Jumaat

Dilema lelaki

Assalamualaikum

Eh..bukan aku yang dilema.. Jauh sekali aku adalah lelaki. Walau pun ramai Anon dan pembaca senyap Ourkizuna yang rupa rupanya ingat aku laki. Kasar sangat ke bahasa aku eh. Hehehe..

Ni pemerhatian aku la kan. 

Banyak kisah rumahtangga yang aku baca dan dengar pasal lelaki main kayu tiga pasang lain dan berkahwin tanpa restu isteri pertama. Biasanya la kan. Sama ada lelaki tu berakhir dengan bercerai atau tidak dengan isteri pertamanya, dia memang akan hadapi macam macam masalah dalam hidup dia. Senang kata hidup tak senang lah.

Paling banyak.. Hadapi masalah kewangan. Ada yang ada pulak masalah dengan pasangan baru.

Madu ni je yang ada kat rumah, campur dengan lime juice dan air suam. Ubat batuk untuk Damia
Maklumlah kan.. sebelum kahwin janji bulan bintang. Bila dah kahwin, habuk pun tarak. Kalau isteri muda tu maunya nak bersusah payah bersama. Biasanya cuma kejar keduitannya je. Tapi keduitan pun sangap acane..?

Pesanan aku buat kaum lelaki.

Islam benarkan orang lelaki kahwin 2-3-4 dengan bersyarat. Bukan asal macam mampu duit je da boleh. Banyak lagi unsur lain. Dan kalau pun rasa mampu sangat pun, jangan la sampai menganiaya isteri yang pertama tu. Allah kalau dia nak balas kat dunia ni, cepat je. Tu baru balasan dunia. Balasan akhirat? Mampu ke?

Rasulullah kahwin lebih dari satu pun selepas kewafatan Saidatina Khadijah. :)

Nota kaki : Eh kenapa ek aku tetiba buat entry madu maduan ni.. Kikiki..

Daa

15 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Macam ada yang tersirat je tu... :)

Unknown berkata... [Reply]

haha..takde la kakcik..semalam membaca baca entry orang lain terpk nak buat entry ni.. ramai yg saya jumpa dan kenal kes macam ni.. insya allah..bukan saya :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

kata sayang..tapi kenapa sanggup melukakan hati isteri yg tak rela berkongsi?

lain UAI, mmg isteri pertama yg soh kawin lagi dan siap carikan..^__^

Dr K berkata... [Reply]

Memang ada lelaki yg guna point poligami sebagai sunnah, sebab nak penuhi nafsu sendiri..hihihi..

Pun begitu, nasihat saya kepada kita semua, tak perlu terlalu membenci sesuatu yg memang dihalalkan oleh agama..Sebab perbincangan melibatkan isu macam poligami ni, kalau dilihat, kadangkala terlalu menurut kan rasa amarah sampai ada yg terlanjur/terbabas bercakap/menulis..mempertikaikan sesuatu yg halal..kenapa ianya halal. Wallahualam

Unknown berkata... [Reply]

Ujie,
hmm..susah nak dijawab..cuma mereka yang berkenaan yang tau jawapannya..

DaddyZiyyad,
Memang ada. dan ramai yang begitu :)

Personally saya tak kisah, benda halal kan..:D . Asalkan lelaki tu mampu tunaikan tanggungjawab dgn adil. Cuma yang saya nak tekankan..ramai yg aniaya isteri pertama..

Unknown berkata... [Reply]

lain macam je entry kak rai ni..madu?ehemm..hehe..

sisdee berkata... [Reply]

Ptut yg nk kawin lbh cri yg ssh n niat nk bntu..tpi penuhkn ilmu kt dada..klu yg 1 nk bgi mkn pn ssh..emmm hihi

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

btl tu...sangat setuju...bukan mampu dr segi kewangan jew...dalam segala hal pown perlu mampu....klu nak bina kebahagiaan pown, jangan sampai melukakan orang laen...huhuhu....

kay_are berkata... [Reply]

tak pernah lagi terpikir nak bermadu ni.. memang harapnye tak kan r ade terpikir macam tu.. rase sorang pun cukup dah.. tapi masalahnye sorang pun belum lagi ni.. cakap macam dah kawin lak kan =P

Irfa berkata... [Reply]

rai..bab madu-maduan ni 44 hari 44 malam pun diulas takkan habis.senang citer..kalau nak buat tu dia buat je tak pk panjang dah ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

len mcm aje n3 ni rai !

sal ya berkata... [Reply]

sekarang ni bkn setakat suami je. isteri pun dah sama naik. tapi masalahnya pulak kalau suami tu halal la sebab ada kuota kan. masalah si isteri tu mmg ke nera... la jawabnya. adehhh...

mummY daniSha berkata... [Reply]

madu benda yg halal...ganjaran payung emas...tp ada syarat2 nye...nabi kita kawen 4 pun sebab niat utk membantu....bukan ikut nafsu =)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

selalunya begitu la..dpt yg baru yg lama ni dibuang2...tp bila sakit merengkot, yg lama jgk dicari...time tu anak2 pun dah naik meluat..

lelaki patut kena pk lebih jauh..
atas sbb apa nk bermadu tu? kalau sbb nafsu duniawi, mcm tu la jadi..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

baca entry ni tiba2 ada plak petua batuk.. hihii

mmg tgh batuk sampai tahap sakit kerongkong dah ni pun.. hihii

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com