Selasa

Killer veggies - shiny, fresh and toxic

Assalamualaikum
Cewah..Tajuk english kak jah. Sori la. Mi spik no inglish. Manglish aku tahu ler. Tapi tajuk ni adalah salah satu topik dalam seminar dua hari yang aku join aritu.

Masa aku kecik dulu mak aku pesan, kalau sayur lubang-lubang tu bagus sebab ulat makan maksudnya takde racun serangga. Masa tu aku fikir gak, kenapa la nak makan bekas ulat. Hehehe..Dah besar ni applicable lagi ke ek semua  tu. Lagi pun sayur yang beli kat pasar daunnya elok je. Cantik dan segar.


Menurut kajian, setiap hari ada 50% chances kita makan racun melalui sayur-sayuran yang kita makan. Ini kerana zaman sekarang kalau nak beli sayur organik mahal bukan main. Padahal sayur organik bukan ada kena modal baja kimia atau pun racun serangga pun. Tapi yang organik lebih mahal. Kadang-kadang sampai 2-3 kali ganda dari yang biasa. Tu pun entah ye entah tidak betul-betul organik. Bukan semua penjual tunjuk ada certification. Yang ada tu ada lah. Yang tak ada pun banyak. Lebih kurang macam sijil halal lah kan..

Yang terbaik adalah tanam sendiri sayur dan jangan gunakan bahan kimia untuk membaja dan meracun. Tapi kalau dah tinggal kat angkasa macam aku macam mana gayanya nak tanam sayur kan. Aku tanam serai dalam pasu pun asyik mati je. Geram betul.

Macam mana kita basuh sayur sayuran? Nak basuh sayur ni tricky sikit sebab kalau terlebih basuh vitamin B dan C dalam sayur akan hanyut dalam air. Kalau kurang sangat basuh pulak, kesan racun serangga mungkin akan tertinggal dan dimakan tanpa kita sedari. Kalau nak basuh sayur jangan kerat dulu, basuh bersih-bersih dulu, kemudian baru dipotong. Aku basuh sayur dengan sabun cuci pinggan aku. Tapi aku takde la guna sabun sunlight. Aku guna sabun basuh pinggan organik yang selamat kalau nak minum pun. Cuma aku tak minum la.

Sayur, buah semuanya aku cuci dengan sabun dulu sebelum dimasak. Aku rasa sekarang dah banyak dijual sabun untuk cuci sayur kat pasaraya.

Aku rasa sejak aku rajin mengattendkan diri ke seminar ni, aku ada lebih banyak awareness pasal benda-benda yang macam ni. Kalau dulu aku basuh sayur pun guna air. Lebih kurang je. Maklumlah herbisid, pestisid ni bukan nampak pun. Ada ngan tak ada sama je. Tapi sekarang ni dari segala segi aku nak ambik tahu.

Mungkin pada sesetengah orang, susah payah je nak kaji pasal penapis air. Susah payah je nak pilih produk yang mesra alam. Dah la biasanya lebih mahal. Tak jauh beza pun dari yang biasa guna.

Entah kenapa sekarang aku rasa jauh gila beza. Kalau dulu syok pakai sunlight sebab banyak buih. Sekarang kalau aku pakai sunlight ke sabun Glo ke rasa tapak tangan kering, kasar. Macam hampeh kan. Tapi dari dalam diri aku, aku rasa aku jauh lebih baik dari dulu. Walau pun mungkin orang lain tak nampak macam tu.

Minggu ni ada 3 kelas malam dan satu talk berkaitan dengan weight management aku nak attend. Doakan aku dapat ilmu yang baik untuk dikongsikan dengan semua. Insya allah.

Nota kaki : Eh..tapi jangan jadikan ni alasan untuk taknak makan sayur ya..sayur sangat sangat super penting dalam diet kita. Kalau boleh makan 5 warna sayuran - Hijau, oren, merah, ungu dan putih. Sebab setiap satu ada kepentingan berbeza. Sekarang mungkin tak rasa. Nanti dah masuk umur evergreen baru sedar pentingnya diet seimbang.

