Isnin

Aisy dan LEGO

Assalamualaikum

Salam Isnin~~

Cerita pasal Aisy Thaqif dengan LEGO. Aisy memang sangat berkenan dengan LEGO. Sebelum ni shujin tak berapa nak bagi sangat dia main LEGO sebab dia suka masuk mulut. Sekarang ni dah makin kurang masuk mulut. So, shujin pun bagi main, itu pun under monitoring lah. Dia dah mula dapat idea LEGO tu kena pasang pasang. Bukan nak cerai beraikan je. Hehehe..


Seronok tengok dia cuba nak lekatkan LEGO tu. Ralit sampai menitik nitik air liur. Hahaha..

Actually aku pun takde la pandai main LEGO. Maklumlah budak kampung... Masa kecik dulu dapat block 2x3 je.. Hehehe.. Tapi LEGO ni tak susah pun sebab ada manual instruction. Tak payah pandai baca pun. Just tengok gambar. Ikut arahan gambar yang dia bagi. Apa yang best adalah kepuasan bila dah siap pasang tu.

Aqil dah advance. Dia ada imaginasi sendiri nak pasang dan dengan basic yang shujin ajar. Basic macam mana nak pasang, block mana nak guna untuk buat kapal terbang, yang mana nak pasang kalau nak buat bot, kereta etc.. So, dia boleh buat macam macam bentuk kapal dan kereta ikut imaginasi dia. Even kadang kadang bila tengok apa yang dia buat tu kitorang pun tak dapat nak bayang apa yang dia cuba nak buat. Hehehe..

Still.. Shujin dan aku tak sekat dia nak berimaginasi. Penting untuk perkembangan minda dia kan..

Bagi parents yang terasa nak bagi anak-anak mencuba permainan LEGO ni tapi tak tau nak start macam mana, aku cadangkan ikuti entry Kelas LEGO shujin. Kami pun start dengan pasang LEGO mudah mudah. Memang sangat mudah dan tak sampai 10 minit. Pendedahan awal dan galakan ibu bapa yang penting.

Dari bagi main pistol la pedang la.. Yang macam takde banyak faedah tu bagus kalau bagi permainan begini. Mak bapak pun jimat tak payah beli banyak banyak permainan sebab LEGO ni memang semua peringkat umur boleh main.

Daa

13 comments:

babYpose berkata... [Reply]

betul budak-budak jadi kretif tapi kena ajar jugakan, memang elok ada kelas, macam Aisy tengah fokus, bila siap atau boleh lekat pun dah puas hati tu...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Aisy sejak dlm perut lagi dan ikut main itu yg lama-lama dia pun bijak menyusun-atur lego macam abang dan kakak dia Rai..

SalbiahM berkata... [Reply]

bagus jugak bagi anak main lego ni..pemikiran boleh berkembang banding dengan main gadget. :p

Unknown berkata... [Reply]

Sampai muncung2 mulut aisy main...haha...
Aku teringin nk anak rajin main lego...tp cheqartz tak saba nk melayan..aku apetah lg...haha...
Nanti nk bwk anak2 blaja ngan korang la...hihi...

PetakBunga berkata... [Reply]

aku x bolh beli lg.. semua benda dia nak makan lagi.. nanti2 lah besar sikit.

aizamia3 berkata... [Reply]

dah besar dak Aisy.. rindu sama kamu.. abang dengan kakaknya jugak.. hehehe..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Bagus bagi main legi ni. Berkretiviti dan berimaginasi.

Dr K berkata... [Reply]

Mmg kena observe sampai satu tahap, yakin Aisy takkan masukkan kat mulut lagi...bagus..Lego tu dpt lubricant free dari Aisy ! hahaha

cik imm berkata... [Reply]

aichan ade la blok 2x3 tu je..saikin die mcm da stat pandai berimaginasi jugak..haritu die siap soh teka dia buat ape..sibuk la mak teka kan,,jawapan die kuda..hihi..xde bwntuk kuda pun, tp layan je la ,,otak anak tgh nak berhubung tu..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

saya plak yg ralit tgk tgn si kecik tu... dh nmppk minat dia tu

MAY berkata... [Reply]

hehe..nak bagi qaira main lego juga la...tp x tau la dia main tak.byk menan dia,main jp je.lps tu,bolayan.. hurm

K.A. berkata... [Reply]

Bebudak memang ralit la kalau dapat main pasang bukak pasang bukak ni .. Tapi saya ni, dah tua macam ni bru dapat sentuh lego.. mahei lak tu.

dalila berkata... [Reply]

budak2 mmg kreatif... anak dela main sampai hlang entah ke mana.. :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com