Rabu

Morning sickness tu normal?

Assalamualaikum

Bila ada pompuan baru lepas kahwin mula muntah-muntah ramai yang seronok sebab tu tanda-tanda orang pregnant. Hehe. Suami pun bangga sebab kelelakian mereka dah terbukti. Kan kan kan...


Gambar recycle
Ramai yang pelik dan terkejut kalau ada pompuan yang tak muntah-muntah waktu pregnant. Tapi hakikatnya yang mana satu sebenarnya yang normal, yang mana satu yang tak normal.

Menurut satu kajian yang dijalankan di barat (aku tak ingat negara mana), simptom muntah-muntah dikalangan orang pompuan yang mengandung adalah tidak normal. Simptom ni biasanya disebabkan oleh kekurangan sesetengah jenis nutrisi dalam diet harian. Antara yang paling biasa adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B complex. Begitu juga dengan fenomena mengidam.

Secara logiknya, seseorang yang bertubuh sihat tidak sepatutnya mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah. Walau pun perubahan hormon berlaku, sekiranya mendapat nutrisi yang mencukupi seseorang itu tidak sepatutnya mengalami morning sickness. Ini kerana, biasanya seorang wanita yang mengandung memerlukan lebih banyak nutrisi berbanding wanita yang tidak mengandung. Sekiranya pemakanan mereka masih sama seperti ketika tidak mengandung, simptom seperti muntah-muntah, sembelit dan kekejangan otot akan berlaku.

Sama lah macam waktu seorang perempuan tu period, ada sesetengah yang mengalami PMS yang teruk. Ada kawan aku sampai pengsan sebab sakit sangat. Ada yang naik jerawat kat muka. Ada yang tak mengalami apa-apa masalah. Ada yang periodnya tak teratur. Walau pun ada yang kata ia adalah genetik, aku lebih suka mengambil pendapat yang mengatakan ia adalah masalah yang berkaitan dengan kekurangan sesetengah jenis nutrisi.

Memandangkan adalah hampir mustahil untuk memastikan kita mendapat segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari melalui pemakanan, pengambilan supplement adalah sangat digalakkan. Walau pun biasanya doktor akan menggalakkan pengambilan supplement hanya bagi kalsium, zat besi dan asid folik, penambahan keseluruhan jenis nutrisi dalam diet adalah sangat digalakkan.

Setakat aku rajin nak pergi seminar ni aku jumpa ramai wanita yang ada awareness pasal pemakanan seimbang dan diet yang sihat. Kebanyakan mereka mengaku, kalau ambik supplement tambahan yang cukup masa pregnant memang tak ada masalah dengan morning sickness, sembelit atau kekejangan otot.

Selain dari tu, kebanyakannya mengakui bayi yang dilahirkan tak mengalami masalah kuning dan kulitnya sangat bersih dan mulus. Biasanya dalam proses membesar mereka jarang dijangkiti penyakit dan pertumbuhan fizikal dan mental lebih pesat berbanding rakan sebaya.

Oh..tapi berhati-hati dengan pengambilan vitamin A sebab vitamin A yang banyak bahaya bagi orang pregnant. Sila consult dengan doktor atau dieticien sebelum start makan apa-apa jenis supplement ya. Jangan main redah je.

Info menarik
(1) Vitamin C - Perlindungan fetus, mengurangkan risiko keguguran, kelahiran pra-matang
(2) Kalsium - Agar kulit bayi cerah dan kenyal. Baik untuk perkembangan IQ dan tumbesaran. Mengurangkan masalah kekejangan otot.
(3) Iron-Folic Acid - Paling baik start ambil sebelum hamil. Mencegah kecacatan bayi
(4) Vitamin E - Mengurangkan risiko bayi mengalami masalah demam kuning
(5) Magnesium - Mengurangkan masalah sembelit
(6) Protein - Agar lebih bertenaga


Banyak lagi lah. Rajin dengan tak rajin nak makan je lah. Bagi yang pregnant, jaga diri baik-baik.

Daa

24 comments:

Nadia berkata... [Reply]

berdebar nad baca entry ni tau..:)
(ayat xsabar nk kawen..:p)

new entry :: Simple Contest ツ

Unknown berkata... [Reply]

@Miss Nadya, cepat2 la kawen nad..besar pahala bina masjid..jgn lupa jemput akak..hehehehe..

