Selasa

MLM untuk orang takde pelajaran

Assalamualaikum

Bila bercakap soal perniagaan jualan langsung, ramai orang yang anggap perniagaan ni adalah untuk golongan yang berpendidikan rendah. Pernah ada yang kata, susah payah belajar tinggi tinggi, lastnya jadi kuli MLM je.

Dalam hidup kita, kita akan lalui banyak turning point. Bagi aku salah satu turning point terbesar dalam hidup aku adalah bila aku decide nak mula aktif dalam network business.

Aku tak tau pasal syarikat lain. Dalam perniagaan ni, takde jalan mudah macam orang kaya boleh beli pangkat atau jadi stokis. Atau orang kurang kaya boleh buat pinjaman untuk naik pangkat. Takde takde. Semua orang melalui fasa yang sama. Tinggi rendah pelajaran bukan ukuran. Takde istilah siapa masuk dulu dia di atas, dia yang kaya. Semuanya adalah bergantung pada usaha masing-masing.

Jujurnya. Aku belum berjaya dapat income yang membolehkan aku tarik nafas lega tetiap bulan. Tapi, insya allah satu hari nanti aku akan sampai ke tahap tu. Semua orang mula dari bawah kan.

Walau pun dari segi kewangannya aku belum berjaya. Banyak yang aku belajar. Banyak sangat development dalam diri aku sendiri. Mungkin orang kata. "Ala..masuk MLM kena brainwash la tu" Hehehe.. Mungkin jugak.

Melalui bisnes ni aku kenal ramai orang, golongan professional yang bukan calang calang orang yang menjalankan perniagaan ni. Believe me. Mereka bukan "takde otak, takde pelajaran" punya orang.

(1) Dr Abdul Aziz Kechil
Neurophysiologist, Vice- President of Malaysian Society for Complementary Theraphies, Speaker and Writer.
Salah sorang yang aku sangat kagum. Pemikiran dia, vision dia, passion dia. Especially bila dia bagi talk berkaitan kesihatan. Setiap hari Sabtu, dia ada buat FREE talk pasal kesihatan kat klinik dia kat PJ. Bukan pasal testimoni testimoni unscientific rubbish la. Mostly update pasal kesihatan kat blog aku adalah hasil dari yang aku belajar dari talk dia. 

(2) Datuk Dr Hamzah Kamarulzaman
Pakar Perunding Bedah Kanan Jantung Hospital Pulau Pinang
Isteri dia doktor pakar kulit. Rasanya sekarang dah jadi fulltime housewife. Yang titlenya doktor doktor ni aku tengok berat sungguh mulutnya nak bercakap. Tapi aku jumpa dia masa travel ke utara aritu sempat singgah rumah dia. Humble je orangnya. 

(3) Dato' Zulkifli Abdul Malek
Ahli perniagaan, Advisors untuk Alumni Look East Policy Society (ALEPS)
Pakcik ni pulak director bagi beberapa belas buah syarikat. Tak silap salah satunya Epson (tak ingat epson mana satu) Bekas student Jepun gak, tapi batch awal-awal dulu. So dia tak kenal aku, aku pun tak kenal sangat dia.

(4) Dato’ Ir. Aishah Dato’ Hj. Abdul Rauf
Ex - Vice President of Tenaga Nasional Berhad’s Distribution Division (retired 2009)
Orang yang sama kan..kan..cis..malu je tayang muka model ubat gigi ni
Tapi kan...dalam tiap kali aku jumpa diorang ni kan. Takde sorang pun yang datang dengan handbag mahal beria ria. Atau pun gelang emas sampai lengan macam mami jarum. Apa lagi tayang kereta BMW bagai.

Dalam ramai ramai ni...yang educated gila ni kan. Takde sorang pun yang boleh lawan income pakcik kat bawah ni.. Takde gambar la tapi..

(5) Charlie Lee Kim Soon
Education - Darjah dua, masa umur 20 tahun da buat 30 jenis bisnes dan pekerjaan. Termasuk sorong cart jual sosej. Tak pandai membaca. Bahasa melayu tau sikit sikit. English pun terabur terabur. 

