Khamis

Perihal anak anak

Assalamualaikum

Semalam aku half day. Emergency leave petang sebab macam macam hal berlaku dan perlu di settle kan. Salah satu darinya..
Anak bertuah ni sangat ligat ke sana ke mari. Lalu terjatuh entah macam mana gaya. Mungkin terkena bucu tin biskut, mungkin tergigit lidah sendiri. Lidahnya cedera lalu berdarah sampai macam ni. Serius nak nangis tengok. 

Alhamdulillah. Dia aktif macam biasa. Menyusu dan makan seperti biasa. Harap cepat sembuh.

Kes abang pulak. Semalam balik dari sekolah. Dengan wajah sedih mengadu pada ayahnya. Cikgu tarik rambutnya sampai nak tercabut rambut. Sakit. Aku pergi jumpa cikgunya bertanya. Bila ditanya sama ada, cikgu ada tarik tak rambut dia, dia tak kata ya. Tapi berdolak dalik kata Aqil tak fokus dan tak buat tugas yang diberi. Kemudian ungkit Aqil lemah berbanding murid lain sebab aku tak sekolah kan Aqil lebih awal.

Dan aku kecewa dengan diri sendiri. Sebab aku tak marahkan cikgu tu sebab buat Aqil tertekan ke sekolah. Selain dari tertekan dengan hal kerja sepanjang pagi semalam, aku agak tertekan sebab cikgu tu suaranya sangat kuat dan nyerit mempertahankan dan mengatakan Aqil bukan pelajar yang baik. T_T Aku takut kalau aku terus berdebat, aku akan keluarkan perkataan yang aku akan regret.

Lepas ni, aku akan serahkan hal ni pada shujin.

Dan salah satu perkara yang aku mintak shujin tanyakan pada cikgu adalah.. "Adakah lepas cikgu tarik rambut Aqil tu, Aqil buat kerja sampai habis?"

Hmm..Sori. Aku ambik masa sikit nak kunjungbalas ke blog kawan-kawan. Sedikit down sejak semalam. Lebih lebih lagi bila Aqil tidur sampai mengigau. 

Mungkin aku patut consider untuk keluarkan dia dari sekolah tu.

Daa

24 comments:

Deqna berkata... [Reply]

adohai sian tgk adik.. macam tulah anak2 kan.. macam2 hal menduga ibu dan ayah.

MAY berkata... [Reply]

sian kat adik.tp yg cikgu tu..macam...grr!klu bdk tu lahir terus bagus, tak pyh gi sekolah hadap dia la.

Chik Att berkata... [Reply]

Aqil perlu dipantau. Kalau sampai mengigau .... Aqil dan menghadapi tekanan di sekolahnya. Dan tak sepatutnya seorang guru menarik rambut anak muird. Tambahan lagi anak umur 6 tahun. Membandingkan pencapaian seorg murid dgn murid yang lain tak ada dalam pedagogi P&P sebab murid punya kebolehan yang berlainan ... kelemahan yang berbeza.
CA cukup kuatir dgn guru2 muda yang baru mengajar... yg masih mentah . Yang nak tunjuk garang ... dan kadang2 malas nak membimbing mengharapkan budak cepat boleh......

Suria Amanda berkata... [Reply]

sabar ye dear...kadang kita x tau samada ia salah kita atau salah cikgu tersebut..kot ye pun cikgu tu..x kan sampai tarik rambut budak kot..ko dah tau budak lemah...ko la yang patut bagi perhatian kat dia lebih sikit...sabar dear...kalau boleh selesaikan satu persatu...take your time..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

gitulah bila jd mak2 ni rai, semuanya demi anak2 kan... hopefully semuanya dh baik to normal yer

hajar berkata... [Reply]

lorr... kesian adik... smg lidah adik cpt sembuh...
murid yg x memberi tumpuan perlu dinasihati dgn berhemah... hukuman yg tidak sepatutnya akan membuatkan murid tertekan... sepatutnya guru lebih tahu taktik ini...kesal dgn sikap sesetengah guru.. :(

Irfa berkata... [Reply]

rai..aku nak nnges bca ni tau
teringat kenangan aku dan abam dulu
baik ko keluarkan je, cari skolah lain. kesian aqil nanti, apa yg cikgu tu buat (layak ke aku pggil dia cikgu?) akan di ingat smpai besar. si abam tu igt lg cikgu ketuk kepala dia. cikgu dulu pun salahkan aku lambat 4 bulan hantar dia tadika,tp xnak lak ngaku salah tadika yg dia letak anak aku umo 5 tahun dlm kelas 6 tahun. pastu compare budak 5 dan 6 tahun .logik akal ke tak?

imm berkata... [Reply]

sabar ye kak rai..banyak yang mak ayah kna tempuh nak besarkan anak2..落ち込まないでください.子供のために頑張りましょう..

Unknown berkata... [Reply]

Assalamualaikum..Ya Allah berdarah begitu teruk sekali... kesiannya...

adus... mmg kena ada edisi siasat ni..kalau sampai tarik tarik rambut lak... woo..bikin panas nie... patut cikgu tuu.. kn lbh sabar... anak baru tadika bukan universiti... cian kalau sampai terbawa bawa dalam tidur ..trauma budak tuu...

