Jumaat

Vitamin C VS Paracetamol

Family sebelah mak aku memang ada masalah resdung. Dalam adik beradik paling teruk along yang kedua akak aku yang no tiga. Aku ada jugak sipi-sipi. Selalunya kalau aku kena selesema confirm berminggu-minggu baru nak baik. Itu pun setelah hidung aku bau macam sampah.

Sejak dua menjak ni kawasan rumah aku ni memang berjerebu. Aku pulak kurang sikit minum air. Elok sangat la tu. So semalam da mula ada simptom-simptom nak kena selesema. So dengan pantas malam tadi aku makan vitamin C extra dose. Sebelum ni memang aku ada standby je ubat selesema. Rasa gatal-gatal sikit kat tekak je aku terus makan. Mula-mula ok la berkesan. Sekarang kalau aku makan ubat selesema tu mengantuk pun tak. Makan panadol pun takde kesan da sekarang ni.

Bila aku start kenal vitamin C ni aku da stop ambik ubat selesema. Aku tak nafikan kadang-kadang bila sakit ni makan ubat cepat je baiknya. Kalau makan vitamin ke takde la serta merta rasa perubahannya. Contoh kalau ada insomnia. Makan ubat tidur terus lelap 8-12 jam. Tapi kalau ambik calcium magnesium beberapa kali ambik baru nampak kesannya. Tapi jangan tak tau. Lepas satu peringkat pengambilan ubatan takkan beri kesan sebab sistem badan dah mangli dengan ubat tu. Tapi kesan akan jadi lebih baik kalau ambik vitamin secara berterusan.



Mungkin sebab aku da terlalu banyak makan pil selesema sebab tu da takde kesan mengantuk da kat aku. Sekarang memang aku lebih selesa makan vitamin C je bila selesema. Ditambah lagi dengan status aku sebagai hepatitis B carrier yang active. Kenalah berhati-hati menjaga hati dan buah pinggang ku. Nak guna lama lagi nih..Hehe..

4 comments:

syuxer berkata... [Reply]

saya pun ada resdung x boleh makan sambal belacan.:(..tapi saya minat ngat sambal neh..

Unknown berkata... [Reply]

sambal belacan peberet tuhhh...resdung patutnya elok makan garlic banyak2..tapi tak daya lah.. rasanya tu adess..

Nini Hartini berkata... [Reply]

hidung bau longkang? hidung bau busuk ye kak?

tini pn ada kdg2 kt hidung blh bau busuk sgt.. tp suruh suami bau, dia x bau pula. tu resdung agaknya eh?

Heart In A Cage

.

Unknown berkata... [Reply]

aah..bila bernafas kadang2 ada bau busuk satu macam dalam rongga hidung..tapi org lain mmg tak bau biasanya..

biasanya resdung macam tu.. gatal tak hidung bila makan belacan ke.. budu ke..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com