Sebabnya..pakcik ni paling gigih dalam ramai ramai tu.

Pada aku, sungguh pun aku pada masa ni belum boleh bangga dengan pencapaian aku, tapi seriously banyak sangat perkara yang aku belajar melalui bisnes ni. Bukan setakat copy paste info dari buku panduan yang company bagi atau bukan berdasarkan testimoni semata mata. Sayangnya.. masyarakat melayu kita memang lebih mudah tertarik dengan testimoni berbanding bukti saintifik.

Hak memasing kan..

Nota kaki : Err.. Nampak gayanya aku masih ala ala ketegaq takmo kongsi company mana aku join kan. Hehehe. Sapa yang penah masuk, insya allah dia akan tau company mana yang aku maksudkan. :)

Daa

19 comments:

Irfa berkata... [Reply]

betul ke aku penah dgr org kata MLM bayar org hebat utk jd speaker syarikat dia?maaf ye aku tanya soklan bodo

Deq's Qienz berkata... [Reply]

sy plak tak tahu menahu bab² nih..hehee

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
maksud ko org hebat tu bukan member mlm tu tapi dibayar.. gitu ke? aku tak tau la kalau company lain. tp kalau yg ni semua yg aku list kan ni mmg jadi member dan buat bisnes.. diorg dibayar bila bercakap. tp bila diorg da berjaya dlm bisnes la.

taktau la kalau ada yg bayar org hebat nak bagi good impression pasal company walhal bukan buat bisnes pun.. yg tu aku tak jumpa lagi..

Unknown berkata... [Reply]

kenapa nak share apa nama kompeni tu Rai?

pernah join MLM, tp tak berjaya pun, tak kuat semangat kot akak ni...huhu.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...moga akan terus berjaya yer...;)

Dr K berkata... [Reply]

senang aja nak tau u join company mlm mana satu...gugel aja nama nama tu..:P

munna berkata... [Reply]

semoga rai berjaya dlm business ni....

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com berkata... [Reply]

salam . i'm your follower ;)kalau ada duit lebih boleh jadi stokis terus . senang kalau ada duit .

Munn Jaafar berkata... [Reply]

benda paling menyampah bila terjumpa dgn org mlm bila sebok ckp psl income 6angka..pkai hbeg mahal..coach, LV bagai..pakai BMW, nissan fairlady...

bila time byr asing2... -.-*

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Bila banyak duit bukan nak tunjuk handbag mahal bagi Rai. Tapi nak kongsi income yg sama - eh ini kakak akak yg kata tau Rai sebab dia kan org MLM

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Lepas degree memilih keje? Sy tak pernah kesah!

Unknown berkata... [Reply]

PM dulu pernah gak join MLM..zaman belajar dulu...tapi tak kemana pun, den tak pandai berniaga MLM...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Sebenarnya, menantu kakcik pun buat bisnes lebihkurang macam Rai tu. Alahmdulillah, dalam tempoh 4 bulan berkat usaha gigihnya, dia telah berjaya mendapat pulangan yang agak lumayan. Kakcik tumpang tengok je....

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

Uhuhu!tak dapat tekala rai join ape :( apepun,moga terus sukses :)

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sy bab2 mlm ni xtau sgt

sal ya berkata... [Reply]

pernah la dua tiga kali ikut talk mlm. ikut husben. tapi yg jenis cpt mengantuk mcm saya ni sila jgn pergi. hehehe...

ct rahani berkata... [Reply]

sy tau rai join MLM mana.. pe2 pun gud luck yer dear.. sy penah gak join beberapa MLM.. cuma x kuat semangat.. berhenti separuh jalan.. ngee..

Sharing and Caring berkata... [Reply]

Awak rase ??..nak jmpa x slh sorang nie..ahli bsnsmn yg trkenal tu..jom saya cabar jmpa dato zulkifli malek..

dlines berkata... [Reply]

MLM mmemang satu peluang..Cuma kita perlu cerdik sedikit untuk buat pilihan jika inginvmencuba..atau looking for mentor

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com