Isnin

Kerja kosong : Si Tukang doa

Assalamualaikum

 

Perniagaan menjual agama ni bukan perkara baru. Dari makanan sunnah sampai la yang tak sunnah pun nak menggunakan agama bagi tujuan promosi. Tulis ayat alquran atas air ke apa dah. Air yang dibacakan itu ini, susu tepung anak pun dibacakan alquran. Ayam pun diperdengarkan azan. Walau pun hanya dari radio. Bila musim peperiksaan berebut rebut la ibu bapa cari ostad, mintak air penerang hati. Supaya anak mudah hafal, mudah jawab periksa.

 

Tadi.. Aku baca kat satu laman iklan. Collagen doa..

 

Hahahahaha.. Agak agak la weh..

 

Makan makanan sunnah, susu tepung ayat quran, ayam azan pun tak guna kalau sendiri tak tunaikan yang fardhu tu. Kalau makan pun tak baca bismillah.

 

Dari mintak air dengan ostad baik mak bapak sendiri yang buatkan air bacaan yassin. Lebih berkat. Tapi dalam masa yang sama jangan pulak dalam kelas masa cikgu ngajar tidur je. Cikgu suruh buat kerja rumah pun liat. Asyik nak melawan je.

 

Collagen doa? Kahkahkah.. Macam macam lah korang nak jual agama ya.

 

Siapa la yang kerja duk kat kilang tu bacakan doa/alquran 24jam untuk tujuan mass production. Kering air liur. Ayam pun heran. Apa sakit la duk pergi azankan ayam memanjang. Nak suruh aku solat gamaknya - kata ayam :P

 

Aku takde hal dengan makanan sunnah macam habbatus sauda, madu, kismis, kurma dan sebagainya. Cuma kalau jenis berlebih lebihan sampai di azan, di bacakan ayat suci al-quran dan sebagainya. Tak tau la kalau dari zaman nabi dulu dah ada prektis macam ni.

 

Peringatan untuk diri sendiri juga..

 

Daa

8 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Adakalanya, kakcik yang dah kertu ini pun tertanya2 juga...

sisdee berkata... [Reply]

Errrr mcm dh terkuar sore hati ai haha..nk bsuara lbh2 sapelah kita...
Better parent yg buat kt anak dgn mbaca ayat2 suci..lbh afdal..air tgn sendiri

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Yup! Sy tak nah setuju dgn bisnes jual agama. Sorry to say, bukan nak menghina. Tapi, ckp2lah bodohkan sebangsa dan seagama.

Coklat malt bijak? Sebab dibacakan ayat al-quran? Puihhh! Bisnes baik punye kan????

Kalau mcm ni punye gaya, sy nak pi mtk ustat bacakan yassin kat air milo yg sy bancuh. Boleh? Kasik bijak sket pale otak!

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau nak buat sendiri Rai. Buku panduan contohnya nak anak terang hati, jgn nakal ada doanya (buku ustz Ismail kamus/ustz harun din pun ada buat sendiri lagi senang dan confirm)

Kakak memang buat sendiri.

wahida berkata... [Reply]

kahkah...siapa la kat kilang tu duk nak baca doa memanjang kat air2 tu kan...ekekek...

Unknown berkata... [Reply]

Selalu terfikir... dorang masuk kotak packaging tu pastu agih2 sana sini tak terlangkah2 ke kotak2 tersebut??????

sitiezahim berkata... [Reply]

saya setuju bab ibu bapa patutnya yg usaha, bukan semata2 mengharapkan ustaz2..huhuhu

Irfa berkata... [Reply]

aku gelak dulu ye baru komen..

dh byk kalu rasa nak tulis pasl ni tp aku pendam sbb takut ada yg terasa.pertama kali aku diperkenalkan oleh kawan ttg satu produk susu tepung yang dibaca 30juzuk ni..aku mcm 'alahai..biar betul diorang ni'.
lepas tu semakin byk aku tgk produk berasaskan bacaan al'quran katanya.byk pulak pantang larang x boleh langkah..letak kat tpt tinggi itu ini..yg aku muskil,kat pasaraya tu yg susun barang mcm2 bangsa..
diorang paham ke brg tu xleh dilangkah ke tidak

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com