Isnin

Sakae Sushi

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas, selepas pegi buat penghantaran LEGO, kitorang pergi singgah kat IOI Mall, Puchong. Tujuan, nak beli mayonnaise (specific brand), aonori (rumpai laut) dan satu benda lagi untuk buat takoyaki. Actually, ini first time kitorang pergi IOI Mall puchong walaupun jaraknya cuma 20minit dari rumah. Panjang kemain bangunannya. Lepas penat berjalan, anak-anak sound "lapar laa". So, dalam deck, ada laa Nandos, KFC, Italian something something... and lastly, Sakae Sushi. Anak-anak pun pilih Sakae Sushi sebab ada makanan yang dok pusing-pusing kat meja.

 
Ini bukan gambar Sakae Sushi kat IOI Mall Puchong ya. Gambar kedainya tak ambik haritu. Terlupa. Tapi, lebih kurang laa..

 
Antara tarikan yang ada kat dalam kedai yang menjadi perhatian anak kitorang, sushi yang dijaja ala-ala ketapi ke setiap meja menggunakan thread cable. Bebudak..

 
 Sistem pesanan dia perlu dibuat dari meja sendiri menggunakan tablet.

 
Unfortunately masa kami dine-in haritu, systemnya down. So order manual juga. Bukan saja tu, servis dia pun sangat sloppy. Makanan kami di jamu selepas setengah jam menunggu. Pekerja dia kurang friendly except seorang mamat foreign ni, sangat bagus. Gambare...


 
Ini salah satu rupa set yang diorder. Belum dimakan lagi. Sangat sikit compare to harga yang dibayar. Rasanya pula tak macam makanan jepun. Lebih kepada 30% japanese 70% chinese. Bukannya tak sedap, cuma tak macam masakan jepun. Sangat off. Nasik dia pun sangat sikit dan tak padat macam nasik jepun.


Tak kenyang, aku order lagi satu. Yang ni, makan dulu baru ambik gambar. Hati sudah panas. Huhuhuhu.. Total harga sekali dine-in haritu consider murah laa, bawah RM100. Tapi bila dicampur dengan rasanya yang tak macam makanan jepun dan servis yang teruk, aku rasa tak patut jumlahnya macam tu. Walau apa pun, pengalaman baru tetap manis. Sekali sekala apa salahnya kan?

On top of that, Sakae Sushi ni ada je promosi setiap masa. Jadi, takyah kejar-kejar sangat kecuali ada specific promosi yang korang sendiri teruja.

Kata akhir, mungkin tu kali terakhir kami pergi makan kat kedai tu kot. Hahahaha.. Next time cuba Sakae Sushi kat tempat lain pulak... mungkin. Harap Sakae Sushi baik pulih kekurangan tu dari masa ke semasa. Okes, jya ne..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

8 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kat JB tak ada lagilah Rai. Ini kalau ada mahu anak-anak kakak merengek nak pergi selalu..

Nasib baik harga dia tak mahal ye..

Mar Mansor berkata... [Reply]

Saya tak pernah makan makanan jepun di restoran jepun..makan sushi je..tu pon beli kat pasaraya..huhu

Aziela berkata... [Reply]

Errr...entry akk di JB tu ialah Sakae Sushi Aeon Kulai. Wayyy better than Sushi King. Maybe baru. Food sedap and puas hati. Di Ioi ni akk x pernah try. Di Sunway, ok lagi.

Cik Lily Putih berkata... [Reply]

cuba pi sakae sushi kat Mines ni, not bad servicenya..

Unknown berkata... [Reply]

klau kite yg pegi ni mmg xtau nk compare la rasa mknan jepun ngan cina ke ape...

Siti Munirah berkata... [Reply]

aku pun same macam mar mansor. beli sushi pun kat pasaraya jusco je. tak pernah pon masuk sushi king (tak halal kan katanya?)

aku pernah makan unagi. sedap. masa tu tak tau apa unagi. bila aku tau unagi tu belut, terus tobat taknak makan lagi. err, betul kan unagi tu belut?

Unknown berkata... [Reply]

Kt City Square ade dah Sakae Sushi :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Halal ke kedai ni>>saya nak masuk agak ragu2 sebab xde logo halal kat depan kedai...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com