Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Selasa

Nuffnang 400 bad request

Assalamualaikum

Soalan cepumas bagi yang tepek iklan Nuffnang di blog masing-masing.

Adakah korang masih boleh access Nuffnang seperti biasa? Sebab dah dekat 3 minggu aku tak boleh nak access ke Nuffnang sebab bila nak bukak je jadi 400 Bad Request.

Cani haaa..

Adakah ini satu petanda bahawa account Nuffnang aku kena suspended.

Takkan kot naaa..

Kenapa ek? Ada Nuffnang experts boleh tolong jawab dak..?

Terima kasih

Daa

Isnin

Jom cashout

Assalamualaikum

Duit dalam tabung Nuffnang, 8Share dengan enSurvey dah cukup kuota. Boleh la cashout.

Kali ni aku bercadang nak gunakan dana tersebut untuk kegunaan peribadi.



Dah termimpi mimpi dah. Cleanser pun dah nak habis. Sedang monyet timingnya. Kena pulak bulab depan birthday aku yang ke 30++. Uhukk.. Tiga siri lebih lebih dah aku kan.. Jaga lebih sikit kononnya. Hahaha..

Korang cashout Nuffnang beli apa?

Daa

Sabtu

Tips meningkatkan pendapatan blog dari Nuffnang

Assalamualaikum

Ramai yang baru dengan Nuffnang, atau even dah lama post Ads Nuffnang kurang jelas cara macam mana nak tingkatkan pendapatan dari Nuffnang. 

Hari ni dapat tips secara langsung dari Nuffnang. So ini memang jawapan bocor la kan. Hehehe..

Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. 
(1)Minimum 20 views setiap hari. 
Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 20 view je dah boleh dapat CPUV rupanya.. Rugi kalau korang ada ratus ribu UV tapi tak dapat kempen iklan tau..

(2) Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! 
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

(3) Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! 

Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.

(4) Memahami pembaca blog anda. 
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.

(5) Pengiklanan banner Nuffnang. 

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Last but not least.. Rajin rajin update blog. Jangan jadi macam aku.. Wooowooo...

Daa

Isnin

Terima kasih Nuffnang~!

Assalamualaikum

Ke tempat kerja dengan kepala sakit. Seret kaki menggagahkan diri sebab tak boleh ambik cuti hari ni. Hahaha.. Gigih aku bulan ni. Semata mata sebab nak ambik cuti dua hari masa cuti sekolah nanti.

Alhamdulillah. Berkat kegigihan dan ketabahan aku. Check Nuffnang ada CPUV baru pulak. Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang berita kan. 

Bukan satu, bukan dua.. Tapi tigaaa.. Rupanya bulan ni ada Sales kat Ikea ya. Baru ku tahu. Terima kasih ya Nuffnang. Baru la sayang camni.

Hahaha..

Tak sabar tunggu monus bulan ni.

Daa

Khamis

Terima kasih Nuffnang~

Assalamualaikum

Walau pun sekadar saja saja merepek di blog, ada juga orang nak bagi duit ya..

Setahun sekali cash out. Jadi lahhh..
Terima kasih Nuffnang!

Daa

Jumaat

Terima kaseyyy Nuffnang

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Da berapa lama tak jenguk Nuffnang daa.. Walau pun ciput tak sehebat blogger otai. Dapat gak la sesikit. Buat beli jajan anak anak. Alhamdulillah..
Selamat berhujung minggu. Masih ada yang ada program korban ke hari ni..? Hari ni last kan..

Daa

Khamis

Kenapa Weeclicks?

Assalamualaikum

Melihat pada komen komen di entry sebelum ni, aku rasa ramai Nuffnanger yang setia mengabaikan tawaran dari Weeclicks. Sebagai salah seorang Nuffnanger yang berstatus geligeliati, aku pun taknak hilang status tu. Kira setia jugak lah kononnya.

Tapi..Aku berpendapat, agak rugi juga kalau orang tak cuba Weeclicks ni. Antara sebabnya?
(1)   Weeclicks berfungsi macam gabungan Nuffnang dan Churpchurp. Kalau taknak hilang status gliteratti  Nuffnang, jangan letak kod iklan kat blog. Just promote link untuk referral program saja. Sebab bagi aku, satu referral yang bernilai RM1.20 adalah lumayan.
(2)     Dapat kredit PERCUMA RM10 bila register
(3)     Ada platform untuk promote artikel (entry blog) yang dia akan letak bio kita. Bagus bagi yang nak boost trafik. Aku tak nafikan, banyak platform lain. Tapi biasanya cuma bagi kita promote link, bukan entry dan takde letak bio. So yang ini ada additional sikit. Special? Kottt.. Hehehe..

Aku rasa tak rugi mencuba.
Nak tahu lebih lanjut pasal referral program? KLIK SINI
Nak dapat hadiah iPad? KLIK SINI

Nota kaki : I'm now a Nuffnanger cum Weeclicker~

Like Ourkizuna di FACEBOOK

Daa

Jumaat

Rezeki

Assalamualaikum

Rezeki kali kedua menang cash RM10 di blog Eyriqazz. Caranya? Komen je. Komen terbaik yang terpilih dapat RM10 cash atau top up. Aku pakai post paid. So aku pilih cash je la. Mudah je kann.

Kalau nak up dated dengan cabaran komen mengomen ni boleh Like page Eyriqazz dia cuma announce kat FB je..

Jom jom...

Sebenarnya nak majuk ngan Nuffnang sebab tak dapt dapart BE...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com