Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan

Selasa

Kecurian yang berleluasa

Assalamualaikum

Kawasan perumahan yang baru kami duduk sejak awal tahun 2015 ni sebenarnya agak jauh dari jalan utama. Memang kampung. Jalan pun kecik je, tapi bumper banyak kemahen. Stress la sebab kalau rushing tak boleh bawak laju laju. Tapi bagus lah kan untuk keselamatan.

Penduduk kat kawasan rumah aku tu tak ramai pun, 30 buah rumah. Satu lorong je. Belum semua rumah berpenghuni. Tapi lebih 50% dah mula didiami. Tak silap aku, shujin ada kata yang sejak February sampai Julai sahaja 15 kes kecurian dan cubaan mencuri dilaporkan. Termasuk sekali rumah kami masa minggu terakhir Ramadhan yang lepas.

Malam tu aku ngantuk gila. Henset pun lupa bawak masuk bilik. Kebetulan malam tu anak-anak tidur dalam bilik dengan aku. Syukur. Shujin pulak terlelap kat depan TV dengan lampu menyala.

Masa bangun nak sahur tu tak ada pun kesan dimasuki. Cuma barang make up aku bersepah sikit. Aku pun tanya anak-anak kot kalau diorang ada main. Dalam masa yang sama, macam rasa tak sedap hati. Aku suruh shujin check tingkap semua. Dia kata tak de apa. Aku pun kemas balik barang tu. Masa ni aku dah perasan, henset aku takde, tapi aku ingatkan aku misplaced. So biarlah dulu.

Bila nak pergi kerja, aku tengok beg kerja tak ada. Padahal aku sure aku bawak masuk rumah malam tu. Darah aku dah menyerbu ke muka sebab aku bawak balik document penting pasal kerja semalam. Entah macam mana, aku tergerak nak bukak pintu kat dapur. Rupa-rupanya barang dalam beg aku dah berterabur kat luar tu. Neat sangat tau dia buat kerja. Initially kitorang even tak perasan sebenarnya dia rentap tingkap dan buka pintu dari tingkap tu. 

Antara barang yang dikenalpasti hilang termasuk duit dalam wallet shujin dengan beg kerja aku. Ada beberapa puluh ringgit (dah perabih duit beli baju raya khen...) Dua utas jam tangan. Handphone aku. Alhamdulillah banyak barang lain lagi yang dah depan mata dia, tapi dia tak ambik. Segala kad selamat.

Yang paling trauma.. Shujin. Pada malam yang sama kejadian tu, dua buah rumah lain turut dimasuki. Satu berjaya ambik satu beg baju raya. Kesian gila. 2-3 hari je nak raya tau. Diorang dah packing nak balik kampung. Satu rumah lagi. Jiran kami. Masa cubaan masuk tu. Dia terjaga dan sergah pencuri tu. Tapi, yang lagi menakutkan. Pencuri tu tak lari pun. Dia jerit. Jiran depan rumah datang bawak parang, barulah pencuri tu lari. 

So, lepas kejadian. Shujin dan jiran kami tu sepakat berkawal malam. Tapi memang kesian. Sebab penduduk lain agak kurang sepakat. Takde jadual giliran. So, diorang berkawal berdua je dari tengah malam sampai 5 pagi. Demi keluarga. Siang memang macam zombie dah. Kami dah pasang alarm murahan untuk sementara. Setiap tingkap pasal cable tie, so kalau nak rentap tingkap dari luar tu memang almost impossible. Unless kalau dia pecahkan terus tingkap tu. 

Walau pun laporan polis dah dibuat, tapi macam biasalah. Polis pun banyak kes. Tak boleh nak tumpukan pada kawasan kami. Nak rondah pun susah jugak katanya. So, for time being.. Shujin berpakat dengan jiran yang sorang tu lah. Ajak yang lain, mostly takut mengantuk nak pergi kerja. Ada la 1-2 orang yang join kadang-kadang. Mostly lebih selesa duduk dalam rumah bergulung dalam selimut tebal di atas tilam empuk.

Sampai hari ni, aku takde henset lagi. No telefon semua lost. Gambar, video dengan voice anak anak paling aku sayang. Aku tak sedih takde henset sekarang. Sedih sebab video masa diorang kecik tu dah takde. 

Still... Aku syukur kami sekeluarga selamat. Kenangan boleh buat lagi kan..

Korang ada pengalaman rumah masuk pencuri masa ada dalam rumah..? 

