Rabu

Idea saja

Assalamualaikum

Anak-anak memang suka sangat menonton cerita Despicable Me. Tengok berulang kali pun tak jemu. Mak bapak yang jemu sampai da hafal dialog. Awal tahun aritu pulak dah keluar preview untuk Despicable Me 2 dengan si makhluk comel warna kuning bulat bulat bujur yang dipanggil minion menyanyikan lagu potato banana. Serius comel sangat. Aku pun tak jemu tengok. Ibu ibu boleh search kat Youtube Despicable Me 2 (lagu banana potato..comel gilaaaa..)

So..apesal tetiba aku cerita pasal Despicable Me ni. Sebenarnya dalam cerita ni ada tiga orang adik beradik anak yatim yang tinggal kat rumah anak yatim. Menurut husband trend biasa kat negara omputeh. Rumah anak yatim ke girl scout ke, diorang biasanya akan buat jualan amal. Jual cookies, coklat ke kawasan kejiranan tempat tinggal diorang tu. 

Baru baru ni aku terbaca satu blog yang menceritakan pengalaman dia dengan ahli keluarga pergi buat lawatan amal ke sebuah rumah anak yatim di Banting. (serius aku lupa blog siapa, kalau tuan blog tu terperasan komen sini ya supaya aku boleh link kan post tersebut kat sini untuk rujukan umum) Apa yang aku ingat dia tulis adalah, budak lelaki tidur atas tilam je. Takde bilik takde katil bagai. Lepas tu nak solat pun alas dengan kain je. Tak cukup sejadah. Ada jugak yang tak cukup alas, terpaksa solat atas lantai je tak beralas. Selain dari tu, keperluan harian pun kadang-kadang tak mencukupi. Spender pun kadang-kadang terpaksa berkongsi.

Sedih kan.

Kat Malaysia ni tak semua rumah anak yatim dapat bantuan rasanya. Ada yang sendirian berhad, tapi tak cukup dana untuk manage dan maintain. Sebab tu kadang-kadang kesian sebab jadi tak selesa kat anak-anak tu. Cadangan aku adalah, apa kata rumah-rumah anak yatim sendirian berhad ni buat jualan makanan macam cookies, roti, puding.. Bekalkan ke kedai kedai runcit atau buat jualan amal masa hujung minggu. Tak salah kutip derma. Tak salah jual produk ubat kuat, tapi bukan semua orang makan ubat kuat. Tapi rata-rata kita setuju kalau kata rakyat Malaysia ni suka makan cookies, puding dan sebagainya. 

Nak raya contohnya. Buat la biskut raya. Tapi jangan sampai mengganggu masa belajar mereka yang bersekolah. Cuti sekolah boleh dimanfaatkan dengan baik. Shujin pernah cerita kat aku, dia pernah pergi ikut badan amal menghantar pakaian dan keperluan kepada rumah anak yatim. Ada antara anak anak ni yang kata "eleh..balik balik hantar baju..bagi la duit ke"..

Aku rasa ini lebih baik lagi dari hantar budak budak tu pergi mintak derma merata rata. Tapi jangan la pergi buat jualan kat tempat jauh jauh melainkan melalui apa-apa event. Buat kat kawasan kejiranan yang biasanya tau kewujudan rumah anak yatim tu. Selain dari dapat pendapatan sikit sikit boleh bagi anak-anak tu pendidikan pasal perniagaan.

Mungkin pengetahun tu akan berguna bila diorang dah keluar dari rumah tersebut.

Pandangan aku je. Nak tidur semalam tetiba terfikir pasal ni.

Daa

10 comments:

Unknown berkata... [Reply]

betul juga. Setuju dengan Rai daripada suruh mereka kutip derma sampai jauh2 kadang tu. Di BP ni saja, selalu jumpa anak2 kutip derma, bila tanya katanya dari sekolah anak yatim di Kedah. Jauh tu mereka merantau nak kutip derma, kalau buat jualan macam tu di kawasan kejiranan lagi bagus kan.

Cikgu Ma berkata... [Reply]

tak penah tau pun citer tu...hihi

selamat hari raya..maaf zahir dan batin =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

Unknown berkata... [Reply]

sungguh tu.. mm tapi tetap kesian kat depa yg tpaksa mendapatkan derma dan menjual macam2.. :(

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Dh tgk video clip,tu....kiut..hehehe...ntah la..rietta xtawsgt pasal umah ank yatim tu...yg dekat dekat ngn rietta, rietta taw lew..

Unknown berkata... [Reply]

Aslm. Kdgkala ku tgk tv cite anak yatim ni..wat airmataku mengalir je..huhuhu..sori lama x blogwalking..keje skrg amat2 limited tuk blogging..hrni bos da start cuti, anak buah mula2 beraya..hehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon maaf diatas keterlanjuran kata2 tanpa iela sedari ye.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul tu kekadang ada juga anak2 yatim ni yg boleh ckp mcm tu kan tapi kita x boleh nak ckp apa hanya itu je yg mampu kita hulurkan dari mereka meminta2 di tepi jalan lagi x elok...:)

Bitt (double IS) berkata... [Reply]

setuju sangat!!!!! brilliant idea!!!

Munn Jaafar berkata... [Reply]

betul jgk kan?? boleh la diusulkan ni kak rai

BERT berkata... [Reply]

idea yg bagus.. kesian tgk budak2 pegi mintak derma tu.. gunakan budak tuk raih simpati.. baik buat jualan amal di kwwasan sndri.. :)

selamat hari raya kak rai.. maaf zahir batin yaa :))

Dr K berkata... [Reply]

Kita wajar beri mereka skill, kalau mereka tak maju dalam pendidikan..Sebab anak2 yatim ni akan membesar juga suatu hari nanti

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com