Sabtu

Tips meningkatkan pendapatan blog dari Nuffnang

Assalamualaikum

Ramai yang baru dengan Nuffnang, atau even dah lama post Ads Nuffnang kurang jelas cara macam mana nak tingkatkan pendapatan dari Nuffnang. 

Hari ni dapat tips secara langsung dari Nuffnang. So ini memang jawapan bocor la kan. Hehehe..

Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. 
(1)Minimum 20 views setiap hari. 
Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 20 view je dah boleh dapat CPUV rupanya.. Rugi kalau korang ada ratus ribu UV tapi tak dapat kempen iklan tau..

(2) Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! 
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

(3) Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! 

Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.

(4) Memahami pembaca blog anda. 
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.

(5) Pengiklanan banner Nuffnang. 

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Last but not least.. Rajin rajin update blog. Jangan jadi macam aku.. Wooowooo...

Daa

Jumaat

Transport Delivery menghantar makanan ke pintu rumah anda

Assalamualaikum

Berita baik untuk korang yang mengalami simptom simptom di bawah ni~!!
(1) Perut lapar malas nak memasak
(2) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!!
(3) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!! Tapi tak nak makan makanan segera macam McD atau Pizza Hut. Atau mengidam nak makan ayam Bakar Wong Solo
(4) Atau... laki bini sangat sangat lapar.. Sorang nak makan Subway.. Sorang lagi nak makan Nasi Ayam.. Yang ada anak tu, anak pulak nak makan kepci. Pergh.. Demand ye anak beranak.. hehehe..

Nasi Ayam

Wong Solo

Nasi Beriyani
Haaa.. Jangan risau.. Jangan susah hati.. Zaman sekarang ni macam macam jenis perkhidmatan yang orang buat just untuk memudahkan insan insan seperti kamu kamu tu. Hehehe..

Transport Delivery Service


Pada awal penubuhannya, Transport Delivery Service ni dibuka di kawasan Johor. Di mana, pelanggan boleh telefon dan order makanan dari kedai kegemaran mereka. Uniknya, perkhidmatan ni bukan bekerja untuk mana mana syarikat makanan. Ianya adalah satu perkhidmatan membeli dan menghantar makanan ke rumah mahu pun pejabat.

Oleh kerana kejayaan dan sambutan menggalakkan di kawasan Johor, kini Transport Delivery Service mula meluaskan sayapnya ke kawasan Lembah Klang.

Antara coverage area bagi kawasan Lembah Klang adalah Shah Alam, Subang, Sunway, Puchong, Kelana Jaya, KLCC Area, Ampang dan banyak lagi. Kalau tak pasti. Boleh telefon nombor yang tertera dan tanya sama ada ada penghantaran bagi kawasan korang ke idok. Kalau malas nak call.. Nak twitter, nak FB pun boleh. Instagram pun ada habaq kat hang..

Twitter : @transporterDeli
Instagram : @transporterdelivery

Perlu diingat bahawa, masa delivery adalah lebih kurang 40minit. So, kalau nak order untuk makan tengah hari tu order la awal sikit. Jangan lambat sangat. Nanti kebuluran dulu. Menu boleh campur nak beli dari 2-3 kedai. Harga yang tertera pada fliers adalah harga termasuk charge penghantaran. Untuk keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. Terus call atau message depa tu.

Transporter penghantar makanan
Diorang ada yang pakai kereta. So jangan risau kalau nak order banyak pun diorang boleh cater sebab ruang besar. Tapi kalau nak order banyak banyak sampai lebih dari 3-4 tempat tu, make sure order awal lebih sikit. 

Ni dah boleh order untuk makan tengah hari. Sila sila kan ya..

Daa

LEGO Pre-Order List : Creator

 Assalamualaikum..
 Pre-Order List dari siri CREATOR untuk peminat baru

 
628-3 X-Large Gray Baseplate (Light Bluish Gray)
Berat set adalah 270g
RM48.00


5765-1 Transport Truck
Berat set adalah 450g
RM59.00


5574-1 Lego Box
Berat set adalah 450g
RM71.00


6747-1 Race Rider
Berat set adalah 650g
RM72.00


4995-1 Cargo Copter
Berat set adalah 600g
RM77.00


4893-1 Revvin' Riders
Berat set adalah 700g
RM123.00

  • Semua lego kat atas adalah keluaran dari syarikat LEGO.
  • Boleh order sebanyak set yang mungkin (recommended).
  • Semua set diatas adalah lengkap dan datang dengan buku panduan.
  • Order dibuat terus dari Amerika Syarikat.
  • Untuk jimatkan kos pos, set didatangkan tanpa kotak.
  • Pos dibuat menerusi USPS dan kadar biasa adalah USD58.65 (MYR195.57) untuk 9kg (20 pound).
  • Untuk pertanyaan, sila hubungi 012-6894617.

