Ahad

cuti panjang

Buat posting pun macam orang malas saja..hehe..Masih ada sikit2 aura raya harapnya. Lama tak memblog sebab PC rosak pulak. Sabar je lah. Nak cerita raya sikit. Raya kali ni kami beraya di Kelantan. Balik raya sehari sebelum raya. Ofis aku bagi half day cuti. So dari ofis tu terus bertolak ke Kelantan. Aku expect jalan sure jem gila. Rupanya lengang. Macam bukan nak raya pun. Hehehe.. Lori satu habuk pun takde. Clear je.

So, pukul 1 lebih bertolak dari Subang. Sampai rumah mak mertua aku pukul 9 lebih. Bukak puasa pun kat Kubang Kerian. Husband dengan adik ipar aku masak nasi daging sebelum bertolak. Sedappp. Sampai tu dah agak letih. So borak serba sedikit dengan mak mertua aku. Aku pun tido.

Raya kedua buat kenduri aqiqah untuk anak kedua aku Nurul Atiqah Damia. Kambing sekor. Aku tengok jugak la upacara penyembelihan masa petang raya pertama. Siap sempat ambik video lagi. Lepas tu, sedara mara husband tolong potong-potong dan masak. Sampai jauh malam jugak la diorang mengerjakan semua tu. Dagingnya tu buat separuh masak je sebab pagi raya kedua masak sekali lagi.

Raya kedua pun sangatla memenatkan. Takde la ramai tetamu yang datang tapi abang aku dengan family akak ipar aku yang duduk di Besut datang. Abang aku berkereta baru..hehehe..Raya ketiga dan seterusnya kitorang habiskan masa dengan jalan-jalan dan pegi pantai.Tak sabarnya nak tunggu hujung tahun. Hubby janji nak pegi bercuti. :)

Sepanjang cuti jugak la aku tak jenguk Ourkizuna's.. Mungkin sebab tu PC mogok agaknya.. hehehe..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com