Assalamualaikum
Terus terang, ilmu agama aku memang kurang. Walau pun sekolah agama Johor sampai darjah lima, tapi banyak yang mungkin aku da lupa. Maklumlah, bila nak exam baru hapal buku. Baca buku sebab nak pass exam supaya tak malu kalau tak naik kelas.
Banyak yang mempertikai tentang penggunaan "Allah" oleh non-muslim. Banyak yang post macam-macam pendapat kat FB. Aku taknak post kat wall aku sebab aku tengok ramai yang agak extreme dalam memberikan pendapat. So aku malas nak berbalah. Lagi selesa gunakan medium blog untuk hal-hal begini.
So..wajarkah kita membenarkan penggunaan Allah oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia?
Pandangan aku, kita memang perlu benarkan penggunaan Allah oleh masyarakat bukan Islam. Sebabnya..
Allah memang satu. Kita mengaku Allah ada satu, tapi kalau kita tak benarkan masyarakat bukan Islam gunakan Allah, bukankah bermaksud kita membenarkan kenyataan yang tuhan yang kita sembah dan tuhan yang dia sembah adalah berbeza. Aku takut kalau Aqil atau Damia tanya aku suatu hari nanti "Ibu kata Allah ada satu, tapi kenapa nama tuhan dia ngan kita tak sama..?"
Sekurang-kurangnya kalau orang bukan Islam guna Allah, tapi kalau Aqil tanya "kenapa dia masuk gereja, dan tak solat kat masjid?"
Aku boleh jawab..
Cara diorang beribadat berbeza dengan kita sebab diorang belum kembali pada Islam, jadi cara ibadatnya berbeza dengan kita. Tapi kita percaya Allah itu satu dan Al-quran dan hadith jadi panduan.
Apa yang aku susah nak terima adalah kenapa kita nak marahkan orang buat kitab bible dalam bahasa melayu? Sedangkan dah ada dalam al-quran, agama kau agama kau dan agama aku agama aku. Tiada paksaan dalam beragama. Macam mana cara dia nak mengembangkan agama dia, terpulang pada dia, tapi sebagai umat Islam, apa yang penting adalah kita kukuhkan keimanan kita. Kukuhkan Aqidah anak-anak kita.
Macam kita nak beli barang, peniaga nak guna kaedah marketing macam mana terpulang pada dia. Tapi kita sebagai pengguna kena la bijak memilih. Jangan sampai kena tipu dengan marketing. Ke salah?
Maaf kalau persoalan aku ni macam berat. Harap boleh bagi sedikit pendapat dan panduan untuk menghilangkan kekusutan aku ni.
Paling aku tak boleh blah adalah individu yang emosi yang komen kat FB, "nak sebut Allah pun tak betul, buat apa nak guna Allah" Come on la.. Jangan komen ikut nafsu.
Daa
13 comments:
Allah tu sebenarnya bermaksud tuhan dalam bahasa Arab. Lain bahasa lain la sebutannya.. Macam kita selalu sebut oh my god.
GOD = TUHAN
ALLAH = TUHAN
Saya pun rasa tak perlu untuk ekslusifkan Allah untuk org Islam sahaja.
isu yg agk berat mcm ni mmg sy pun tak memilih nak mengomen/berbalah kat fb.risau jgk tersalah ckp ke apa.yg sy nmpk bnda ni dh mcm dipolitikkan pun ade gak. (hoh! tak hbis2 politik) sbnrnya klau xde isu berbangkit pun dh rmai paderi melayu.dh rmai melayu kristian, kt belah sbh sana byk.xyah gi jauh, kt jalan gasing pj ada 1 gereja khas utk org melayu islam blajar kristian.
beria nk pertahankan nama...tp akidah?
*kak rai, mane dpt kekuatan jd rajin update nih? hehe
syani,
betul tu saya setuju..tapi tatau la diorang ni..mungkin sbb campur aduk dengan kepentingan politik sama kot..
munna,
sama la ngan akak..gatal jugak tangan nak mengomen kadang2 tu.. tapi tahan je..takut nanti bila emosi lebih2, lain jadinya.. fakta jadi auta..hihihi..
errkk..sbb keja abis awal.. tak sabau da nak balik..hahaha..
saya pula berpendapat takut nanti generasi akan datang konfius plak.. biarlah di esklusifkan pada org islam saja ... pendapat saya le ..... nanti kalau anak tanya umi dia org india tapi kenapa dia sebut nama allah... pd pendapat saya le... saya pun x berapa mahir gak tapi ini cuma pendapat peribadi saya shj..
mayang,
takpe..semua orang ada pendapat masing2..tak salah kita menyuarakan pendapat kita..mcm saya, bagi saya lebih mudah kalau aqil tanya saya "dia india, tapi kenapa dia sebut Allah". saya boleh jawab "sebab Allah tu maha ESA. cuma satu.. cara ibadatnya lain dari kita sebab dia tak ambik Rasulullah sebagai contoh dan tak jadikan al quran sebagai panduan macam orang Islam, sebab tu nama agama dia pun berbeza".. macam tu lah..
aku malas nak komen kat fesbuk sebab kang jadi hal politik pulak...hahaaa...anyway,aku pun x apa hukumnye...nanti,insyaallah bile2 kalau aku refer pada ustaz aku habaq na =)
tak tahu nak cakap apa......
dah banyak ahli ahli agama komen pasal isu ni. memang sebenarnya berbalik pada kemantapan Islam tu dalam diri kita sendiri. dok tak bagi orang agama lain guna, tp dalam masa yang sama tahap kita mendalami Islam camtu gak, so tak guna la kan..huhu
Allah utk semua...tp kepercayaan "mereka" Allah itu seperti manusia plak, anggap tuhan itu punya anak, tuhan itu banyak...
bila kita yakin beriman kepada NYA, apa juga hal lain yg cuba mengelirukan, tidak lagi menjadi isu kepada kita....
singgah jenguk sini..salam kenal..
bende bende melibatkan Islam ni rase nye tak berani nak komen sebab ilmu pun bukan tinggi mane, nanti tersilap info pulak.. tapi gunakan untuk tujuan politik.. memang tak setuju..
semua org ada pendapat peribadi yg berbeza. KA hormati semuanyer
Catat Ulasan