Isnin

Raya Open House @ teratak mak budak

Assalamualaikum

Hari Ahad yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Yeyy.. Boleh jumpa dak Nuha yang comel.
aum.. tengah minum susu.. sori kak aiza.. gambar maknya tak terambik

Kitorang sampai lebih kurang pukul 3 petang dan disambut ceria oleh tuan rumah Kak Aizamia dan suaminya. Sampai je disuruh makan dulu. Aisy pulak disambut oleh Kak Aiza. Mak dia makan dengan aman. Hahaha.

Rock star!

Abang makan sikit je

highlight! char kue tiau special oleh suami Kak Aiza!

Ini pinggan kedua
Jumpa dengan para blogger, Munn dan opkos budak chubby Aisy Irfan. Tapi dak dobot tu agak tak selesa sebab banyak sangat servis bertukar tangan. Dan insiden paling menggerunkan adalah bila Aisy Thaqif tarik telinga Aisy Irfan. Waa.. Merah telinga Irfan. Rasa bersalah gila. Sori ya Mun&Fendy.

Selain tu sempat jugak jumpa blogger lain.. Che Mid. Rupanya Che Mid memang orang Meru. So next time boleh la beraya ngan Che Mid pulak. Hehe.. Mak Chaq pulak sampai di saat kami dah hampir nak balik. Actually lama kami lepak situ. Dah nak balik, si Damia pulak nak makan semangkuk lagi mi sup. Puas pujuk ajak balik. 

Shujin kata nak ajak pergi rumah kawan shujin lepas ni. Damia tanya "rumah kawan ayah ada banyak makanan tak?" dengan muka innocent. T_T

Aku tak tau la nak gelak ke nak nangis.

Sebenarnya ada sorang lagi blogger yang datang. Aku cuma ingat nama anaknya Amir dan sebaya ngan Aisy. Sori!!! Nanti tanya ngan Mun. 

Terima kasih banyak tuan rumah Kak Aiza dan suaminya yang menyediakan pemakanan yang sedap sedap pada kami. Mai la beraya rumah kami pulak ya kak.

Daa

18 comments:

Qashmere berkata... [Reply]

Uish sedapnyerrrrrrrr char kuewtiow tu.. feveret i

Dr K berkata... [Reply]

Ooooo..Aizamia ada buat open house blogger kaaa? Saya tak tau...hahahaa...

Aziela berkata... [Reply]

Sedihnyaaa tak dapat datang. Kalau tak, boleh jumpa Rai, CM, Mak Chaq..uwaaaaa

Irfa berkata... [Reply]

wah jeles aku
beraya ngan blogger tu ;)

Cho Zila berkata... [Reply]

ooo gi yerk OH tu.. teringin nak gi tapi malu... syioknyer jumpa kengkawan blog semuanyerkan...

JunAina berkata... [Reply]

Mula2 nak jugak pergi tapi memandangkan dak pompuan yang duduk kampung dgn mak tok dia dah nak balik jadi terpaksa fikir banyak kali, banyak sgt permintaan dia sebelum balik kampung.

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Huhuhu...kakcik terlepas. Memang nak pergi sangat2. Tu yang pagi2 dah siap masak. Ingatkan adik2 datang sekejap. Rupa2nya sampai 5.30 petang baru diaorang balik....

ayunidati berkata... [Reply]

Singgah sini... selamat hari raya

Tanpa Nama berkata... [Reply]

amboi sakan beraya yer Rai

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Yg seronok kalau beraya ramai baby comel - Aisy dua-dua tu kan montel walau lain mak-ayah. Nuha tu pun sama. Kakak ni suka tengok baby dan bebudak Rai:)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

haha xde ape lah kak. biasa la tu..aisy thaqif geram lebih..hahahaha

aisy thaqif pnuya mata, mcm kucing dlm cite shrek! puss the boot ka apa nama dia? betul! kih3

mmg sgt2 xpuas nk duduk nyembang lama2 n mkn puas2..cakotiaw tu sy rasa kuah je sesudu fendi suap..hadoiii balik rumah teringat2

maknye amir tu kak miza @ nama blogger dia queen butterfly.. http://queenofbutterfly.blogspot.com/

Unknown berkata... [Reply]

amboii...sakan dia beraya..:)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

ada orang tolong pegang..dapat makan dengan aman Rai...
mesti meriahkan...

ct rahani berkata... [Reply]

sedapnya CKT tuh rai.. terliur tgk.. huhu.. untung beraya sambil dpt jumpe kwn2 bloggerkan.. :)

emarieys berkata... [Reply]

seronoknya beraya di rumah blogger

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye jmpa ramai org....rietta masa memula bca ntry kak aizamia mmg nk pergi sebb semalam free...bila diberitahu nun jauh kt klng...trus xjd...tukar agnda...blk kg...hehehe...alamak, dah lmer xmam char koew teow...

aizamia3 berkata... [Reply]

cerita dari sudut akak pulak:

http://aizamia3.blogspot.com/2013/08/kisah-disebalik-rumah-terbuka-mak-budak.html

Unknown berkata... [Reply]

salam kak Rai.. blogger lg sorg yg lupa tu sya la.. mana x lupanya sbb x pernah smp pun blog kak rai ni.. kak rai pun x pnh smp blog queen kan..

xpe2 la ni dh kenal bolehla singgah2 selalu yer.. ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com