Daa

Rabu

Malaysian Furniture & Furnishings Fair (MF3) 2014

Assalamualaikum

Last weekend, aku spend masa kat My Home Expo PICC. Minggu ni pulak aku ke Malaysian Furniture & Furnishings Fair  atau nama pendeknya MF3 kat IDCC Seksyen 15 Shah Alam.
Biasa lah kan.. Hujung hujung tahun ni ada macam macam jenis promosi dan jualan. Alhamdulillah kebetulan kami dapat kunci hujung tahun. So, ada lah peluang bandingkan harga melalui promosi macam ni. Tapi nasihat aku.. Pergi expo macam ni kena hati hati dan buat research serba sedikit. Jangan main jolok je. Cakap kat situ memang seronok je bunyinya. Nanti, display kat expo tak sama dengan actual punya barang. Sakit hati kita dibuatnya.

Aku pergi hari Jumaat lepas kerja. Since katanya ada sampai 500 exhibitor. So, aku takut nanti ramai orang. Dan kebetulan IDCC tu pun on the way nak balik rumah. Singgah je lah kejap sebelum diorang tutup pukul 8 malam tu. Hehehe..

 

Macam biasalah.. Sebelum masuk kena daftar dulu. Ni banyak jugak hadiah dan promosi oleh pihak penganjur sendiri. Aku tengokkan je. Hehehe


katil budak.. tiga ribu lebih tuu T_T.. Tengok tu punya lah buas si Aisy. Tengah berusaha nak naik. Nampak bontot je tu..

Belek display kitchen cabinet
Actually kitorang takde la nak cari banyak benda pun. Kontraktor yang guna sekarang dah bagi harga yang sangat berpatutan dan kerjanya pun memuaskan hati. Setakat sekarang lah kan.. Siap dia offer buat kitchen cabinet dan wardrobe dengan harga yang rendah dari harga pasaran. Huhuhu.. Tapi kami belum kecukupan budget. So hold dulu. Dan proceed dengan projek sedia ada. Insya allah soon kami kumpulkan dana dan buat sikit demi sedikit.

Tapi kan.. Kitchen cabinet yang diorang display kat MF3 memang sangat sangat cantik. Wardrobe pun memang lawa gila.. Tinggal nak sedia duit je.. Tapi kitorang tak stop sangat kat area situ. Kami tengok katil anak anak. Mahalnya ya allah. Lepas tu kitorang redho je tak beli apa pun kat situ.

Shujin survey lampu yang belum cukup cukup. Hahaha.. Konon nak beli voucher Avalon RM500. Since ada masa lagi. Ahad pagi pagi kami survey lampu kat Avalon Bukit Tinggi Klang. Tengok harga lampu LED yang beli kat PICC beli satu free satu RM50 tu.. Harganya RM80 kat sana. So bila kira balik. Actually kalau dia bagi discount 50% pun still lagi mahal. So, kami jumpa balik uncle yang jual lampu kat PICC, beli lampu kat dia jugak. Hahaha.. Tapi promosi beli satu free satu tu dah tukar discount 30% je. Katanya sewa kat MF3 lebih tinggi. So dia terpaksa kurangkan promosi. Nasib baik kami dah kowtim lampu tu kat PICC aritu.


Nampak Damia dalam gambar ni..? Tak duk diam dia tu tau..
Alhamdulillah masa kami pergi first day tu tak ramai sangat orang. So tak sesak. Bebudak ni membuas sampai stress kitorang nak survey barang. Hahaha.. Layankan aje bebudak. Tapi nyonya kedai tilam dah jegil jegil mata kat bebudak ni. Sabo la nyonya. Kami lagi stress..

Konon nak cari mosquito net sebab rumah tu banyak nyamuk. Sekali kira kira.. Harganya agak mahal jugak.. RM15/sqft. Satu sliding door je dah dekat RM300. Mosquito net je kot. Hahaha.. Lastnya shujin survey kat google harga mosquito net tu. Kononnya nak buat sendiri..Dasar kedekut kan.. :P (bukan kedekut.. berhemah..hihi)

Aku konon aim nak pergi booth Everskill (company buat kitchen cabinet ngan wardrobe yang agak femes). Lastnya tak pergi jugak. Katanya masa tu ada 70% discount. Puhhh.. Cam rugi gak tak pegi tengok..

Apa pun. Dah hujung tahun ni berbelanja kena berhemah. Awal tahun nanti Aqil ngan Damia start sekolah. So, banyak dana nak kena pakai. Hihihi..

Ada yang pergi tak MF3?

Daa

My Home Expo PICC

Assalamualaikum

Last weekend, 12 hingga 14 Disember 2014, berlangsung My Home Expo di PICC (Putrajaya International Convention Center). Kami sekeluarga turut pergi untuk memeriahkan suasana pada hari pertama expo berlangsung.

Expo macam ni biasa lah.. Nak cari deal yang bagus untuk renovate rumah, pasang kitchen cabinet, beli perabot dan lain lain keperluan rumah. Even bagi yang nak beli rumah pun ada pameran dibuat kat luar dewan.