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Penyakit ketiak berpeluh

Assalamualaikum

I'm backk~~!! Boleh buat entry pendek kejap kejap je. Gian.. Hahaha..

Di Jepun, ketiak berpeluh secara berlebihan merupakan sejenis penyakit yang mendapat perlindungan insurans. So sapa ketiak peluh banyak, boleh pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan dengan kos ditanggung oleh syarikat insurans.

Iklan dalam train.

:P

Daa

Selasa

Tempahan Istimewa LEGO

Assalamualaikum...
 Semenjak aku post gambar-gambar "custom made" LEGO, dah ada beberapa tempahan model buatan sendiri. Entry hari ni pasal tempahan istimewa model X-Wing berwarna hitam.



Saiz dan bentuknya adalah similar dengan mekanisma asal. Bezanya cuma pada bahagian sayap dan warna. Droid untuk unit X-Wing ni pun di-special order-kan supaya bersesuaian dengan tema. Sticker dan juruterbang pesawat masih lagi dalam proses pembikinan.

Test buat scene dulu. Tanpa backdrop laa.. hahaha..

 Tambah effect sikit..

Selain tu, ada tiga lagi tempahan khas bertemakan robot/mecha. Special parts dah sampai. Tinggal nak pasangkan je. Takde ajukkan istimewa tentang model ni, permintaannya adalah, bina robot awesome dari minda sendiri. Perghh.. korang rasa mudah tak?

Satu lagi update, banner OurKizuna.blogspot.com yang baru dalam proses pembikinan jugak. Sebelum pergi jepun haritu dah siap, tapi bila dah balik, Aisy dah modified kepada "belum siap" atau bahasa kampungnya "punah". Hahahaha.. Dalam kesibukkan sekarang, entah bila pulak nak rebuild semua ni?

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

LEGO : Aku Perati Je Gelagat Engkau Ni..


Assalamualaikum..

Minggu lepas aku didatangi oleh seorang pelanggan yang sangat kelakar. Might as well korang enjoy membaca.. Cuba tengok permainan dia..

Gelak terguling-guling aku.. hahahaha.. Warna-warna kehidupan. Adess..
Well, sampai harini takde apa-apa berita lagi dari budak ni. Sampai di situ sahaja perbualannya. Tiada urusniaga terjadi pun. 

Selamat berniaga???
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Ahad

Doakan makwe saya

Assalamualaikum

Hari aku balik dari Jepun minggu lepas, aku baru dapat berita dari kakak aku pasal kesihatan makwe.

Makwe tu panggilan untuk nenek aku. Bukan gelpren sapa sapa tau.

So aku call bos untuk cuti walau pun kerja berlambak. Terus balik Johor.

Makwe masih macam tu. Terlantar. Makan kurang selera. Hanya bubur kosong. Taknak ke hospital. Bibir tak henti berzikir. Asyik minta maaf pada semua orang. Percakapannya semakin perlahan. Sayu hati aku bila teringatkan keadaannya.

Tapi aku terpaksa juga masuk ofis macam biasa Isnin. Sibuk dengan kerja rakyat marhaen. Siapkan segala laporan nak kena hantar sebelum deadline.

Rindu nak berblog. Nak blogwalking pun tak sempat. Maaf ya. Dan aku selfishly nak minta korang doakan agar kesihatan makwe bertambah baik. Doakan yang terbaik untuknya..

Nanti aku cuba make time untuk balas kunjungan semua. Maaf ya.

Daa

Selasa

Jepun lebih islam dari orang islam

Assalamualaikum

Statement yang orang kata saja bikin panas.

Aku yakin. Ramai yang anggap Jepun adalah sebuah negara yang sinonim dengan pornografi dan hiburan duniawi. Tapi bagi aku, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang berharga aku dapat sepanjang 3 tahun aku melanjutkan pelajaran di sana. Dan bagi sesiapa yang ada peluang dari segi masa dan kewangan, sila lah ke negara matahari terbit itu untuk melihat sendiri apa yang bakal aku katakan ini.

