Damia

Assalamualaikum

Bulan April dah pun kan.. Bermakna dah empat bulan Aqil dengan Damia mula bersekolah. Bermacam ragam bermacam pengalaman yang dilalui empat bulan ni.. Belajar banyak perkara baru, Damia suka menyanyi lagu nasyid kanak-kanak. Bacaan dalam solat. Kalau dulu cita-citanya nak jadi "macam ibu". Sekarang dia bercita-cita nak belajar di Jepun. Aqil pulak nak belajar di German. Puncanya..? Aqil suka kereta sport dan ayahnya ceritakan pasal kehebatan German dalam industri kereta.
zaman kecik.. hehe
Aqil dengan Damia tak susah nak kejut bangun. Aku kejut, tepuk tepuk sikit dia dah terjaga. Kalau time sejuk tu liat sikit la nak bangkit. Ada jugaklah time diorang liat sikit nak bangkit, menangis mintak suruh dimandikan. Budak-budak kan.. hehehe..
posing bangun pagi.. haha

mata tak boleh nak bukak
Nak suruh sarapan pagi yang paling payah sebenarnya. Hahaha.. Sebab, lepas diorang mandi dan pakai baju, diorang sambung tido. Geram tau. Jenuh kejut suruh minum air dengan makan. Ada tak ada, diorang minum air seteguk dua, gigit roti sikit. Pastu sambung tidur balik. Ulang alik aku kejut diorang bangun suruh bersarapan. Jenuh la paksa.. Ye lah. Sarapan tu kan penting. Kalau tak sarapan pagi, mula lah sakit perut la, letih la kat sekolah. Macam mana nak tumpukan perhatian kan. Makanan dia untuk waktu rehat aku bekalkan. Cuma tinggal dia beli air je kat kantin. 
sebelum sarapan

makan sarapan dengan mata separuh terbuka
abaikan meja yang bersepah tu ya..

Sekolah Aqil, loceng berbunyi pukul 7.20 pagi. Biasanya kami bertolak keluar dari rumah pukul 6.50 ke pukul 7.00 pagi. Sekolahnya tak jauh pun, perjalanan dengan kereta cuma ambik masa 10-15 minit. Sampai di sekolah, peluk cium sikit.. Lambai lambai.

Aku rasa, ini adalah senario biasa yang ibu bapa lain juga lalui..

Hakikatnya.. Walau pun tinggal di negara yang sama, tak semua orang sama bernasib baik macam kita. Nun jauh di Kampung Chuweh yang didiami oleh 90 orang penduduk, dan lebih separuh daripadanya terdiri daripada kanak-kanak, tak dapat menikmati pagi yang macam kita. Kampung Chuweh terletak di pulau Tasik Banding dan sekolah terdekat adalah terletak 25km dari mereka. Setiap hari, kanak-kanak dari kampung tersebut bersabung nyawa menaiki bot selama 45minit dengan menaiki bot dan 25minit perjalanan dengan bas untuk ke sekolah~!! Faktor macam ni sebenarnya boleh menyebabkan anak-anak rasa tak semangat nak sekolah. Bayangkan, kena bangun sejam lebih awal dari kanak-kanak lain, untuk belajar perkara yang sama macam orang lain. Jadi Horlicks Malaysia, dengan usahasama bersama Malaysian Association of Social Worker (MASW) telah mengambil inisiatif membantu anak-anak dari Kampung Chuweh ini agar dapat ke sekolah dengan menyediakan kemudahan kenderaan yang lebih baik. 

Video menunjukkan perkembangan projek inisiatif ini setakat ini
http://www.horlicks.com.my/schooljourneyinitiative/projects.desktop.html
Kanak-kanak ini juga macam anak-anak kita. Ada cita-cita. Nakkan kehidupan yang lebih baik. Dan of course, untuk mencapai impian dan cita cita diorang, kena hadiri sekolah. Inisiatif seperti yang dilakukan oleh Horlicks dan MASW ini patut disambut baik dan disebarkan agar masyarakat sedar bahawa dalam kita berlari ke hadapan untuk mencapai kemajuan, jangan lupa toleh kiri kanan.. Masih ada insan yang tak dapat menikmati pendidikan atas pelbagai sebab.

Ikuti perkembangan projek inisiatif ini di laman web mereka atau dapatkan update terkini daripada FB page.


Horlicks School Journey Initiative

Daa

7 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kira dah ok tu Rai bangun pagi tak ada masalah. Masing-masing dah tahu tanggungjawab dah walau usia masih mentah. Bab sarapan yg penting bawakan bekal dari rumah. Bila lapar anytime dia ada makanan..

Siti Sharini berkata... [Reply]

adoi sekarang pun hari2 kami lambat..budak2 dah start sekolah nanti tak tau la macam manaaaaaaaaaa..

nice effort by those 2 teams..

Dr K berkata... [Reply]

On the way gi sekolah dlm kereta, Aqil tido tak? Anak saya, sambung tido lagi, siap berselimut! hahaha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. plg suka baca kisah anak2 ni bila jad mak2 ni kan !

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Anak saya pon mcm tu jugak. Susah nak sarapan pagi. Si abang ok lagi. Si adik tu. Sama lah macam ni. Lepas pakai baju skolah boleh dia tidur balik.

Sya berkata... [Reply]

Sedih bc pasal budak yang jauh Dr sekolah. Pagi ² buta dah kena keluar rumah..

ANIM berkata... [Reply]

Rai, akak dah sampai kg chewah tu. kalau rajin, lehlah tengok entry kak di tasik banding. tapi taklah cerita fasal budak sekolah tu. laa...tak terfikir nak tanya sebab depa pemaluuuuuu sangat, huhu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com