Selasa

LEGO® Pullback Motor - Pantas Dan Mudah

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Okay.. Kali ni nak kenalkan pullback motor dari LEGO®. Ini bukan parts baru, dah lebih 10 tahun dikeluarkan, cuma baru nak coretkan kat blog.

Yang aku tunjukkan ni adalah pullback motor generasi pertama. Ada 2x5 stud pada permukaan atas yang berkeluasan 3x5. Tingginya 2 2/3. Ada 2x2 stud diatas axle dan pin point pada bahagian depan. Akhir sekali ada 2x1 stud atas axle point pada bahagian belakang. Pada bahagian bawahnya pulak ada 2x5 dan 2x1 stud point pada permukaan 2x8. Jadi secara asasnya, ia senang digunapakai oleh budak kecik sebab point dia semuanya basic to intermediate level.

Pullback motor dari lego setakat yang aku tau berinteraksi dengan tayar jenis axle. Tayar dari jenis LEGO® City biasanya tak boleh sebab dia jenis independant. So, takyah gigih cuba kecuali korang boleh buat modifikasi secara professional.

Ini ialah axle. Batang berbentuk X. Kalau dah guna axle, biasanya kena guna bush untuk pegang supaya barang yang dimasukkan kat batang tu tak bergerak kiri atau kanan. Peringatan, axle-pin tak boleh guna. Nanti tayar tak nak pusing.

Habis pengenalan bahan, jom kita cuba buat satu kereta dalam masa 5 minit. Mudah je..

Sikit lagi..

Dah siap! Jom cuba.

Tarik ke belakang.. dan lepaskan! Tengok dia pergi dengan laju.. Hahaha.. Instead of bagi si kecil main tolak tarik sambil mulut duk bunyi "broomm.. Broomm..", biar dia main yang tarik dan lepaskan pulak. Design? Buatlah dengan sesuka hati. Nak kereta lumba? Monster truck? Classic? Motosikal? Kereta kebal? Ikut suka hati. Harga untuk pullback motor macam yang aku tunjukkan ni biasanya RM5 ke bawah. Murah kan?

Selain dari pullback motor yang aku contohkan, ada bermacam jenis lagi. Ada yang bersuis, yang kelajuan boleh laras, yang boleh memecut dua hala dan yang boleh free gear supaya boleh main tolak tarik macam takde motor atau tarik lepas macam ada motor.

Ini antara set keluaran LEGO® yang menggunakan pullback motor.

Bukan kereta je, motor yang cun-cun pun boleh buat dengan pullback motor nih.

Selamat mencuba..

PS : Aqil duk mintak kereta remote control lego. Kami tak tentukan lagi apa dia kena achieve untuk dapatkan kereta tu. By price, kalau beli complete set yang baru, kebanyakkan set jenis tu berharga tak kurang RM350.00 untuk satu. Kalau used set yang dalam great condition pulak RM200.00. Kalau aku beli parts (electric motor, transmission box, battery box, remote control) baru berharga RM40.00 satu. Hahaha.. Biarkan dia pasang sendiri..

7 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Rai ada tulis pasal Aqil pegi skolah.. Sebenarnya tajuk ni ada sikit kaitan. Memula ingatkan nak hadiahkan dia kereta remote control lego kalau dia tak nangis pergi skolah selama sebulan, siapkan semua buku kerja dia, plus beberapa chores baru. Tapi sebelum bagitau dia, pagi minggu lepas aku berjaya pujuk dia. The next day until sekarang dah tak nangis lagi pergi sekolah. Still cikgu dok rotan lagi tapi. Tengok dia tidur malam-malam, sayu rasa hati. Terfikir "Apa la jenis ibu ayah hantarkan anak kat sekolah macam tu". Geram!! As far as kereta remote control, sabar jap syaratnya.
::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Tanpa Nama berkata... [Reply]

n3 terbaik...

Ann Ishak berkata... [Reply]

kalau saya pasang lego ni takut tak jadi kete nanti hiksss :)

Mimie berkata... [Reply]

Memg details n complete penerangan nih

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Xpernah taw plaj ada mcm nie...igtkan roda biasa jerr...so maen vroom vroom sendiri...

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Klu sya pasang pun ni..gerenti x mnjd..hehehe

cahaya berkata... [Reply]

nampak mudah kalau patah lagi sangsi hu..cantik pulakalau jadi koleksi peribadi

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com