(1) Warganegara Jepun terkenal dengan disiplin dan sikap menepati masa
Sebagai orang Islam, kita sedia maklum dengan surah An-Nas yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian". Masa jauh lebih berharga dari emas dan batu permata paling mahal di dunia. Tapi ramai orang Islam pada masa ini tak mementingkan ketepatan masa. Bukan saja buang masa dengan perkara tak berfaedah. Contoh paling mudah.. Kita masih memandang remeh pada kelewatan bila berjanji. Bila sebut tentang khidmat komuter yang lewat. Kita anggap itu perkara biasa dan normal. Tetapi di Jepun, train lambat walau 30 saat pun diorang kena kejar semula.
Yamanote sen.. Antara lingkaran keretapi paling ramai penumpang
Escalator di Jepun
Bila naik escalator di Jepun. Kalau nak berdiri je malas nak gerak, boleh berdiri di sebelah kiri. Semua orang buat macam ni supaya tak ganggu orang lain yang nak bergerak pantas naik escalator.

(2) Bertanggungjawab
Sikap tanggungjawab orang Jepun bukan lagi satu perkara yang luar biasa. Sekiranya berlaku kesilapan yang kecil, ketua akan sentiasa memikul tanggungjawab berat bagi memperbetulkan keadaan dan sekali gus sama sama menanggung hukuman daripada kesilapan anak buah. Sebab tu dulu di zaman perang Jepun, perkataan "seppuku" (切腹) atau harakiri sangat popular. Yang mana adalah satu perbuatan potong perut sendiri atas sebab tanggungjawab. Bukan aku nak mempertahankan tindakan bunuh diri tu, tapi aku nak kata, perasaan tanggungjawab tu sangat penting. Sepatutnya wujud pada setiap pemimpin beragama Islam. Sebagai ketua, wajib memastikan anak anak buah melakukan perkara yang sepatutnya dalam apa jua keadaan. Bukan bila ada masalah, ketua lari dulu.. 

Bahkan, setiap ahli masyarakat tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, sama sama memberikan sumbangan terhadap masyarakat. Walau pun sumbangan yang kecil. Sebab tu selalu dengar, tukang kutip sampah jumpa wang berjuta tapi dipulangkan pada pihak berkuasa. Jangan kat sini. Singgit jatuh atas jalan pun takkan jumpa dah..

(3) Pembersih
Percaya tak, susah gila nak jumpa tong sampah di Jepun. Malah, lagi senang jumpa tandas dari tong sampah di sana. Tapi negara mereka tersangatlah bersih. Sampah susah nak ditemui di mana-mana. Malah, lori sampah mereka pun tak kotor dan busuk. Setiap sampah yang dibuang akan diasingkan dan dibuang mengikut hari yang ditetapkan. Kalau kata kotak air susu tu, takde jumpa susu tak habis menitik nitik air susunya. Diorang dah siap bukak kotak tu dan cuci supaya tak berbau busuk bila nak dikutip. 

Tandas mereka bersih ke tahap aku rasa boleh guling guling. 10 tahun dulu, tandas mereka tak ada air. Agak sukar bagi orang Islam macam kita nak beristinjak. Tapi sekarang rata-rata tandas mereka dilengkapi dengan bidet. So, senang nak buang air tak perlu bawa botol air untuk mencuci. Hehehe.. 
Dipanggil bidet. Di sebelah kanan ada panel untuk air pancut
Teknologi toilet pun aku sangat kagum okay! Tandas diorang sangat jimat air kalau flush. Berbanding tandas biasa yang gunakan 6liter air sekali flush. Tandas mereka gunakan vacuum suction dan kemudian baru cuci dengan air. Toilet seat tu pulak ada yang ada pemanas. So bila hari sejuk pun rasa suam je. Air pancut untuk cuci tu pun suam je. Hehehe...
Penutup tandas ni terbuka sendiri bila ada orang masuk. Bila kita bangun akan flush secara auto.

