Jumaat

Apa yang lain?

Assalamualaikum

Ramai pulak yang komen kata entry Dilema lelaki tu lain macam. Nak jugak aku tanya..

Apa yang lainnya? Apa yang macamnya?

Hehehe..

Alhamdulillah tak pernah lagi aku mengalami masalah begitu dalam personal level. Kenapa aku confident sangat? Bukan confident. Kalau sesiapa kenal aku dengan shujin kat luar tau la kot. Kitorang, especially shujin belum ada masa dan ruang nak bergelumang dengan perkara begitu. Dia dah cukup sibuk dengan urusan keluarga dan perniagaan.

Itu lah bagusnya tentang perniagaan kami. Secara tak langsung ianya mengeratkan hubungan kami.

Tak tau la masa depan kan. Tapi kalau kewangan dah kukuh, shujin rasa dia mampu nak berlaku adil. Apa salahnya kalau nak menambah cawangan pun. Benda halal dalam Islam. Takkan aku nak menidakkan hukum Allah. Ye dak?

Buat masa sekarang ni dia masih lagi kata "Bini sorang pun tak larat nak bela..nak tambah lagi..? Botak kepala saya"

Bukan aku kata. Dia kata. :P
 
Tau la perangai aku. Sungguh pun tak mintak material, tapi kerenahnya mengalahkan budak dua orang tu. Minum susu protein pun kena shujin ingatkan paksa hari hari. Hehehe.. Katanya macam dia sorang je adult dalam rumah tu. Aku dengan anak anak tu kategori bebudak. Sabo je kan..


Abaikan background bersepah :P
Nota kaki : Eh kenapa dah aku kena susah payah explain benda ni kat entry. Hehehe..

Daa

10 comments:

Irfa berkata... [Reply]

hahaha..sebenarnya aku pun tak paham kenapa ko kena explain.bab nikah kawen dan bermadu ni aku tak berani cakap lebih2 sbb hari depan kita tak tahu..hehe

Unknown berkata... [Reply]

hihiiii...
Setuju dgn Rai.. En.ayah kan sblm kawin lagi nak ckp ttg madu nih! hukhuk.. memula angin jugak. Tp bila dah kawen kita akan faham sendiri.. En.ayah masih mcm shujin Rai... mengaku tak mampu lagi hikhikhik..

Aih! tetiba plak tak rajin nak komen kat google++ tuh!

Done klik maxis :D

sal ya berkata... [Reply]

sama la macam husben akak ni. srg pun tak terlayan tak mampu nak tambah lagi.

Unknown berkata... [Reply]

Teringat kata2 sorang teman..aku izinkan laki aku kawin lagi satu..dengan syarat..pompuan tu mesti secantik Aiswariya Rai..pelakon hindustan yg cun melecun tu..tak boleh kurang!!!

Aziela berkata... [Reply]

Akak pernah memberi izin pada hubby, walaupun dia tak pernah buat hal lagi setakat nie. Cuma, madu akak patutnya boleh cover segala kekurangan akak. Kalau less, nahas dia. So, sampai sekarang x der, adakah itu bermaksud akak perfect di mata dia setakat ini? Kui..kui..kui...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

amboi...seriously?? hahaha

Dr K berkata... [Reply]

Org kata...bukan saya kata...bahawa "lelaki ni, jenis yang senyap senyap...tak heboh2 gebang cakap nak kawin 2...jenis ni la yg paling ramai berpoligami"...~hahaha

Irfa berkata... [Reply]

ye..setuju dgn DZ
yang diam tu kena risau..yg pung pang2 tu selalunya tin kosong je

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

buat entry supaya org lebih paham maksud kita.. :-)

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

oppsss..rai...bagusnya Rai..akak takut nk sebut..takut jgk xtrbwk dgn hati yg penuh redha bab2 mcm ni..apepun,untung Rai dpt yg sebaik shujin :) alhamdulillah :)
p/s * mr papapapito punya mak org bachok kt sbelah beris ,tau :) dekat jekn ngan Gunong :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com