Isnin

Berita sedih sebelum raya

Hari ni aku dikejutkan dengan berita sedih seorang kawan yang sama-sama belajar dulu. Isterinya yang sedang mengandung empat bulan telah dipanggil ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Dia pula berada di luar negara atas urusan kerjaya. 

Aku kenal jugak dengan arwah isterinya tu, junior aku jugak. Aku agak terkejut dengar berita tu. Ye lah. Bila orang yang kita kenal, walau pun tak rapat. tiba-tiba dapat tahu meninggal. Sayu aku membayangkan si suami yang ditinggalkan. Sudahla sepatutnya sedang bergembira menantikan saat kelahiran permata hati. Tak silap aku ni kali pertama mereka nak menyambut raya bersama. Suaminya sempat menghadiri majlis pengkebumian isterinya tapi masih lagi dalam keadaan terkejut setelah menerima berita tersebut.

Aku tahu semua yang kita miliki hari ni, suami, anak-anak, harta semuanya pinjaman dari Allah dan Dia berhak mengambilnya bila-bila masa sahaja. Tapi aku sangat takut nak menghadapinya. Walau pun aku tahu, kematian tu pasti dan tak ada makhluk yang akan dapat lari darinya, tapi aku rasa yang aku belum sedia menghadapi kehilangan orang-orang yang aku sayang. Dan aku sendiri tak pasti sama ada aku dah bersedia nak menghadapi hari kematian aku sendiri atau tak. Banyak sungguh dosa tak kira dosa kecik ke dosa besar yang aku dah lakukan.

Aku harap suaminya, kawan aku tu tabah menghadapi dugaan Allah. Semoga roh arwah Raihana aman dan sentiasa dicucuri rahmatnya. Dan semoga aku mengambil iktibar dari kematian arwah. Amin.

2 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

semoga sahabat Rai tu kekal tabah menghadapi ujian dari Nya. Amin..

Unknown berkata... [Reply]

Hi Pinky Angel,

Selamat hari raya.Saya pun harap dan doakan macam tu untuk dia.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com