(4) Mengambil berat sesama ahli masyarakat
Walau pun sikap ni katanya dah semakin kurang dalam masyarakat Jepun sendiri, tapi aku masih lihat amalannya di mana mana sepanjang trip kali ni. Kalau kata naik train tu, sesak lagi teruk dari di KL Sentral, tapi tak ada kes tolak menolak, himpit menghimpit. Malah, dengan sistematiknya mereka akan tunggu penumpang dalam train keluar dulu baru masuk dengan teratur. Kalau kata seat khas tu, adakalanya tak ada orang duduk walau pun train penuh sesak. Sebab mereka rasa, mereka tak deserve seat tu.

Di Jepun, majoriti adalah bukan Islam. Mereka tiada agama. Diorang tak tau wujud syurga neraka. Diorang tak puasa. Diorang tak tau ucap kalimah syahadah. Tapi sikap mereka jauh lebih baik dari majoriti orang Islam sendiri. Malah. Aku sangat aman dan tenteram sepanjang berada di sana. Kes jenayah sangat rare. Polis tak payah bawak pistol ke mana mana. Orang perempuan jalan seorang diri siang dan malam tanpa ada rasa ketakutan. 
Malam di Ginza
Ya. Aku memang sangat obses tentang negara ini. Bukan sebab makanannya. Tapi sebab aku yakin, anak-anak aku akan selamat walau pun perlu naik train seorang diri pada umur 7-8 tahun. Kalau diberi peluang, memang sangat teringin tinggal di sana lagi..

Saja gedik selfie
Gambar bonus. Cayalah kat diri sendiri.. Anak masuk empat masih boleh pakai jaket 10 tahun dulu. Ambik kesempatan nak melaram. Hihihihi..
Cuci mata di Uniqlo
Uniqlo sana adalah jenama murahan je berbanding kat sini. Syukur dapat jumpa baju Hello Kitty dambaan anak dara keledek sorang dan baju star wars untuk Aqil Mubarak.. Si bongsu tak kisah baju apa pun mak dia belikan. Belum pandai demand. Hahaha..

Macam mana agaknya Jepun bangkit dan mendidik bangsa mereka menjadi bangsa yang begini selepas zaman kemusnahan akibat di bom satu ketika dulu??

Err.. Takde syarikat Jepon nak hire aku kerja kat sana ke..? Hahaha..

Daa

Makan makan di Jepun

Assalamualaikum

Selain dari suasana aman damai di Jepun yang tak risau nak keluar sorang sorang pada pukul 12 malam, aku sangat rindukan juga makanan Jepun.

Antara makanan yang aku sempat makan dan ambik gambar ketika di sana..

Stesen keretapi memang syurga bento. Aku just pusing pusing sebelum masuk office masa first day. Pagi dah breakfast kat hotel penginapan. So, kami tengok tengok je la apa makanan yang dibento kan tu. Makanan di Jepun adalah affordable dan aku consider murah berbanding kat Malaysia. Di kira dengan nilai duit diorang lah. Jangan convert ke nilai RM sebab bunyinya akan jadi mahal gila sebab nilai yen tiga kali ganda berbanding RM.

JPY692.. Kalau nilai duit mereka kira macam RM6.92 la kita kat sini..
Tapi kat Malaysia korang takkan dapat nasi bungkus dengan lauk pauk meriah macam tu dengan harga RM7. Siap bekas lawa lagi kan.. Rate biasa harga nasi bungkus untuk makan tengah hari mereka adalah JPY600~700..
JPY388.. Terung bakar

Saja gedik nak tunjuk ada jugak kangkung goreng kat kedai tu.. kehkehkeh

Dessert di Jepun memang sangat sedap. Kek roti..
Tapi makan di sana kena lah hati hati ya.. Penggunaan alcohol dalam dessert kek juga adalah biasa. Kalau tak pasti boleh tanya dengan kedai. Diorang akan jawab.  Tapi roti biasanya takde alcohol, cuma kena concern pada penggunaan shortening atau emulsifier berasaskan binatang.
Aneka salad
Yang di atas ni aku tak makan tau.. Yang bawah ni yang aku actually makan..
Sashimi don
Nasi bersama raw fish. Dalam tu ada tuna, udang segar, yang kuning tu landak laut, sotong dan dua jenis ikan yang aku tak tau nama.. Hahaha.. Bawahnya nasi. Serius ikan ikan ni tak hanyir. Landak laut tu normally harganya mahal. Aku tak pernah makan sebab ngeri. Tapi saja nak cuba makan kali ni. Memang sedap. Manis dan lemak. Makan dengan kicap shoyu jepun dan wasabi. Wasabi pun freshly grated. Adeh.. Kalau teringat.. Satu mangkuk ni dengan satu bowl miso soup harganya JPY1600 (belum tax). Ya harganya mahal.
Kedai sashimi
Kedainya agak eksklusif. Terletak di tingkat 38 bangunan office. Tempat makcik makcik berjumpa dan berborak. Sepanjang waktu makan aku pasang telinga dengar makcik makcik borak sambil gelak gelak. Hahaha..
Dalaman kedai. Hiasan ala Jepun

