Selasa

Yang anda perlu tahu tentang C

Apa itu Vitamin C





Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan sejenis vitamin larut air. Ini bermakna ia tidak boleh disimpan oleh badan manusia dan perlu sentiasa diambil bagi mengekalkan fungsi tubuh pada tahap optimum. Vitamin C adalah vitamin yang paling tak stabil berbanding semua jenis vitamin dan sangat sensitif pada oksigen (mudah teroksida). Ini bermakna Vitamin C akan lenyap apabila didedahkan pada cahaya ataupun udara.


Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang.  Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.


Bagaimana C membantu?


Vitamin C memainkan peranan dalam penyembuhan luka dan melecur. Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan jaringan tisu pada bekas luka. Selain itu, ia juga membantu membentuk sel darah merah dan mencegah pendarahan. Vitamin C juga menghalang jangkitan bakteria dan membantu mengurangkan risiko alergi kepada tubuh badan. Oleh kerana itu, Vitamin C sering digunakan untuk menghalang dan mengubati jangkitan selesema.


Vitamin C dalam jumlah yang besar turut didapati dalam kelenjar adrenal dan vitamin ini adalah sangat perlu dalam pembentukan adrenalin. Adrenalin adalah sejenis hormon yang membuatkan kita bertindak dalam apa juga situasi. Dalam keadaan yang tertekan, tahap penggunaan vitamin C akan meningkat. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan perlu diambil sentiasa bagi mereka yang sering berada dalam keadaan yang tertekan. Ini penting bagi membolehkan seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dan mengikut tatasusila manusia. Mungkin orang sekarang tak cukup vitamin C agaknya. Sebab tu la ramai yang bertindak ganas dan kejam.


Manfaat daripada pengambilan vitamin C adalah terlalu banyak. Tahu tak bahawa Vitamin C juga sebenarnya mengambil peranan dalam pembentukan dan susunan gigi dan tulang serta melindungi dentin dan juga pulpa gigi.

Apabila seseorang mendapat Vitamin C yang mencukupi, cecair pelincir pada sendi-sendi menjadi lebih tipis dan membolehkan pergerakan bebas. Oleh itu, pesakit yang diserang arthritic mendapati kesakitan akan berkurang apabila mereka mengambil Vitamin C.


Ia juga adalah nutrient yang penting dalam mengubati luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan. Vitamin C juga dikatakan menurunkan kolestrol dalam darah pesakit yang mengalami arteriosclerosis.


Dengan pertambahan umur, lebih banyak Vitamin C yang diperlukan kerana lebih banyak Vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kalau cukup vitamin C kulit pun lambat berkedut. Tak payah gaduh nak suntik-suntik kolagen. Selain tu, bila kita makin tua, kelenjar seks (ada ek?) memerlukan lebih banyak Vitamin C, kalau Vitamin C yang kita consume tak cukup, dia akan ambil dari tisu-tisu lain. So tisu-tisu tu sendiri akan kekurangan Vitamin C dan mula terdedah kepada jangkitan penyakit.


Kalau kita ambil Vitamin C yang cukup untuk memenuhi tisu, ia akan masuk ke dalam sel di mana virus yang dorman duduk dan musnahkan virus tu. Termasuklah merangsang sistem imun bagi membolehkan tubuh manusia menahan sebarang jangkitan penyakit termasuk kanser. Terdapat individu yang diserang kanser dilaportkan mengambil 10gram Vitamin C setiap hari dan berjaya sembuh darinya. Sesetengahnya tidak sembuh 100% tetapi hidup 4 kali lebih lama dari kumpulan individu yang tidak menjalani terapi Vitamin C.

Koloni bakteria
Vitamin C meningkatkan daya ketahanan tubuh manusia, bekerja melawan bakteria, termasuk bakteria tuberculosis, diptheria, tetanus,staphylococcus dan demam. Banyak sungguh keperluan Vitamin C dalam tubuh manusia ni kan.

Lain kali sambung pulak pasal berapa banyak Vitamin C yang dikatakan cukup untuk seseorang. Sebab, setiap individu berbeza. So keperluannya pun berbeza.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com