Isnin

Sambutan Hari Bapa

Seperti biasa aku memang tak pandai nak celebrate celebrate benda ni. Masa mother's day pun goshujin sama (encik somi) tak wish pon kat aku. So aku pon saja-saja malas nak wish kat dia. Kebetulan pulak semalam kami ke konsert (tinggal anak-anak dengan baby sitter di rumah for the first time..hihi) So adalah diorang wish kat bapa-bapa. Hampeh gilaaa... Aku pun bagi dia quick peck kat pipi dan ucap selamat hari bapa dengan hati separuh ikhlas.. Hahahaha...

Tu pun lepas dia buat ayat separuh merajuk kata semua org dapat wish. Chaitt.. Lepas wish aku pon kata, alaaa masa mother's day pun aku bukan ada dapat wish ke apa ke..Jahatnya aku..

Tapi aku memang ada buat mango cheesecake. Padahal aku yg lebih2 teringin nak makan..bukan utk father's day pon..Tapi aku kata la..Ni aku buat cheese cake utk celebrate father's day nih. Ucapan dihujungnya adalah seperti berikut

"Ye la..masa mother's day kita bukan ada buat apa ponnn" sambil aku tersenyum meleret membiarkan goshujin sama dijangkiti perasaan bersalah. Hahahaaa..

Konsert yang aku tengok semalam bukan konsert apa pon. Ada cultural dance dengan si penyanyi AF tu..ape ke dah nama dia..yang nyangi lagu sambil melompat2 menari bagai tu. aaaa.........Ah..Stacy..Lagunya quite catchy. So ok lah. Takde la rugi spend RM35 sebab dapat Tshirt dan ilmu bagai kan..

Aku cakap kat goshujin sama. Bagus jugak sesekali tinggalkan anak keluar berduaan begitu. Tapi dalam hati aku tak abis-abis risaukan mereka. Takut tak cukup makan la apa la. Nasib baik dapat baby sitter yang boleh diharap.

**Baby sitter kami lelaki tau. Budak baru abis skola..Hehehe..

6 comments:

Unknown berkata... [Reply]

bestlah dapat kuar gi dating berdua..bilalah giliran kami agaknya...hehehe

Unknown berkata... [Reply]

soon ila..soon..insya allah.. faiz pun da makin besar kan..

Nini Hartini berkata... [Reply]

best kan dpt perli suami dan buat dia rasa bersalah. haha...tini pun suke buat mcm tu. kehkehkeh...

Unknown berkata... [Reply]

tu lah..dia pun sama tau..suka buat saya rasa bersalah camtu.. buat mango cheese cake tu kurang menjadi sebenarnya..tak berapa mengeras..dia duk perli2 bagai.. geram betul!!

Irfa berkata... [Reply]

hahaha..'jahatnya kamu'lagu stacy.

babysitter lelaki?wow..hebat

Unknown berkata... [Reply]

haha..balas dendam!! :P

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com