So, kami sampai tu makan tengah hari dulu kat cafe PICC. Lepas tu barulah meronda. Aku dah aim beberapa perkara. Shujin cari lampu. Hehehe..

Entrance

Sebelum masuk, kita daftar dulu
Antara aktiviti yang "kononnya" menarik adalah aktiviti membongkar kod rahsia untuk bukak peti hadiah. Ada tiga kotak. Nombor kombinasi 6 digit. Macam harem~ je aku rasa sebab possibility untuk boleh buat adalah satu persejuta. Unless korang memang bertuah gila. Dapatlah bukak. Pada aku, langsung tak exciting. Even aku dapat tiga attempt untuk isi kod setiap satu kotak tu pun aku takde rasa seronok. Memang tau dah. Takkan dapat. Sorry pada penganjur, tapi pada aku, daya tarikan tu cuma untuk mengaburi mata pengunjung. Konon ada hadiah. Tapi almost mustahil orang nak menang kot. Hehehe.

Ok.. Takpe.

Kita ke tapak expo.


Pameran tu dibuat dalam Hall A, tapi kat luar tu adapameran hartanah. Bagi yang ada duit nak invest dalam property atau nak beli rumah, kat luar tu ada pamerannya. Kitorang lalu je. Hehehe.. Terus masuk dalam dewan.
Booth Macy. Diorang jual voucher untuk buat langsir. RM400 untuk buat 3 set langsir. Dua set untuk tingkap dua panel dan satu set untuk tingkap satu panel. Aku tak pernah tempah langsir. Biasanya aku beli ready made langsir je. So aku rasa murah gila. Sebab RM400 tu diorang siap datang ukur, pasang dan dapat penyangkut tepi tu. Kedai kedai langsir kat GM Klang aku tengok satu set langsir lebih kurang RM200 ke RM250 ikut jenis kain dan saiz. So kalau RM400 dapat tiga set macam murah la kot pada aku. Hehehe.. Voucher valid sampai bulan May tahun depan.

Tilam bantal pun ada jual. Stress je muka pakcik yang jaga booth tilam ni sebab bebudak lanyak tilam. Nasib baik first day tak ramai orang. So kurang sikit stress aku mengejar bebudak bertiga ni. Lagi lagi bila diorang dah start boring+penat pusing pusing  dalam tu. Yang pakai topi krismas tu kambing biri-biri. Mula mula aku nak marah Aisy melanyak tilam. Bukan nak beli pun. Pastu dia pun panggi "ibu..ibu... mekkkk~!" buat bunyi kambing yang comel. Terus aku tak jadi marah. Wakaka..

Ini adalah gambar kombinasi untuk plaster siling. Tapi diorang ni tak pakai material plaster tu. Diorang pakai PVC. Katanya lebih tahan dan tak mudah rosak kalau kena air. Cuma yang kilat kilat tu akan pudar bila makin lama. Katanya RM10/sqft. Pada kami cantik sangat kejadiannya bila dah pasang. Tengok contoh la. Tapi lepas diorang datang ukur dan quote harga.. Tak jugak murah. So kitorang proceed dengan plaster siling material yang biasa je.

Ada beberapa booth lain yang kitorang lawat tapi aku tak ambik gambar sebab sibuk berlarian kejar bebudak ni sambil dengar penerangan. Hahaha. Antaranya booth lanskap, lampu LED, sofa, kitchen cabinet dan wardrobe. Menarik sangat la. Kitorang first time pergi expo macam ni. Dan syukur sebab first day tak ramai sangat orang. Lampu LED tu promosi beli satu percuma satu. So, jimat banyak jugak la.


Ni sebelum balik. Diorang bertiga dah kepenatan. Si Afiqah Balqis aku kendong dalam ring sling. So, almost the whole time dia tidur. Hahaha.

Nampak beg pink dalam gambar tu? Tu beg Hello Kitty hadiah birthday si Damia aritu. Ini adalah kali terakhir beg tu dilihat. Kitorang masuk toilet. Pastu Aqil bukak beg tu. Pastu terlupa. The next day, datang balik memang dah takde dah la. Kitorang siap call kakak yang jaga booth Macy tu untuk tolong tengokkan. Katanya memang dah takde.

Takde rezeki Damia. Kitorang suruh dia pergi sekolah pakai supik gelenya je nanti. Plastik Aeon Big. Kalau taknak. Plastik Hero Market pun ada. Budak kecik tu redho je. Huhuhu..Sabo la nak. Nanti kita beli beg baru ye..

Weekend ni pulak 19 sampai 21 Disember 2014 ada Malaysian Furniture & Furnishings Fair kat Ideal Convention Center (IDCC) Seksyen 15 Shah Alam. Kat tepi Federal Highway tu.
Ingat nak jugak pergi.. Macam menarik bunyinya. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com