Unknown berkata... [Reply]

kiranya aku ni normal lah sebab takde morning sickness masa mengandung...hehehe..tetiba lak riak...

Anamarza berkata... [Reply]

sama la ngan ila, saya pun kira normal la kan tak de morning sickness hihih

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, hahaha..eh kena la riak.. ramai org yg mabuk tau..

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, aha..bagus..hehehe.

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, aha..bagus..hehehe.

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

Rai...ku fobia betul preggy kalo mikirkan morning sickness...

yg sulung dulu sampai dalam LR pon muntah2 lg

Unknown berkata... [Reply]

@Aku Ibu Muda, sampai macam tu sekali? masa preggy first dulu aku muntah2 gak..tapi 1st ngan 2nd month je la..lepas tu takde dah.. tu pun trauma gak..

actually ada jugak dengar org kata kalau anak pompuan teruk morning sickness berbanding lelaki..tapi tak sure pulak kalau ada scientific studies pasal ni..

misya berkata... [Reply]

mcm tu eh

BeloG MTT berkata... [Reply]

Ohhhh kira tak normal la ehh kalau pregnant asyik nak muntah2 tuh.. Hehehe

Thanks for sharing :)

Unknown berkata... [Reply]

@misya, dari apa yg saya baca dan dengar..macam tu lah..

Unknown berkata... [Reply]

@BeloG MTT, lebih kurang macam tu lah..hehe..

welcome =)

PCL berkata... [Reply]

PCL nak juga ambil tahu...walaupon 'kilang' kat umh tu seakan nk tutup jer..hhaha...ni semua gara2 alah teruk dan sakit bersalin teramat sgt seketika dulu (emm bkn PCL lah..hehe)

mummY daniSha berkata... [Reply]

zai,aku muntah2 sampai 6 bulan wehhh...giler lame huhu...muntah bukan sikit2..selambak hahahaa...aku makan byk,tu muntah pun byk...mayb aku makan tu kurang khasiat agaknye hehe...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum...setiap orang x sama keadaannya bila mengandung ada yg normal n ada yg tidak kn...:)

syuxer berkata... [Reply]

owh kiranya kalau orang tanda2 mengandung ada gak yang tak muntah andai makan nutrisi lebih dari orang yang tak mengandung..baru tahu yang vitamin A tuh tak ok untuk orang mengandung heheh

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

comellah rai anak ko tu. Alhamdulillah cik ina masuk 4 belum pernah muntah masa pregnnt, lalu ke je nak makan.

Unknown berkata... [Reply]

@PCL n mmD, hehehe..ambik je tau..mana tau pengurus kilang tukar fikiran tiba2..boleh jugak dibuat panduan..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha,patut la ko lambat2 nak pregnant satu lagi..hehehe..aku tak berani nak kata la makanan ko makan tu kurang khasiat ke apa..tapi next time ko boleh try plan diet yg seimbang dan ambik supplementation..

Unknown berkata... [Reply]

@maszull, waalaikumsalam.. betul kak..in fact..pengalaman mengandung setiap anak pun berbeza..

Unknown berkata... [Reply]

@Syuxer, yup yup..betul tu.. kalau org kita biasanya kaitkan dengan jantina bayi..lelaki=kurang muntah, kalau pompuan teruk muntah2..hehe..ni just satu teori..nak tau betul ke tidak kena tunggu syuk ada isteri la nanti.. =P

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, comel cam mak dia la cik ina... hahaha..cik ina banyak makan sayur.. lagipun masak sendiri kan.. maybe ada kaitan jugak dari segi tu..sbb biasanya masak sendiri lebih sihat dari makan kat kedai..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Ammar, lambat berapa hari? kalau setakat lambat 2-3 hari tu takde masalah..so far takde pulak kata lambat tu tak normal.. sbb period ni bergantung dengan hormon..kadang2 benda2 macam gangguan emosi, pemakanan pun memainkan peranan..so biasanya lambat 2-3 hari gitu takpe je..melainkan tak datang langsung..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com