Jumaat

Jeless~

Cemburu pada benda yang baik tak mengapa kan..hehehe..Aku jeles pada ibu-ibu diluar sana yang sangat rajin masak menu yang pelbagai setiap hari menu berbeza. Kemudian siap ada deco2 bagai utk snap gambar tempek dalam blog. Aku takde la malas sangat..hehe.. kadang-kadang suami yang masak, aku uruskan anak-anak. Tapi even masa aku yang masak pun aku takde la rajin nak deco2 utk snap gambar ni. Menu pun simple sesimple simplenya..So aku sangat jeles pada ibu-ibu yang bekerja dan tak bekerja yang terlebih rajin dari aku..

Antara blog masak memasak kegilaan aku sekarang adalah >> Masam Manis

Dan aku pun selamat mencuba resepi kuih apam gula melaka dari blog tersebut. Sorry la tak sempat snap gambar sbb masing2 sibuk nak merasa. Hehehe..sedap betul apam tu. Walau pun aku bukan penggemar apam tapi since cara buatnya yang mudah tu aku teruja la nak mencuba. Kebetulan bahan-bahan pun mencukupi kat rumah. Siap husband kata "kenapa buat sikit sangat.." hehehe..takpe.. lain kali boleh buat lagi..

Resepinya boleh dapat kat SINI

APAM GULA MELAKA
Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )
125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak

Cara-cara
Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
 
Selamat mencuba~
 
Alamak..entry jeles jadi entry sharing resepi pulak..hehehe..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com