Hot green tea
Menariknya pasal kedai makan di Jepun adalah.. air kosong atau teh diberikan percuma. Bottomless. So boleh refill sampai kembung. Aku memang ambik kesempatan gila sebab aku suka hot ocha kan. Hehehe.. Yang ini agak strong rasa green tea nya. Memang pekat. Tanpa gula ya. Tapi tapi tak kelat atau pahit.
Kuatnya makan.. Bini sapa ni ya..?
 
Pemandangan dari tingkat 38 Ebisu Garden Place

Western breakfast
Ni western breakfast kat hotel. Aku pilih makanan yang selamat. Ada bubur. Hari yang aku selesema batuk tu baru aku makan bubur.
Makanan laut bakar
Ini juga makanan selamat kalau berada di Jepun. Makanan laut bakar diorang takde marinate dengan apa apa. Since makanan laut tu segar. Takde bau hanyir. Hanya makan dengan garam atau sos mayonis. Tapi biasa la kedai macam ni memang bau asap kemain lagi. Ini kami dinner di Shibuya atas permintaan puan boss yang teringin makan makanan laut segar di bakar.

Ada lagi makanan lain. Tapi aku tak ambil gambar. Gambar ada dalam kamera boss sebab aku nak jimat bateri. Balik hotel nak berwassap ngan shujin dan anak anak.

Banyak makanan lain yang aku sangat sangat teringin nak makan tapi blur tak makan. Sebab kali ni makan kami di taja. So aku makan makanan yang mahal yang aku kempunan nak makan di Malaysia. Wakaka..

Jangan tanya aku.. Kedai yang aku makan semua ni ada cop halal ke tidak. 

Daa

Isnin

Pistol LEGO Buatan Sendiri

Assalamualaikum..
Isnin, wwwwwwooooooaaaahhhhhhhh.... tak sempat ooooooo.. 
Jadi, aku post benda mudah je. Pistol lego yang Aqil buat sebab teringin pistol lego buatan china.

Berapa ketika aritu, ada member aku hantarkan gambar kat whatsapp berkenaan lego buatan china berbentuk pistol jenis revolver. Cantik rupa asasnya. tapi kalau diwarnakan dengan silver melalui proses metal chroming, memang lagi cun. Sebijik macam pistol betul, kecuali ada stud sikit-sikit. Well, aku tak beli pistol tu sebab aku takde masa nak proses lego lagi. Aqil, somehow dok suka kat senjata api sekarang ni. Jadi dia ambik shortcut buat sendiri. Instead of jadi revolver, dah TERjadi bentuk pistol laser pulak. Still, dia sukakannya. Aku just go with it. Ini beza saiz berbanding kertas standard A4.

Kat bawah dia ada bahagian picu (trigger) yang kalau ditarik, boleh keluar peluru. Bahagian atasnya pun ada crosshair (tempat tengok sasaran?) yang poleh dilipat ke belakang. Binaannya sangat ringkas dan mudah. Pistol ni ringan sebab banyak bahagian dalam dia kosong. Tapi somehow agak kukuh. Si Aisy dah baling dua tiga kali ke lantai, tapi cuma bahagian luaran je yang tercabut.

Ini bentuk peluru yang keluar dari pistol tu. Dalam lego, peluru ni dipanggil technic arrow. Bahagian depan peluru (warna hitam) tu dibuat dengan getah lembut dan anjal. Jadi kalau terkena, tak sakit. Bahagian belakang peluru (warna kelabu) tu dibuat dengan bahan yang sama dengan lego yang lain. Fungsi dia sama dengan pistol yang dijual kat kedai tu. Bezanya cuma, kalau pistol kat luar tu 3step, lego 2step.

