Isnin

Cengkonon

Assalamualaikum

 

Sabtu bersuper weekend. Ni gambar cilok dari fan page je. Sebab shujin je yang pergi sebenarnya. Tetiba start dari pagi Sabtu aku contraction. Tu pun shujin pergi pusing pusing kejap je. Ruginya rasa..

Minyak enjin ELF, murah je banding ngan minyak enjin cap SHELL. Tengok pekat kemain. Tapi aku tak reti pasal minyak enjin ni.. Pekat=bagus ek?

Artistry skin care. Tak jumpa yang gambar bahagian make up punya..

Hari ni takut takut nak pi keja sebab perut kejap kejap keras. Tapi duk kuatkan semangat. Semalam pun sempat lepak makan makan dengan mak ngan akak aku kat restoren Santai, Damansara sana. Kebetulan mak datang sebab bawak adik bongsu aku nak settle kan urusan kat kolej dia hari ni. Macam mak si tanggang mak aku. Duk bawak pisang emas yang ayah kirim. Lepas tu ayah siap bakar kaki lembu dah potong kecik kecik, suruh mak buat rempah untuk aku masak sup. Rindu sungguh orang tua tu dengan cucu lelaki sulung dia Aqil Mubarak. Si Aqil pun da asyik sebut je nak balik rumah Ayahwe. Cuma shujin je tak bagi balik sebab aku tak berapa nak stabil sekarang ni. Takut nak terberanak atas highway ke apa. Bawak itu ini, beg mak berat macam bawak batu. Dah la naik bas. Adeh la. Da pesan banyak kali tak payah bawak pun dia bawak jugak. Nak buat macam mana, mak ayah memang tak cakap dia rindu. Tapi dah macam tu tu, rindu sangat la ke anak cucunya tu. Bersalahnya aku rasa T_T

 

Mak bawakkan sekali air selusuh untuk minum nak bersalin nanti. Harap harap semuanya dipermudahkan. Air selusuh tu nenek aku buatkan. Aku ada jugak mintak shujin buatkan, guna surah Al Hasyr. Tapi ada orang yang dah veteran buat bagus jugak. Berkat suami, berkat ibu ngan nenek sekali gus. :D

 

Daa

20 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Semoga semuanya baik2 saja. Minyak enjin, tak semestinya pekat tu bagus. Kena tengok dengan kesesuaian enjin. Mileage, usia, penggunaan.

Guna minyak selusuh ke, air selusuh, Rai?

Unknown berkata... [Reply]

Kak Aziela,
Air selusuh. mak kata minum lepas da bukak jalan..

Unknown berkata... [Reply]

sy tak penah minum air selusuh walaupun dah beranak dua..huhu..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

nenek ngn atuk betoi2 rindu cucu tu...takpelah nnti dh bsalin kan bleh balik. bpantang kat mana?

Unknown berkata... [Reply]

azni,
da nak bersalin kali ketiga ni baru nak minum..hehehe..kita ikhtiar. mana tau ngan izin Allah, dipermudahkan..lagi pun just buat dari air kosong yg dibacakan ayat suci..bukan ada apa pun..

munna,
pantang kat johor. tu la. pantang nanti boleh la lepas rindu dendam tu.. hehe..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Semoga Allah permudahkan urusan awak ya?

Wow! Cpt betul ms berlalu. Pejam celik pejam celik...haih!

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

moga segala urusan dipermudahkan...dh dekat due kew?

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

memang dah tak lama lagi Rai..
yang penting kita dah bersedia.....
moga dipermudahkan segalanya....

Dr K berkata... [Reply]

Dah start regular contraction ke?

mummY daniSha berkata... [Reply]

zai,semoga dipermudahkan semuanya ya...insyaallah berkat doa suami,mak ayah...=)

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

harap segalanya di permudahkan...

Unknown berkata... [Reply]

fara,
thanks..insya allah.. berkat doa semua :D

rietta,
lebih kurang sebulan lagi..due 19/2..

kak nur,
insya allah..tu la.beg hospital pun tak packing lagi ni..adess.

daddy zz,
rasanya braxton hicks.tapi dari sabtu aritu mmg kejap2 perut duk keras. paling sakit masa belah malam tu. sampai tak boleh nak gerak. tapi siangnya ok sikit..

mas,
insya allah..ramai yg doakan ni.. hehehe...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Itulah mak Rai. Kita rasa menyusahkan tapi dia tetap merasa gembira kalau dapat beri apa yg dia rasa anak dia suka.

Kakak rasa dah nak deliverlah Rai.. Bagus juga sebab mak tengah ada tu.

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

akak dulu mak mentua akak buatkan minyak selusuh tu

Ujie Othman berkata... [Reply]

terharu kan..naik bas pun boleh bwk mcm2. demi anak cucu tersayang, tak rasa susah pun.

moga Rai selamat..

Anamarza berkata... [Reply]

Tak pernah minum langsung air selusuh walau dah beranak 3

Tanpa Nama berkata... [Reply]

moga dipermudahkan ye Rai

emarieys berkata... [Reply]

INSYAALLAH..semoga dipermudahkan...

BERT berkata... [Reply]

moga mudah bersalin kak... dulu saya silap minum air selusuh seminggu seblum due.. padahnya perot dah sakit menggila jalan tak bukak lagi.. huhu sadisss

Deq's Qienz berkata... [Reply]

smg sgala dpermudahkan ya.sy pon minum myak selusuh.lpas minum terus turun tanda..hihii

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com