Sabtu

At last hihi.

At last aku berjaya merajinkan diri upload gambar anak-anak. Hehehe..
Muhammad Aqil Mubarak
Nama saya Aqil Mubarak. Ibu panggil saya Aqil atau Mubarak. Kadang-kadang ibu panggil abang atau pun Muhammad. Tak kisah la mana-mana pun. Semuanya nama saya. Saya da 2 tahun 6 bulan semalam. Saya masih minum susu ibu. Saya dengar ibu dengan ayah nak berentikan saya dari minum susu ibu. Saya minum buat tak tau je. Saya ada sorang adik perempuan yang comel dan peramah. Saya sayang adik saya. Kitorg selalu main sekali. Kadang-kadang saya tumbuk dia, kadang-kadang dia gigit saya. Saya suka sayur macam eyet (carrot), emun (timun) dan ashang (kacang). Ayah saya suka bacakan buku cerita pada saya. Saya suka cerita bobot asher (Robot Racer) Oh..saya ada satu rahsia..saya takut air. Bila air kena muka je saya menangis. Jangan kasitau orang lain tau. Hihi..Babai

Nurul Atiqah Damia
Hai. Nama saya Nurul Atiqah Damia. Saya 9 bulan. Ibu saya panggil saya ikut suka dia nak panggil nama yang mana satu. Abang panggil saya Atitohh. Sejak dia pandai sebut "k" ni dia panggil saya Tikohh. Hobi saya sepahkan majalah ibu. Abang selalu tolong saya sepahkan majalah ibu. Kalau saya bosan saya guling-guling atas ayah. Bila bangun dari tidur saya terus kejutkan abang. Saya suka senyum. Jatuh pun saya senyum je. Saya dah pandai berdiri. Gigi pun da empat batang. Apa orang lain makan semua saya nak makan. Apa orang lain tak makan pun saya makan. 2-3 hari lepas saya baru makan duit syiling sepuluh sen. Nak tercekik ibu dengar, doktor pun tak boleh buat apa dah. Malam tadi pulak saya mandi tepung ubi kayu dengan abang. Seronokkk tauuu...Patah pinggang ibu saya mengemaskan tepung yang melekat di sana sini. Hihi..sori ibu.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com