Jumaat

Nak berniaga, tapi...

Assalamualaikum

Kerap kita dengar kan.. orang nak mula berniaga tapi
(1)  Tak tau nak meniaga apa
(2)  Takde modal
(3) Tak pandai nak meniaga
(4)  Takde masa la sekarang
(5)  Takut rugi

Macam-macam kan.. Akhirnya tak melangkah pun. Still buat apa yang mereka buat hingga kini.

Bukan aku nak kata orang macam ni banyak alasan ke apa ke.. Cuma nak share sedikit pendapat supaya orang orang yang banyak tapinya ni boleh mulakan langkah untuk capai impian nak berniaga. Tapi hati kena la kuat. Matlamat kena jelas. Tak boleh hangat hangat tahi ayam.

(1)  Tak tau nak meniaga apa - Tak salah ikut trend. Contohnya, jual durian crepe, tudung pesen lawa lawa, baju peplum etc etc. Tapi tengok target audience kita, dan kebolehan sendiri. Kalau nak jual durian crepe tu kena la pandai masak. Lebih baik jual barang yang kita ada pengetahuan. Jangan la pulak nak jual baju peplum, tapi kita tak tau nak cari supplier kat mana, nak market kat siapa, dan kalau kita sendiri pun jadi modelnya. So senang la nak cerita kat orang.

(2)  Takde modal - Modal ni penting la kan. Takde modal macam mana nak dapatkan supply pulak. Pada aku, kita tau kemampuan kewangan kita. Kaji potensi perniagaan sebelum buat apa-apa pinjaman. Make sure kita ada strategi pemasaran yang baik, dan kalau cash flow kita tak menggalakkan lebih baik mulakan dengan kecil kecilan dulu. Atau guna konsep drop ship atau pre-order untuk elak kerugian barang tak laku.

(3)  Tak pandai meniaga - Actually bukan tak pandai meniaga. Ramai yang malu nak menjual. Takut orang kata macam tak cukup makan. Dah kerja ada gaji kenapa nak meniaga lagi. Jual barang ni macam belajar naik basikal. Berlatih berlatih berlatih. Promote promote promote. Sampai satu masa kita akan terjumpa strategi yang terbaik untuk perniagaan kita. Dalam masa yang sama, jangan malu nak tanya dengan orang orang yang dah berjaya dalam perniagaan. Jangan pandang ke belakang dah. Pedulikan la dengan umat negative tu. Kalau kita nak pergi ke satu tempat, buat apa tanya pada orang yang tak pernah sampai tempat tu (orang yang gagal) tanya lah pada orang yang da sampai ke tempat tu (orang yang berjaya) kan..


(4)  Takde masa la sekarang - Nanti lah..nanti lah.. Budaya nanti nanti lah ni adalah budaya orang yang suka tunggu dan lihat. Dan dia akan terus lihat lihat. Sampai sudah dia Cuma dapat melihat. Hehehe. Allah bagi masa 24 jam sehari. Semua orang dapat sama rata. Yang penting macam mana kita uruskan masa. Kalau sekarang jadi kerani takde masa, agak-agak kalau kita da naik pangkat jadi team leader aka nada masa ke? Kalau sekarang tak ada masa, bila da kahwin ada anak dua akan makin banyak masa ke? 

(5)  Takut rugi - Takut takut takut.. Tak ada siapa suka rugi. Strategi penting. Sebab tu sekarang ada satu kerja untuk kaji risiko yang dipanggil risk management. Risiko takkan berkurang. Tapi macam mana kita punya pengurusan dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya kerugian. Sebab tu ilmu tu penting. Contoh dalam pelaburan. Ramai orang kata, unit trust adalah antara pelaburan yang selamat. Still ada orang yang rugi masuk unit trust. Kenapa? Sebab diorang ni tak belajar. Ada duit tapi takde knowledge. Jadi lah macam berjudi. Kalau untung, untung la. Kalau rugi nak buat macam maneee...