Daa

19 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

tini x suke sayur, hubby pulak x boleh xde sayur. huhu..so since kawen ni baru lah masak ada sayur. kalau xde nt hubby bising.

baru 1st time tau sayur boleh dibasuh gune sabun. dan betullah, tini pn basuh sayur cincai2 je. aduiii...

alamak~ tini pengguna sunlight. sunlight x ok ke?

Kancil 8349 berkata... [Reply]

info yang menarik...selain itu ia melicinkan kumbahan di dalam perut kita

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini,husband saya pun suka sayur..cuma tak suka batang sayur..saya la yg kena makan..hehe..

skang ni kalau pegi kat k4 ke ada je jual pencuci sayur tu..

eh..tak tak..bukan sunlight tak ok..sunlight ok je..tangan saya je ngade tak nak pakai sunlight.. hahaha..lg pun saya pakai pencuci pinggan yg boleh guna buat basuh sayur..kira cam dua dalam satu la..tak payah beli 2 benda..

Unknown berkata... [Reply]

@Kancil 8349, betul tu.. senang nak membuang nanti..

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

wow....info yang bagus...lagi2 bole basuh sayur ngan buah pakai sabun...nak jugak carik pasni

Irfa berkata... [Reply]

sejak dah tua ni suka makan sayur.
hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@liemaopurut, carik jangan tak carik..jom jadi lebih sihat..

Unknown berkata... [Reply]

@HappyIrfa, aku pun..sayur aku tak suka cuma sayur kacang panjang.. lain semua ok..hehehe..

Anamarza berkata... [Reply]

kekadang kita tahu tapi masih buat mcm tak tahu apa2...

mmg elok tanam sayur sendiri, tapi kan klau tak kena gaya tak hidup sayur yg di tanam.. cam kitaorg ni la, tanam sawi tak hidup tanam lada pun tak tumbuh gak, yg menjadinya pokok tomato dah berbunga tak lama nanti merasa la tomato sendiri

syuxer berkata... [Reply]

rajinnya akak gi seminar pasal ilmu kesihatan ye..dah boleh boleh wat buku untuk arkibkan pe yang akak dengar,lihat dalam seminar tuh..nanti boleh jual balik kongsi pengalaman melalui buku..

sayur tuh syuk memang tak makan kalau digoreng kat mana2 kedai makan...syuk better makan sayur yang ditanam je..lebih selamat heheh..ulam2 tuh sayur2an gak kan?

aamalinaazman berkata... [Reply]

=]
weee
sebb tu mak selalu basuh sayur dgn garam
nak mati kan koman
hehehehee

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, betul tu..selagi tak ada apa2 berlaku..memang tak buat apa2 biasanya..hehehe..

kitorg pun tanam2 tak hidup..ok la tu dapat merasa tomato..

Unknown berkata... [Reply]

@Syuxer, hehehe..akak bukan pandai sangat nak menulis.. kongsi kat blog macam ni je lah..

betul..makan kat kedai ni pun tak terjamin kebersihannya..lebih baik makan yg dimasak sendiri..

Unknown berkata... [Reply]

@aimie amalina, bagus mak aimie..aimie tolong masak tak =)

Unknown berkata... [Reply]

pernah beli produk CNI khusus untuk cuci sayur je..hehee bukan sabun la..nanti bau sabun pulak sayur tu

emarieys berkata... [Reply]

info baik untuk semua

Unknown berkata... [Reply]

@Bro ahmad, betul..banyak je produk jualan langsung yg boleh guna buat basuh sayur..pilih je mana nak..CNI,cosway,amway..

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, thanks =)

PinKy MoMMa berkata... [Reply]

biasanyer rendam dulu dalam piok atau bekas slama beberapa minit..tak pernah lagi cuba pakai sabun hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com