Aziela berkata... [Reply]

Rai, sabar yer... Dugaan seorang ibu. Syukurlah si adik strong. Ada bawa ke hospital tak? Akak macam nak nangis tengok dia berdarah2 tu.

second, Aqil. As I commented yesterday, stand up Rai. Tukarkan dia sekolah is one of the solutions. But please, akak mohon awak dan shujin awak bertindak. Elakkan dari anak2 orang lain menerima nasib yang sama macam Aqil.

Buat surat aduan rasmi kepada pengetua atau guru besar, hantar pada pejabat pendidikan ke, atau apa2 kementerian yang bertanggungjawab. Silalah hukum cikgu tu sebab dia perlu tahu apa jenis kesalahan yang perlu dihukum. Dia tak bersedia menjadi seorang guru, maka orang komuniti sekeliling dia perlu sedar hakikat ini.

PetakBunga berkata... [Reply]

pelik betul cikgu tu.. Rai, tak de kenal cikgu lain ke kat sek tu. myb leh cuba tnya pendapat cikgu lain2.. adakah cikgu tu yg bermasalah. lari dr sek tu pun tak habis..jgk..my b cikgu besar ke lebih diploamatik..yg boleh fikir & bg pendapat.

MamaAliya berkata... [Reply]

tukarkan aqil ke sekolah baru kak dan juga buat aduan ke pihak pentadbir sekolah.kalau dah mengingau tu kira serius juga la tu.

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Irfa
tak pergi jumpa pengetua ke guru besar ke ketua guru ke? tak boleh la macam tu. budak kalau lemah kena la ajar. itu kan tugas guru. tak kan nak dapat murid yang cergas aje? tak adil la macam ni.

Unknown berkata... [Reply]

aduhai sampai begitu sekali darahnya...huhuhu

harap si kecil copek sembuh...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...kesian nyer adik jatuh sampai mcm tu sekali...sabar yer rai moga akan ada hikmahnya tu...;)

Ilyana berkata... [Reply]

Ya Allah..sedihnye baca. Maybe dlm menulis membaca Aqil lmbt sikit..but if a 6 yrs old kid dpt bina lego yg complicated tu..he's totally a genius!

Seriously smthing wrong dgn cikgu tu. Aqil mcm phobia.

Kimi nye tadika ni cikgu dia ada ckp gak..bdk 5thn x tau apa2 ok lg..tp 6thn mmg diorg terpaksa push sbb transitions nk masuk darjah 1 ada exam merepek tu. Diorg expect darjah 1 smua bdk dh pandai mcm2. Aritu taklimat parents..pengetua tadika an nizah ni ckp psl ni n dia tgh fight pasal nk selaraskn transition ni so that bdk x terkejut sgt once naik darjah 1. Xtaula progress dia camne but seeing kimi happy everyday pegi sekolah is a good sign. Eventhough..mak oi..3 page homework!!

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Sedihnya baca pasal aqil. Kot iyer pon jgn lah sampai tarik rambut.

Adik pon kesian juga. Byk darah nya tu.

Mar Mansor berkata... [Reply]

aduh kesiannye aqil..perlu dijadikan ikhtibar cerita nih..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Memang biasa budak usia 5 tahun dah boleh membaca pun Rai apalagi Aqil dah 6 tahun, tapi tak boleh samakan semua budak sama.

Aqil budak lelaki kadang memang agak lambat tapi kakak tak suka tindakan cikgu tadika yg patut kena lebih toleransi terhadap anak-anak. Kesiannya Aqil...

NzA berkata... [Reply]

Akak baca pun rasa stress....Banyakkn berdoa ye dik....Mohon petunjuk dan ketenangan drNya.... Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan....amin....

mummY daniSha berkata... [Reply]

ya allah zai..tarik rambut???seyesly...aku rase ko patut kuarkan die dr skool tu....tarik rambut tu dah melampau...kalau aku da naik angin dah...seyesly..tu bukan cara nak didik....

mummY daniSha berkata... [Reply]

try cari tadika lain zai....dah bayar yuran setahun x? kalau belum...try cari tadika lain...seorang cikgu x kan tarik rambut budak2...kalau rotan tapak tgn ke...tu bolehla consider lg...wahhhh hangin aku baca post ni..gerammmmmnyeee....

Cik Rose berkata... [Reply]

Ya Allah.. bersabar akka. terkejut Ros tengok muka anak akak tu..berdarah.. moga cepat sembuh dan kembali seperti biasa...
bab tarik rambut tu, perlu ke tarik rambut budak tadika?.. dan perlu ke mengungkit tentang tahap perkembangan kanak-kanak... siap berdalih pula tu, nampaknya memang betullah cikgu tu tarik ye.. sabar kak.. fikir baik2 dan buat keputusan yang terbaik untuk anak akak...

Unknown berkata... [Reply]

ish.. seriau la tgk.. byk tu darah dia.. alahaii kesiannya dia..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com