Banyak lagi sebenarnya. Apa pun jenis perniagaan yang kita nak buat, kena ada matlamat.
Matlamat kewangan untuk 6 bulan akan datang, untuk 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang
Apa strategi nak mengembangkan perniagaan
Macam mana kita nak pastikan pasaran untuk barang yang kita nak jual sentiasa ada. Sentiasa orang cari

Kalau jual just nak suka suka. Nanti dapat lah suka suka. Duit pun untuk suka suka. Sebab tu ramai yang berniaga kejap, lepas tu berenti. Sama ada melingkup atau pun da penat.
Nota kaki : Saje aku boring takde benda. Sorry kalau tips takde isi kurang membantu :P Saya budak baru belajar :D

Daa

24 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq kongsi tips rai

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tapi semua yg Rai list ada pada diri kakak sebab itu tak menjadi. Kakak nak jaga budak ajelah ramai-ramai bila tak kerja. Business jaga budak hihi.. seronok agaknya.

Chik Att berkata... [Reply]

saya memang tak pandai meniaga ..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

apapun yg kita nak buat perlu ada strategi...dari susah baru senang kan Rai...

Dr K berkata... [Reply]

No (5) tu rasa rasanya ramai yg hadapi...Nak kan satu pulangan konsisten, at least, macam makan gaji...alahai...

Irfa berkata... [Reply]

mcm soklan aku je ;)
emm..oklah puan
nanti saya fikirkan
terima kasih atas entri yg membina ini

#saya tingin nak pakai peplum cuma tak pasti sesuai ke tidak

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

thnks ye kongsi tip... manatahu pas ni kalau liya nk buat bisnes leh guna tips2 nie kn

Unknown berkata... [Reply]

berniaga perlu seiring dengan apa yang kita minat...

emarieys berkata... [Reply]

thanks rai..suka sgt dgn entri ni

Anamarza berkata... [Reply]

sy mula2 berniaga suka-suka, dpt untung selari dgn apa yg diusaha, la ni plan nk serius pulak, slow2 kayuh

ieja amieja berkata... [Reply]

betul tu..setuju sgt..
adk2 akk dr dulu lg ajak niaga tudung online pun akk x mampu..masa dan comitment..hurmm

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
actually ramai gak yg tanya aku pasal nak meniaga apa ni..

peplum tu pun aku tatau la seswai ke tidak..tapi mmg aku rasa cam nak tempah ngan ane tu.. encik somi kata bagi je gambar, nanti dia buatkan.. hehehe..tak jadi kalu, aku sembelih dia.. :P

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

SUMA ADA PADA SAYA... MMG NAK MENIAGA TAPI TAKUT2 DAN SEBENARNYA X YAKIN DENGAN KEMAMPUAN SAYA SENDIRI...

Mak Wardah berkata... [Reply]

Rai, akak org yg disenarai tapi akak galakkan org berniaga.

Jna marcello berkata... [Reply]

yup Na stuju! lagi2 skrng mmg malaysia akan menghulurkan bantuan utk WANITA yg ingin memulakan pernigaan yey \0/ untung jd wanita =)

kay_are berkata... [Reply]

memang terpikir nak start berniaga ni.. tapi memang same r macam reason yang akak bagi tu.. terutama part modal tu.. hmm..

FnF Simple Life berkata... [Reply]

thanxs 4 sharing the tips... part malu nak menjual pun ye kot... makcik pendiam...hehehe ;)

yunus berkata... [Reply]

sy dd buat bisnes trading skrg..skrg sy cuba nk buat niaga sambilan utk masa lapang...apa yg boleh sy nk niaga...seronok niaga ni...

PCL berkata... [Reply]

sy bookmark entri nih..tq Rai.

Unknown berkata... [Reply]

tak pernah berniaga..belum pernah berniaga lagi

Mimie berkata... [Reply]

bagus entry nih

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

ahahah!!semua ciri2 sifat2 tu prnah ada pd diri k'imi sblm mula buat tupperware..alhamdulillah..masih dlm usaha mngikis semua sepenuhnya..doakn k'imi,ye :))

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul tu nak berniaga kenalah buat betul2 jgn lah hangat2 tahi ayam jer...:)

MAY berkata... [Reply]

Sy suke biz.tp x konfiden utk biz bsr.so bt yg kcik.smp ad kwn ckp..ko ni sume nk jual.huhu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com