Jumaat

Komplen untuk KTM

Aku teramat sakit hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini..Terutamanya syarikat KTM komuter. Duit nak..service macam hampeh..ingin saja aku sekeh-sekeh kepala mamat yang buat announce kat KL sentral semalam..Apa tidaknya..dengan selamba tanpa perasaan bersalah dia buat announce

"Please be informed, the train to Port Klang will be arrived as schedule at 7:03 pm"

As schedule apanya kalau train pukul 6:45 pm tak sampai..Apa dia lupa ke janji-janji manis KTM yang kata perkhidmatan komuter adalah setiap 20minit.. Sedangkan train tu sebenanya delay.. Apa la salahnya admit yang train tu delay..at least orang tak maki @ kutuk dia sebab dia menipu. Ini tidak..dosa menipu pun dapat..kena kutuk sebab train lambat pun dapat..

Aku pernah pegi ke beberapa buah negara "maju"..perkhidmatan pengangkutan awam mereka bukan setakat "ada"..tapi sangat bagus. Sebab pengangkutan awam ni kan tanggungjawab kerajaan..ambik untung sikit-sikit dah la..service kena excellent..bukan takat idup segan mati tak mau..mentang-mentang la kita ni rakyat marhaen...takde pilihan..nak kena guna jugak perkhidmatan yang disediakan..aii..saba je la labu..

sudahnya aku sampai rumah pukul 8 malam...kesian Aqil..ibu keluar gi keja hari gelap lagi..balik pun hari dah gelap..

2 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

aaa.. standard la tu kan? mcm manala mesia x jem.. org tanak nek public transport sbb tu la..

kem slm cobit pipi kat aqil!

acu aza damia berkata... [Reply]

Salam... Hurm.. mmg.. Public transport negara neh hampeh tahap gaban... pressure! especially utk kite2 yg ader baby kat nursery... Grrrrr...

Neway, meh la singgah blog i lak...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com