3step ialah 1: Masukkan peluru, 2: Tarik/Tekan/Tuil/Tolak mana-mana bahagian dulu supaya peluru boleh dilancarkan, 3: Tarik picu supaya peluru melonjak keluar.
2step ialah 1: Masukkan peluru, 2: Tarik picu

Jarak peluru yang memecut keluar dari pistol tu boleh tahan jugak. Lebih kurang sejauh 10 meter.

Okes.. itu je kot untuk hari Isnin. Nanti post lagi hari Jumaat. Jumaat minggu lepas tak sempat nak post pasal lego. Nanti cuba gantikan pada hari Rabu. Take care, selamat membina..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Meguro-Ebisu-Shibuya-Shinagawa

Assalamualaikum

Sebenarnya jadual kerja agak padat. Memang pergi untuk kerja pun kan. Hehe. Office hour kami ke pejabat seperti biasa.


Bos aku


Pakaian aku ke pejabat. Suhu siang lebih kurang 18~23 darjah celcius. Malam kedua hujan menyebabkan aku selesema teruk dan hampir demam. Vitamin pun lupa bawak.


Suasana di stesen Shinagawa masa awal pagi. Ini salah satu stesen besar. Berselirat manusia yang berkejar ke tempat kerja. Tapi semua penuh disiplin. Yang nak masuk tunggu orang keluar dari train dulu. Nak masuk beratur dan takde bertolak tolakan walau pun sangat ramai umat manusia.

Train sampai tepat pada masanya. Pada waktu puncak, datang hampir setiap 5minit. Ada yang kurang dari itu. Menurut orang Jepun sendiri, sistem keretapi mereka adalah antara yang paling kompleks dan sukar difahami. Satu stesyen boleh sampai bertingkat tingkat keretapi lalu.. Yang banyak boleh sampai 5-6tingkat!~

Aku mengaku. Memang sangat kompleks tapi sistematik.

Habis waktu kerja hari pertama, aku singgah ke Shibuya cari sedikit souvenier. Since last sekali aku ke Shibuya 10 tahun lepas, memang teramat jauh bezanya. Banyak yang dicari tak jumpa. Berbuah betis aku berjalan dengan kasut bertumit. Hujan gerimis pulak tu.


Suasana malam di sana. Penuh warna warni. Salah satu pesanan Aqil adalah agar dibelikan gundam. Kalau di Malaysia harganya cecah 2-3 kali ganda dari harga asal. Banyak barang yang murah ke tahap aku tak puas hati rasa macam nak borong je tau. Tapi aku cekalkan hati. Beli yang perlu je.

Sampai di hotel, berendam dalam air garam kejap untuk hilangkan kejang otot. Lepas tu tidur. Malangnya. Dek kerana pelbagai gangguan, aku cuma boleh tidur tiga jam!! Stress mokcik..

Wesak day pun aku kerja seperti biasa!! Tambah tambah stress bila tak dapat call suami dengan anak anak. Cuma dapat berwassap ketika di bilik penginapan. Kesian anak anak rindukan mak dia yang garang ni.

Nanti aku sambung lagi ya.

Daa

Road to Haneda

Assalamualaikum


Penerbangan budget. Nasi lemak sikit tak sedap, kerusi kecil dan sempit.. jangan banyak soal. Orang sponsor

Duit orang. Kena habiskan. Kalau tak, perlu pulangkan. Haha..

Penerbangan ke Haneda, Tokyo mengambil masa 6jam 25minit. Take off pukul 2:30 petang dan selamat tiba di Haneda pukul 10:30 malam waktu tempatan.

Lenguh habis badan aku. Sampai di hotel lebih kurang pukul 12:30 malam.


5pagi waktu tempatan. Dah cerah!! Subuh pukul 4:00..


Breakfast hari pertama.. Aku makan japanese breakfast. Jangan pulak ada yang sangka aku ambik bacon tu ye.


Akhir musim bunga. Walau pun dah tak sejuk sangat, tapi sesekali angin kencang lalu menyucuk tulang jugak.

Jauh gila kot beza Jepun sekarang dengan 10 tahun dulu. Still.. Aku masih memasang angan angan nak ke sana lagi. Apa yang tak berubah adalah.. Mereka masih sangat berdisiplin. Sentiasa tergesa ke sana ke mari. Train masih sesak dengan penumpang. Makanan masih sangat sedap. Rakyat Jepun masih peramah dan sopan santun.
Dan negara mereka sangat bersih walau pun susah nak jumpa tong sampah.

Nanti sambung ya..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com