Khamis

Meniaga manusia lagi untung dari unta

Assalamualaikum

 

Tengok cerita tiga abdul, ada la dialog pakcik tua tu..

 

Meniaga manusia lagi untung dari unta..

 

Asasnya, kita tengok perhambaan manusia dah hampir pupus sejak zaman Islam mula berkembang kan. Tapi kan.. Sedar tak sedar, aku rasa perhambaan masih wujud di zaman moden ni.

 

Bukan aku cakap pasal yang kerja macam hamba, jadi kuli batak bos tu. Yang tu pilihan sendiri. Bukan diperhambakan. Sebab bagi aku, kita hidup dengan pilihan. Takde siapa paksa ko untuk ikut cakap bos membabi buta. Alasan itu ini langsung tak boleh diguna pakai. Hakikatnya.. ko membiarkan orang lain ambik kesempatan atas kelemahan diri sendiri.

 

Satu jenis perhambaan yang aku nak cakap ni adalah perhambaan warga asing. Mungkin benda ni biasa di telinga dan mungkin ianya normal pada sesetengah orang.

 

Shujin berkenalan (cewah..cam kenalan ngan awek je bunyinya :P ) ngan sorang mamat india mari. Dia kerja kat kedai jahit. Kerja kat kedai tu tempat tinggal diberi. Gaji memang sikit gila. Tak silap aku takde basic, Cuma diberi komisyen lebih kurang 5% dari harga upah baju yang dijahit. Seluruh kediamannya kecuali bilik air je kot  ada CCTV sebab bos tak bagi dia buat kerja lain. Selain dari tempat tinggal, semua sendiri. Passport bos pegang. Nak mintak passport sendiri pun tak boleh. Unless dia bayar RM3k untuk tebus diri sendiri.

 

Pada aku, scenario macam ni berbeza dengan orang yang kerja jadi pembantu rumah. Pembantu rumah makannya ditanggung. Gajinya at least pada masa sekarang ni terbela. RM700. Bayangkan mamat tu. Berapa helai baju dia boleh siapkan dalam sehari. Katakan dia boleh siapkan selai je. Tak silap aku, shujin kata upah selai baju tu jatuh kurang dari RM10. Nak kerja ngan orang lain pun tak boleh sebab passport bos pegang.

 

Actually aku kurang jelas tujuan mamat ni datang Malaysia sebab dia da ada kedai jahit kat India. Aku pernah berborak ngan dia, dia tak fasih bahasa inggeris, tapi boleh la cakap sikit sikit. Kalau tengok gayanya memang bukan calang calang orang. Sangat sopan. Bukan jenis pariya punya la.. Jumpa aku siap buat tangan macam menantu jumpa mak mertua gitu. Seb baik dia tak buat haru nak sentuh2 kaki ambik berkat ke apa kan.. gugugug..

 

Since shujin tengok jahitan dia sangat sangat kemas, potong kain pun cantik je. Diorang pakat nak tolong mamat tu untuk tebus diri dia. Kitorang tolong dia cari pelanggan untuk upah jahit. Apa jenis baju pun boleh. Hasil upah jahit tu dia nak bagi komisyen kat kami. Ada jugak dia kata nak bisnes jual kain dari India. Tapi tatau la macam mana. Niat kami Cuma nak tolong je. Kesian gila woo tengok kes macam ni. Skang ni since bos dia memang taknak bagi dia passport tu, dan gaji pun bagi sikit gila. Dia nak mogok je ambik upah jahit baju. Kalau tak sampai bila dia nak diperhambakan macam tu kan..

 

Harap harap dapat la membantu mana yang patut. Aku pun ada jugak rasa-rasa nak tempah buat seluar slack ngan dia. Since anak tukang jahit (shujin) pun duk puji puji kata mamat tu jahit cantik. Kalau cantik boleh tempah blouse ke peplum pulak. Nak beli yang ready made mahal le sangat.. Eh lebih lebih pulak :P

 

Daa

18 comments:

Anamarza berkata... [Reply]

sbab prdagangan manusia masih wujud sampai sekarng, untungkan jual manusia

Unknown berkata... [Reply]

ana,
kan..masalahnya benda ni macam "halal" pulak..ye la..logiknya sebagai majikan, dia da keluarkan duit utk bayar kos pekerja asing. tentu dia rasa dia ada hak untuk pegang passport pekerja.. sebagai pekerja pulak tentu rasa.. apa hak majikan pegang pengenalan diri kita.. takde passport apa pun tak boleh.. kena tangkap pun kena call bos.. macam kita bergerak tanpa ic la jadinya.. kesian tau..

Cikgu Ma berkata... [Reply]

sedih kan kes mcm ni..x patut lagi buat org mcm hamba..sekarang ni semua perlukan duit nak hidup...

MAY berkata... [Reply]

Ad jgk org mcm ni..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kesiannya dia. :(

Aziela berkata... [Reply]

Inilah namanya menganiaya manusia...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

ada banyak jenis hamba. kalau hamba cinta, boleh jadi bodoh. hamba duit, jadi rugi. hamba fesyen, merana diri.

cuma satu je hamba yang pasti diberkati...

mummY daniSha berkata... [Reply]

ada lg kes mcm ni kat malaysia ni kan

azieazah berkata... [Reply]

Kesiannya mamat tu.

Moral of the story: Rai akan dapat baju peplum hujung bulan ini. Hehehehe

Unknown berkata... [Reply]

Kak azie, kena si kecik lahir dulu laa..hihi.

Unknown berkata... [Reply]

begitulah kan...harap mamat India tuh tabah lah kerja di perantauan nih...

Ujie Othman berkata... [Reply]

alahai..kesian sgt2 la Rai. elokla korang tlg. Jahat betul majikan dia.

Unknown berkata... [Reply]

sedihnya bc..dtg sini utk cari rezeki lebih tp rupe2 nye diperhambakan cmtu sekali..yg majikan tu takde hati perut la..

Cho Zila berkata... [Reply]

tak fahamler orangni ingat nak untungjer.. takder perasaan langsungkan... tak patut betoiler... isyh moga dapatlah diselamatkan..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

pndai ke ane tu jahit peplum?haha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

baca byk kisah org jual org ni... sampai seriua jadinyer mendengar

Irfa berkata... [Reply]

sedihnya citer ni
mcm tgk telenovela la pulak
tp part last tu aku senyum
baru je borak ngan adik aku mana nak cari tailor boleh buat peplum'
aku x nak beli sebab nak kain yg sejuk.dan penting,ikut size badan aku
lalallaa

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

bagus plan Rai tu..moga brjaya :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com