Selasa

Kemanusiaan yang hilang

Assalamualaikum

Aku selalu kurang jelas dan kurang faham orang orang yang suka share gambar gambar ngeri kejadian kemalangan atau mangsa perang. Sungguh aku tak faham.

Apa yang mereka cuba capai melalui perkongsian gambar yang begitu?

Simpati? Populariti?

Paling tak boleh blah yang jenis tulis "1 doa untuk 1 like".

Semalam aku tertengok satu video orang kampung kejar dan belasah mamat pencuri motor. Video 7 minit memaparkan bagaimana mamat tu lari ke sana sini cuba menyelamatkan diri. Orang ramai merejam dan pukul mamat ni. Dari lincah berlari sampai terkulai berlumuran darah tak bergerak. Ramai yang berlari mengejar. Menjadi pemerhati dan tukang rakam video. Bahan bukti kekejaman manusia.

Aku pernah tengok kat National Geographic. Seekor anak kerbau ke bison, diserang oleh sekumpulan 3 ekor singa. Ibu bapa kerbau tu panggil kumpulan diorang untuk selamatkan anak kerbau. Akhirnya anak kerbau dapat diselamatkan dengan sedikit kecederaan.

Apa beza kita dengan binatang? 

Kes ni berlaku di Indonesia. Tapi kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia. Di mana seorang pelajar bergaduh dengan sekumpulan pelajar lain sambil diperhatikan oleh lebih dari 20 bystander. Akhirnya pelajar tersebut mati. Bystander tak buat apa. Cuma tengok.

Kat mana perikemanusiaan kita?

Serius aku menangis meleleh leleh air mata tengok video tu. Memula aku stop halfway sebab tak sanggup tengok. Tapi lepas tu aku kuatkan semangat. Tak tau la pencuri tu mati ke tidak. Tapi in the end, dia dah tak gerak. Diorang pijak lempar baru pukul dengan kayu. Muka berlumuran darah. Aku doakan semoga dia aman di tempatnya sekarang.

Daa

6 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya rasa pun mmg tak elok letak..sbb ia bila biasa ditonton, nnti otak kita terima ia sbg OK. Kalau yg tahap gambo biasa tu okla lagi..

Mmg nyampahkan yg soh like gitu. Dah tu ramai pulak yg diperbodohkan dok mengeLIKE.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salah satu sebab video atau gambar tu jadi viral kat internet adalah kita yang suka share satu2 bahan tu. nak share untuk dapatkan pengajaran tu kira ok la, cuma sekarang ni dah makin melampau2 pulak.

1 klik = 1 doa?
ok, baik aku solat sambil mengadap pc...

Yaya Azura berkata... [Reply]

apatah lagi gambar budak kecil..tak berdaya nak tengok..teringat anak sendiri..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sy, mmg tak akan tgk gmbr2 ngeri @ video mcm tu..sbb nnti emosi sy mesti berubah..elok2 hepi terus sedih/badmood. utk apa? kesian org keliling sy xpsl2 kena marah kang..huhuhu

Dr K berkata... [Reply]

" kalau kamu tak sebarkan video ini, nescaya kamu & keluarga kamu akan ditimpa musibah. Maka sila sebarkan kepada 10 kenalan kamu"

~bahahaha

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Klu sy, jgn hrp nak tgk gamba or vid ngeri mcm tu. Tidaklah sy...

Dulu, heboh org Msia tentang warga China yg bt tak heran dgn budak yg kena gilis dgn kete tu. Igt tak isu tu? Sudahnya, paku dulang paku serpih...


=(

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com