Selasa

Vitamin C : Penyerapan dan Dos yang diperlukan

Sejauh mana Vitamin C dapat diserap oleh tubuh?


Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.



Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, Vitamin C merupakan vitamin yang digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Oleh itu, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, ia akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat. Manusia, beruk dan guinea pigs adalah antara makhluk yang tidak menghasilkan Vitamin C nya sendiri, oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C melalui pemakanan sehari-hari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.


Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari


Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari.


"The RDA (U. S. government Recommended Daily Allowance) is the nutritional equivalent of the minimum wage."
- Dr. Joel Evans ;The Center for Women's Health

"The medical profession itself took a very narrow and very wrong view. Lack of ascorbic acid caused scurvy, so if there was no scurvy there was no lack of ascorbic acid. Nothing could be clearer than this. The only trouble was that scurvy is not a first symptom of a lack but a final collapse, a premortal syndrome and there is a very wide gap between scurvy and full health. "
- Albert Szent-Gyorgyi ; Nobel-prize winner for his discovery of vitamin C


Vitamin C menjana penghasilan hormon adrenalin ketika stress

Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.

Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.


Sebiji buah kiwi mengandungi hampir 2 kali ganda jumlah vitamin C yang dicadangkan oleh RDA. Tetapi adakah vitamin C yang terkandung dalam sebiji buah kiwi dapat menampung keperluan vitamin C seharian kita bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Ramai pakar nutrisi bersetuju bahawa keperluan Vitamin C bagi seorang individu sepatutnya bukan ditentukan dengan ketiadaan penyakit skurvi, tetapi jumlah yang dapat mengekalkan kesihatan seseorang pada tahap paling optimum.


Selepas ini, kita lihat pula antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C ;)

4 comments:

Unknown berkata... [Reply]

maklumat yg bagus, I makan vit c untuk pembentukkan kolagen dalam badan, love so much.......

I take 4 tablets/day
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=451909744948021&set=a.358007897671540.1073741833.100003869976322&type=3&theater

Unknown berkata... [Reply]

diana pun jenis makan vitamin c. anak-anak pun makan..en huby je ngelat nak makan. yelah..en huby ni heavy smoking. kalo die mkn vit c harus kene amik dose tingii skit. yelah dah abis kene serap dek rokok. yg anak-anak pulak..siap kene sorokkan vitamin c ni. kalo tak..sekejap je dah dok dalam mulut masing-masing..hihii..penangangn vitamin c. but truly memang bgus amalkan vit c ni.

Unknown berkata... [Reply]

great info. thanx yer

www.bidadarigojes.blogspot.com

Haidazura berkata... [Reply]

wah!!! bagusnye...info yang sangat menarik....sy pun mengamalkan vitamin C untuk kulit dan tubuh yang sihat^^

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com